4-넷

806 123 19
                                    

❛No one can bring you true happiness except Allah❜

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❛No one can bring you
true happiness except Allah❜

{Bold for Bahasa Melayu

Taehyung merebahkan badannya ke atas katil. Sebaik sahaja habis sesi photoshoot dia terus bergegas pulang ke dorm.

Semalam dia tidak dapat rehat dengan cukup kerana mereka perlu berlatih sehingga larut malam.

Esok mereka akan berangkat ke USA. Jadi sekarang dia ada masa yang terluang, dia tidak mahu membuang masa begitu sahaja lalu dia mengambil keputusan untuk tidur.

Taehyung yang sedang dibuai mimpi tiba-tiba rasa terganggu disebabkan cahaya matahari memancar tepat pada wajahnya.

Dia bangun lalu melihat keadaan sekelilingnya.

Taman bunga?

Taehyung berjalan tanpa hala tuju, sedang dia berjalan dia ternampak seorang perempuan memakai dress berwarna putih duduk di bawah pohon yang rendang sambil membaca buku.

Perempuan itu!

Perempuan yang selalu muncul di dalam mimpinya semenjak 2 hari lepas.

Dia masih ingat wajah perempuan itu, kulit yang putih bak salju, alis kening yang cantik seperti diukir, hidung mancung yang elok terbentuk dan bibir mungil warna merah jambu semula jadi.

Jujur Taehyung kata, dia tidak pernah jumpa perempuan secantik ini. Adakah dia bidadari yang dikirim oleh Tuhan untuknya?

Perempuan itu berpaling ke arah Taehyung lalu dia memberi senyuman manis kepada jejaka kacak itu sambil tangannya melambai-lambai ke arah Taehyung.

Taehyung terkaku, matanya ralit merenung segenap wajah cantik perempuan itu, lesung pipit yang terbentuk di pipi perempuan itu membuatkan hati lelaki Taehyung cair.

Jantung dia berdegup kencang.

Kenapa?

Adakah dia sudah jatuh cinta dengan perempuan itu?

"Ha-"

Baru sahaja Taehyung ingin menegur perempuan itu tetapi perbuatannya terhenti disebabkan dia terdengar suara bingit seseorang.

"Yah! Bangun lah!" Yoongi menarik hidung Taehyung terus Taehyung membuka kedua belah kelopak matanya.

"Kau tidur mati ke sial?"

[OG] Assalamualaikum Jodoh | 김태형Where stories live. Discover now