"Okay Nea. Awak dah kenalkan nama akak. Akak, Kak Nana yang ni Yaya." kata pengasuh kanak-kanak lelaki Nea mengangguk.
"Akak penyelia taska ni aka pembantu Puan Ana. Everything pasal taska boleh tanya akak jugak. Tukang masak pun akak jugak." kata Kak Nana.
"So untuk beberapa hari ni akak akan ajar lah Nea. Nea dah pernah pergi praktikal kan?" soal Kak Nana. "Dah, saya praktikal kat taska dan tadika." kata Nea.
"Baguslah kalau macam tu maknanya Nea memang ada basic pasal taska tadika ni?" soal Kak Nana. Nea mengangguk.
"So, okaylah. Bahagian kanak-kanak lelaki ni tak susah pun Nea. Kerja macam rutin. Dah dapatkan jadual?" ujar Kak Nana. "Dah." jawab Nea. "Good so Nea just ikut je macam dalam jadual." kata Kak Nana.
"Kerja ni biasalah Nea kena siap fizikal dan mental. Jangan stress. Budak-budak ni manja Nea. Cuma kalau baru-baru ni dorang malu-malu sikit. Tapi bila lama sikit. Hmm. Rapat macam belangkas. Kalau yang hyper tu jangan cakap, biasalah. Cuma kena alert selalu." pesan Kak Nana. Nea tersenyum faham sahaja dia dengan pesanan Kak Nana.
"Betul tu Nea. Dulu masa aku awal kerja pun rasa Ya Allah. Tapi lama-lama jadi sayang kat dorang." kata Yaya. Nea mengangguk.
"So selamat bekerja Nea." ucap Yaya. "Terima kasih." balas Nea. "Sama-sama." kata Yaya.
"Okay Nea waktu pagi awak datang macam biasa terus tunggu kat ruang tengah ni. Ruang tengah ni tempat budak-budak kumpul." kata Kak Nana.
Ruang tengah ibarat ruang tamu didalam sebuah rumah. Ruang tamu yang luas serta kosong. Sesuai untuk kanak-kanak membuat aktiviti seperti merangkak, bermain dan berlari.
Dipenjuru sebelah kanan ruang tengah terdapat tiga buah bilik tidur iaitu bilik tidur bayi dan kanak-kanak lelaki dan perempuan. Disebelahnya terdapat satu lagi bilik iaitu bilik yang seakan-akan seperti kelas dan perpustakaan mini.
Disebelah kiri pula terdapat ruang makan dan juga dapur. Bersebelahan ruang makan terdapat tandas dan juga bilik mandi kanak-kanak.
Dibahagian luar taska pula terdapat taman permainan yang dilengkapi dengan buaian, kuda mainan, jongkang jongket serta papan gelongsor. Semuanya mesra kanak-kanak.
"Awal-awal ni Nea tak perlu nak pick up budak lagi hanya yang bertugas sahaja yang buat. Biasanya dua orang auntie yang akan bertugas. Jadi Nea jaga budak je. Pagi-pagi biasanya tak payah mandikan budak sebab biasanya dah mandi kat rumah. Cuma kalau ada yang tak mandi tu, kita kena mandikan. Pastu pagi kita ada buat perhimpunan sikit. Ala menyanyi pastu menari sikit. Lagu kanak-kanak. Tv kita pasang." kata Kak Nana.
"Oh." balas Nea. Dia mula faham dengan tugasnya.
"Makan pagi dalam pukul 9 lepas tu bagi budak-budak main. Kalau nak buat aktiviti pun boleh. Pastu pukul 11.30 makan tengahari. Pukul 12.30 macam tu waktu dorang tidur sampai pukul 3.30 petang. Dorang akan mandi lepas bangun tidur. Kitalah kena mandikan, buka dan pakai baju semua. Cuma kalau yang dah pandai pakai dan buka baju tu kita biar dorang buat sendiri." kata Kak Nana.
"Lagi satu basuh berak, pakai pampers jangan lupa. Kalau ada bau tu faham-faham je, check lah mana tau." tambah Kak Nana lagi. Mereka ketawa.
"Kalau Nea ada tak faham ke, keliru ke tanya je akak. Tak pun Yaya." kata Kak Nana. Yaya mengangguk. "Okay kak." balas Nea.
Buat masa ni Nea boleh hadam dengan arahan serta tunjuk ajar Kak Nana. Dia juga mempunyai kefahaman mengenai tugas seorang pengasuh.
"Akak harap Nea jadi pengasuh bahagian kanak-kanak lelaki sebab bukan apa. Bahagian ni cuma ada dua orang. Akak pulak nak masak. Takut tak dapat catch up. Kalau Nea ada senang sikit kerja akak." luah Kak Nana.
Bukannya apa sebelum ini terdapat tiga orang pengasuh kanak-kanak lelaki tetapi seorang lagi telah berhenti tinggallah Kak Nana dan Yaya.
Nea hanya mengangguk. Sejujurnya dia tidak memilih hanya berserah kepada Puan Ana untuk tentukan bahagian mana yang sesuai dengannya. Dah dapat kerja ini pun Nea sudah bersyukur.
YOU ARE READING
Terjatuh Hati Padanya ❤
RomanceKisah Adanea Ara (Nea) seorang gadis biasa yang pertama kali terjatuh hati. Nea berasal daripada Ipoh, Perak. Dia baru sahaja memulakan kerja barunya sebagai seorang pengasuh disebuah taska. Nea mempunyai seorang sahabat baik yang bernama Norazlina...