Bab 2

3 0 0
                                    

Setelah melalui beberapa hentian akhirnya Nea sampai ke destinasi yang diingini. Dia menekan butang bas untuk berhenti.

Bas berhenti dan Nea berjalan kaki ke tempat kerjanya. "Taska Si Cilik Anastasia" itulah nama taska tempat kerja Nea.

Mulai hari ini dia akan berkerja di taska tersebut. Taska ini berada dikawasan perumahan. Kawasan perumahan yang lengkapi dengan kawalan keselamatan.

Untuk memasuki kawasan perumahan tersebut Nea perlu memaklumkan kepada pihak pengawal keselamatan yang bertugas.

"Assalamualaikum." ucap Nea.

"Walaikumsalam. Ye dik." soal pengawal keselamatan tersebut. Pengawal keselamatan tersebut adalah seorang lelaki separuh abad. Mungkin sudah pencen dan bekerja sebagai pegawal keselamatan.

"Pak cik, saya yang hari tu datang. Saya kerja kat Taska Si Cilik Anastasia." jawab Nea.

Sebelum ini Nea sudah pun menjejakkan kaki ke tempat ini. Dia telah pergi ke taska tersebut untuk sesi temuduga. Alhamdulillah dia sudah lulus dan kini diterima masuk untuk bekerja.

"Oh yang pergi interview tu ke?" soal pak cik tersebut.

"Ye saya." jawab. "Oh, okay, okay kamu boleh masuk." pak cik tersebut memberi izin.

"Terima kasih pak cik." balas Nea.

Nea terus bergerak ke taska tersebut. Ting tong.. Nea menekan loceng yang terdapat dipintu pagar taska itu.

Kelihatan seorang wanita menghampiri Nea. Pintu pagar dibuka.

"Nea kan?" kata wanita itu.

"Ye saya. Assalamualaikum." kata Nea.

"Walaikumsalam. Masuklah." wanita itu mempelawa Nea masuk.

Nea masuk ke dalam taska bersama wanita tadi.

"Erm. Nea duduk dulu kat sini. Nanti akak briefing Nea pasal kerja." kata wanita itu.

Wanita tersebut adalah Puan Ana pemilik taska tersebut. Dia telah menubuhkan taska ini pada 4 tahun yang lalu. Dia juga mempunyai sebuah tadika yang berdekatan yang diberi nama Tadika Penyayang Anastasia. Puan Ana sangat berpengalaman dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Nea duduk dikerusi yang terdapat dipejabat mini milik Puan Ana.

"Okay Nea." kata Puan Ana. "Sebelum ni saya dah interview awak kan. Jadi hari ni saya nak detailkan skop kerja kat sini." Puan Ana duduk bersebelahan Nea.

"Ini jadual taska. Kat sini saya dah listkan apa yang awak perlu buat. Jadual untuk kanak-kanak pun ada." Puan Ana menerangkan tentang tugas Nea dengan lebih lanjut.

"Okay Nea. Tu sahaja saya rasa yang awak perlu tahu." Nea mengangguk faham.

"Ada apa-apa soalan tak?" soal Puan Ana.

"Puan.. emm saya kerja bahagian mana ye?" soal Nea.

"Oh lupa saya nak bagitau. Seminggu ni saya nak awak observe je dulu. Saya akan bagi awak tengok setiap bahagian iaitu bahagian bayi, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Lepas tu baru saya akan decide untuk letak awak dibahagian mana." kata Puan Ana.

"Okay puan." balas Nea.

"Awak jangan risau nanti auntie-auntie kat sini akan bantu awak." kata Puan Ana.

"Jom saya kenalkan awak dengan mereka." kata Puan Ana.

Mereka bergerak ke ruang tengah taska dimana terdapat kanak-kanak dan juga pepgasuh. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang bermain.

"Auntie-auntie, mari sini kejap." panggil Puan Ana.

"Okay Auntie semua ni kawan baru kita, Nea." kata Puan Ana.

"Hi." Nea kenalkan dirinya.

Auntie adalah nama panggil merujuk kepada pengasuh yang terdapat di taska ini. Kanak-kanak ditaska ini akan menggunakan perkataan auntie. Menurut Puan Ana, selain ibu bapa mak saudara lah orang yang paling dekat dengan kanak-kanak. Oleh kerana itulah panggilan auntie diguna pakai.

"Ni Auntie Yaya dengan Nana. Mereka pengasuh dibahagian kanak-kanak lelaki. Ni pula Auntie Dila dan Wani. Mereka pengasuh dibahagian bayi. Seorang lagi Kasih, dia tak datang hari ni. Yang tu Auntie Zai dan Nur. Mereka dibahagian kanak-kanak perempuan." Puan Ana memperkenalkan ke semua pekerja dengan Nea.

Nea bersalaman dan berkenalan dengan mereka semua.

"Okay Nea. Untuk hari ni saya nak awak bantu bahagian kanak-kanak lelaki dahulu. Saya nak awak tengok macam mana auntie-auntie handle kanak-kanak. Awak belajar dengan diorang." kata Puan Ana.

"Baik puan." kata Nea.

"Mulai hari ni awak adalah Auntie Nea." kata Puan Ana. Dia tersenyum. Nea mengangguk.

Maka bermulalah episod-episod Nea ditempat kerja barunya.

Terjatuh Hati Padanya ❤Where stories live. Discover now