Bab 6

2 0 0
                                    

"Nea macam mana okay tak tempat kerja baru?" tegur Ina. Bungkusan nasi lemak dibuka.

Nasi lemak ni jiran mereka yang bagi. Kak Sera namanya. Anak Kak Sera lah yang pernah Nea jaga dulu. Masa tu Kak Sera jaga adik lelakinya yang kemalangan dihospital.

"Okay je. " Nea mencicip air teh yang baru dibancuh. Lalu dia mengambil nasi lemak dan makan.

"Pedasnya." kata Nea lepas beberapa kali menyuapkan nasi lemak ke mulutnya. Cepat-cepat dia minum air.

"Nea-nea." Ina geleng kepala. "Kau ni memang tak boleh makan pedas. Macam mana lah kalau kau kawen dengan lelaki yang suka makan pedas nanti?" Ina ketawa.

Nea tersedak. "Kahwin? Awal lagi kot. Ina ni." kata Nea didalam hati. 

"Apa kawen-kawen? Ina yang kawen dulu." kata Nea.

"Eh?" Ina ketawa.

"Nea tak nak kawen?" soal Ina.

"Hah?" balas Nea.

"Err.. nak la tapi lambat sikit. Nak kumpul harta dulu." Nea ketawa.

"Alah, boleh je kumpul harta lepas kawen." balas Ina.

"Tak boleh kita takde calon." balas Nea.

"Eleh, adik Kak Sera, si Iqmal tu kan ada." usik Ina.

"Iqmal? Tak nak lah." balas Nea.

"Iqmal tu okay lah. Rasanya dia suka je kat Nea." kata Ina.

"Tak maulah nak kerja." kata Nea.

Nea bukan tak suka Iqmal cuma dia tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadap lelaki itu. Dia pun tidak mengenali lelaki itu dengan lebih dekat. Cuma sesekali bersua muka. Itu pun hanya berbalas senyuman.

"Haa.. ni mesti Ina nak kawenkan? Baik ngaku cepat." kata Nea. Tersedak Ina dibuatnya. Nea ketawa.

"Mana ada Nea. Ina tak ada calon." balas Ina malu-malu.

"Ceh! Imran tu siapa?" usik Nea.

Imran adalah teman sekerja Ina. Ina kerja dipejabat yang berada di Ara Damansara. Di situlah Ina berjumpa dengan Imran. Tidak pasti pula mereka ada declare apa-apa hubungan. Cuma yang pasti Ina rapat dengan Imran.

"Mana ada kami kawan je." balas Ina.

"Ye ke?" Nea mencuit lengan Ina.

"Ye.." balas Ina.

"Nea jom tengok wayang?" ajak Ina. Dia cuba mengubah topik.

"Wayang? Hmm. Cerita apa?" soal Nea.

"Kita tengoklah cerita apa pun." balas Ina. Dia pun tak pasti movie yang tengah trending sekarang.

"Tak naklah wayang. Makan lagi best." kata Nea.

"Makan?" soal Ina.

"Yup." kata Nea.

"Jom kita try makan yang best-best." kata Nea.

"Okay jugak tu jap lagi kita pergi cari." balas Ina.

Hari ini hari Ahad. Nea dan Ina tidak bekerja pada hari ini. Hari ini hari cuti mereka sebab itulah mereka hendak keluar jalan-jalan. Memandangkan hari Isnin sampai Jumaat hanya bekerja. Sekali sekali hendak juga bersiar-siar.

"Jom." ajak Ina setelah mereka berdua sudah siap untuk keluar. "Ke mana kita ni? Hehe." soal Nea.

"Kita pergi makan kat Seoul Garden nak tak? Teringin nak makan makanan korea." balas Ina.

"Makanan korea?" soal Nea. Ina mengangguk. "Okaylah." balas Nea.

Mereka pun bergerak ke Restoran Seoul Garden yang terletak di One Utama. Selesai makan mereka singgah di Brand Outlet untuk mencuci mata dan membeli beberapa helai pakaian.

Setelah itu mereka pun pulang ke rumah dengan hati yang gembira.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 26, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Terjatuh Hati Padanya ❤Where stories live. Discover now