Kisah Adanea Ara (Nea) seorang gadis biasa yang pertama kali terjatuh hati. Nea berasal daripada Ipoh, Perak. Dia baru sahaja memulakan kerja barunya sebagai seorang pengasuh disebuah taska. Nea mempunyai seorang sahabat baik yang bernama Norazlina (Ina). Ina sahabat baik Nea sejak zaman kolej lagi. Mereka tinggal bersama dirumah sewa milik mak saudara Ina. Mereka berdua tinggal dibandar. Hanya mereka berdua dirumah tersebut. Nea seorang gadis yang telah kehilangan kedua ibu bapanya. Mamanya meninggal dunia semasa melahirkan Nea. Manakala abah Nea meninggal dunia semasa Nea berumur 13 tahun. Sejak dari itu dia tinggal bersama ibu saudaranya iaitu Auntie Ying (Azlin). Auntie adik kepada abah. Auntie Ying lah yang menjaga Nea. Auntie Ying seorang ibu tunggal yang mempunyai dua cahaya mata iaitu Rissa (Clarissa Rania) dan Carliff (Carliff Rykarl). Mereka berdua adalah sepupu Nea. Kini Nea telah berhijrah ke bandar untuk menyambung pelajaran dan kemudiannya bekerja disini. Jadi dengan siapa yang Nea terjatuh hati padanya? Ikuti kisah yang akan terjadi kepada Nea. Segala nama watak serta nama tempat adalah rekaan semata-mata. Kalau ada sama tu mungkin kebetulan. >_<