1-하나

1.6K 161 4
                                    

{Bold for Bahasa Melayu}

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

{Bold for Bahasa Melayu

Seorang perempuan berjalan melangkah masuk ke Universiti Putra Malaysia atau dikenali UPM, disini lah tempat dia belajar untuk mencapai cita-citanya iaitu menjadi seorang doktor.

Dia ialah Dhia Iris Adriana Binti Dato' Hazril atau nama panggilannya Dhia. Bagi semua lelaki yang belajar di UPM akan mengatakan bahawa Dhia seorang perempuan yang sempurna kerana dia terlalu cantik seperti seorang bidadari dengan kulitnya yang putih bak salju malah dengan dimplenya juga cukup membuatkan semua hati lelaki cair melihatnya.

"Hai Dhia" tiba tiba ada satu tangan menepuk lembut bahunya, dia berpusing untuk melihat siapakah orang itu.

"Oh! Awak rupanya Rayyan" Dhia menjawab dengan senyuman. Cair hati lelaki Rayyan apabila melihat senyuman itu.

Rayyan Akmal seorang jejaka terkacak dan popular di UPM, ramai perempuan yang cair melihat rupanya itu tetapi tidak bagi Dhia. Rayyan adalah salah seorang lelaki yang cuba memikat hati Dhia dari dahulu lagi tapi tidak dapat.

"Awak ada kelas ke petang ni? Kalau tiada, jom kita keluar. Just two of us" kata Rayyan sambil menggaru belakang lehernya.

Kata kata Rayyan membuatkan Dhia memikir sebentar.

'Aku nak keluar dengan dia? Berdua je? Jawapannya memang tak lah. Dah lah kerja banyak' detik hati Dhia.

Bukan Dhia tidak mahu keluar bersama lelaki ini tetapi dia terlalu banyak assignment yang perlu disiapkan.

"Emm Rayyan, saya rasa tak boleh lah, lagipun saya banyak kerja yang kena buat. Sorry ya" Dhia berkata dengan perasaan yang serba salah.

Sudah banyak kali Rayyan mengajaknya keluar bersama tetapi Dhia tetap menolak, dia tidak selesa dengan Rayyan malah dia juga tidak berapa kenal dengan lelaki itu.

"Kalau macam tu, tak apa lah. Maybe kita boleh keluar next time. Saya pergi dulu ye Dhia. Bye!" Rayyan menjawab dengan perasaan yang sedikit kecewa dan meninggalkan Dhia seorang diri.

KRING!

Loceng pertama dibunyikan, Dhia dengan cepatnya berjalan menuju ke kelasnya.

Dhia masuk ke dalam kelas dan terus berjalan menuju ke rakan rakan baiknya dengan senyuman. Dhia terus duduk disebelah Intan salah seorang rakan baiknya.

"Kau pergi mana Dhia? Puas kitaorang cari" tanya Damia kepada Dhia.

"Tadi masa aku on the way nak ke kelas, Rayyan tegur aku" pantas Dhia jawab sambil mengeluarkan alat tulis dari begnya.

[OG] Assalamualaikum Jodoh | 김태형Where stories live. Discover now