11-열하나

652 98 16
                                    

❛Each time I see you,I fall in love all over again❜

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❛Each time I see you,
I fall in love all over again❜

{Bold for Bahasa Melayu}

Hari sudah senja, matahari juga sudah terbenam tidak lama lagi akan digantikan dengan bulan.

Manusia yang berada di taman juga sudah berkurang, mungkin pulang ke kediaman masing-masing.

Namun, masih ada lagi 3 orang manusia yang masih kekal dengan posisi mereka. Tiada pula sebarang tanda yang mereka mahu berangkat pulang.

"Saya gembira dapat bertemu lagi dengan awak Dhia" ujar Taehyung terus dia mengalihkan pandangan ke arah Dhia di sebelahnya.

"Awak masih ingat saya?" tanya Dhia membuatkan bibir Taehyung menarik senyuman lebar.

Taehyung hanya diam, pertanyaan Dhia dibiarkan begitu saja.

"Kenapa awak datang sini?" kini giliran Taehyung pula bertanya.

"Saya datang sini sebab saya rindu dekat halmeoni dan harabeoji" balas Dhia membuatkan dahi Taehyung berkerut.

"Halmeoni dan harabeoji? Awak orang sini?" sekali lagi Taehyung bertanya, Dhia hanya mengangguk kecil.

"Saya mix Korean dan Malaysian" ujar Dhia.

Taehyung mengangguk kepala berkali-kali, sekarang baru dia faham dan tahu kenapa Dhia lancar saja berbahasa hangul.

Jimin masih lagi memerhati mereka, dia masih lagi tidak tahu dan tertanya-tanya siapakah gadis itu.

Dari cara Taehyung memandang gadis itu tahulah dia bahawa gadis itu bukan gadis biasa bagi seorang jejaka bernama Kim Taehyung.

"Awak datang seorang je ke?" soal Dhia lalu dia memandang wajah kacak milik Taehyung.

Kacak, sangat kacak apabila berhadapan dengan lelaki ini makin jelas kekacakan dia.

"Tak, saya datang dengan Jimin" jawab Taehyung sambil-sambil itu matanya meliar mencari kelibat Jimin.

"Tu dia" ujar Taehyung jari telunjuknya menunding ke arah Jimin.

Bibir delima milik Dhia menarik senyuman, tidak sangka pula hari ini dia bertemu dengan Taehyung dan Jimin secara percuma.

Hari yang bertuah!

Dhia mengerling jam berjenama... di pergelangan tangannya, sudah pukul 7:25 malam.

Tanpa berkata apa-apa, Dhia mengangkat punggung dari bangku baru saja dia berura-ura mahu pergi.

Tetapi terbantut apabila Taehyung mengatakan sesuatu pada dia.

"Awak dah nak balik?" tanya Taehyung dibalas dengan anggukan dari Dhia.

[OG] Assalamualaikum Jodoh | 김태형Where stories live. Discover now