Bab 5

2 0 0
                                    

Kini telah sebulan Nea bekerja. Nampaknya dia mula selesa dengan tempat kerja barunya. Hubungan dia dengan rakan sekerja juga mulai rapat. Alhamdulillah mereka sangat menerima kehadiran Nea.

Hubungan Nea dengan kanak-kanak ditaska juga rapat. Nea sudah mempunyai seorang kanak-kanak yang rapat dengannya iaitu Firash. Firash sangat menyukai Nea. Kemana sahaja Nea pergi Firash akan ikut. Firash berumur 1 tahun.

Rakan sekerja Nea selalu berkata yang Firash adalah anak angkat Nea kerana hubungan mereka sangat rapat. Apabila Firash menangis tentu dia akan mencari Nea. Hanya Nea yang mampu memujuk Firash.

"Nea!" tegur Yaya. "Hari ni first gaji kau kan?" soal Yaya. Nea mengangguk.

"Wah, mesti bestkan. Dulu masa first time aku dapat gaji. Hmm best betul." kata Yaya.

Nea tersenyum. "Ye." jawab Nea.

Yaya adalah rakan sekerja Nea yang paling rapat. Disebabkan umur mereka tidak begitu jauh beza Nea dapat menyesuaikan diri dengan baik.

"Nea nanti kita keluar makan kat kedai nasi ayam tu eh? kata Yaya.

Memang menjadi kebiasaan Nea dan Yaya makan dikedai yang berada beberapa meter dari taska. Menurut Yaya harga makanan di kedai makan tersebut agak berpatutan dan makanan yang disediakan juga sedap.

Apabila Nea tidak membawa bekal makanan dia akan makan dikedai tersebut. Betul apa yang katakan oleh Yaya itu.

"Okay." balas Nea selepas membuat flashback.

"Okay." kata Yaya.

Mereka pun membuat kerja masing-masing. Nea semakin cekap dalam hal-hal berkaitan kanak-kanak. Dia menjadi semakin mahir dalam memandikan kanak-kanak. Walaupun sebelum ini terdapat seorang kanak-kanak yang bernama Alif sering menangis apabila dimandikan.

Setelah Nea memujuk, menyanyi dan mencuba pelbagai cara akhirnya Alif suka mandi dan tidak lagi menangis. Bagi Nea ini antara kejayaan terbesar dalam pekerjaannya. Dia amat berpuas hati. Malahan tidak menganggap ini seperti suatu pekerjaan tetapi minat yang mendalam.

Belum cukup dengan itu. Dia juga dia dapat menyuapkan makanan ke mulut kanak-kanak dengan lebih baik. Tidak dinafikan sebelum ini kanak-kanak tidak mahu makan apabila Nea yang menyuapkan. Mungkin tidak biasa. Tetapi setelah beberapa kali mencuba akhirnya kanak-kanak mula makan.

Nea yang sekarang ini nampak lebih penyayang. Dia sayangkan kanak-kanak disini. Dia pun sudah dapat menghafal nama kanak-kanak lelaki. Bagi Nea perkara itu penting kerana kanak-kanak mesti suka kalau Nea mengingati serta menyebut nama mereka. Nea pun suka bila ada orang yang ingat dengan namanya. Maknanya orang tu sedar dengan kewujudan Nea.

Hajat Kak Nana dimakbulkan Nea menjadi pengasuh dibahagian kanak-kanak lelaki. Tetapi sekali sekala dia ada membantu dibahagian kanak-kanak perempuan dan juga bayi. Terutamanya semasa membuat aktiviti.

Puan Ana sentiasa menyediakan aktiviti untuk kanak-kanak. Hal ini bagi merangsang perkembangan kanak-kanak yang melibatkan jasmani, rohani, emosi, intelek dan sensori. Di samping itu, untuk melatih kemahiran motor kasar serta motor halus kanak-kanak. Nea juga terlibat dalam memberi idea berkaitan dengan aktiviti yang sesuai mengikut umur kanak-kanak.

"Auntie ni..ya.." panggil seorang kanak-kanak.

"Ye?" balas Nea.

"Sara.. nak apa sayang?" soal Nea.

"Nak kencing.." kata Sara.

"Nak kencing? Jom pergi toilet." Nea membawa Sara ke tandas.

Kanak-kanak yang dijaga ditaska ini sememangnya akan dijaga dan dipantau sepanjang masa. Ketika mereka hendak ke tandas juga akan diawasi oleh pengasuh. Hal ini kerana kemalangan boleh berlaku terutamanya di tandas. Oleh yang demikian sangat penting untuk ada pengasuh yang ada mengawasi kanak-kanak semasa mereka hendak ke tandas.

Tandas ini juga tandas mesra kanak-kanak. Mangkuk tandasnya bersesuaian dengan kanak-kanak. Sinki juga dibuat sesuai dengan ketingian kanak-kanak.

"Dah?" soal Nea sebaik sahaja Sara keluar dari bilik tandas.

"Dah." Sara mengangguk. Dia tersenyum.

"Basuh tak?" soal Nea.

"Basuh." balas Sara.

"Flush tak?" soal Nea.

"Alamak belum." kata Sara.

"Ha.. Auntie Nea cakap buat apa lepas kencing dengan berak?" kepala Sara diusap dengan lembut.

"Kena flush." jawab Sara. Sara pun masuk semula ke tandas untuk flush.

"Good girl." puji Nea. "Basuh tangan." kata Nea.

Nea diingatkan agar sentiasa menerapkan amalan menjaga kebersihan diri kepada kanak-kanak. Dia juga perlu mengajar kanak-kanak cara-cara menggunakan tandas dengan betul. Selain itu, pujian juga penting untuk kanak-kanak agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan amalan yang baik.

Terjatuh Hati Padanya ❤Where stories live. Discover now