![]()
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image. ❛I've been rejected, but I am still in love❜
{Bold for Bahasa Melayu}
⟳
"Taehyung"
"I can't" jawab Dhia.
Terus Taehyung bangun berdiri sebaik saja mendengar jawapan yang terpacul dari mulut Dhia.
Hatinya hancur. Bukan jawapan itu yang dia mahukan dari gadis itu.
Taehyung rasa kecewa yang amat, tidak pernah seumur hidupnya dia rasa kecewa sebegini.
Kotak baldu merah itu dia genggam erat, baru saja mahu berikan kepada Dhia tapi begini pula yang terjadi.
"Tapi kenapa Dhia? Awak tak sukakan saya ke atau saya tidak cukup sempurna untuk awak?" tanya Taehyung dengan nada suara yang kecewa.
Dhia mengetap bibirnya, tidak tahu sama ada dia perlu jujur atau tidak tentang perasaannya pada lelaki itu.
"Kenapa Dhia?" sekali lagi Taehyung bertanya lebih kepada mendesak.
"Sebab saya tak sukakan awak. Saya hanya minat awak" tipu Dhia.
Taehyung sedikit pun tidak percaya pada kata-kata Dhia.
"Awak tipu saya kan? Awak cintakan saya kan?" Taehyung bertanya kepada Dhia mahukan kepastian.
Taehyung memandang tepat ke dalam anak mata Dhia begitu juga Dhia. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.
"Mulut awak boleh tipu tapi mata awak tak boleh" terus Dhia mengalihkan pandangan dari memandang anak mata jejaka itu.
Keheningan mula menguasai ruang antara mereka. Taehyung dan Dhia mendiamkan diri mereka rasa sedikit janggal.
Taehyung menahan sebak di dada, hancur hati apabila dia ditolak oleh gadis yang dicintainya.
"Dhia Iris Adriana, kenapa awak tolak saya?" soalan yang sama Taehyung lontarkan dan Dhia hanya menggeleng kecil.
Bukan Dhia tidak gembira apabila Taehyung luahkan perasaan dan melamar dia. Jujur gadis itu rasa gembira tidak terkata.
Namun, dia sedar dia tidak boleh menerima Taehyung kerana bagi Dhia mereka di dunia yang berbeza.
"Jujur dengan saya Dhia, awak suka saya kan?" sekali lagi soalan itu Taehyung tanya. Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi oleh Dhia.
![](https://img.wattpad.com/cover/102110660-288-k23361.jpg)
YOU ARE READING
[OG] Assalamualaikum Jodoh | 김태형
Fanfic❝ Allah maha mengetahui , andai kita ada jodoh kita kahwin tapi buat masa sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk kita berkahwin... ❞ ❝ Kenapa tak sesuai? ❞ ❝ Saya pernah jadi fans awak , sakitnya hati saya bila baca rumor tentang awak couple denga...