14-열넷

600 73 62
                                    

❛I fell for youAnd I am still falling❜

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❛I fell for you
And I am still falling❜

{Bold for Bahasa Melayu}

 ⟳

Cahaya yang menembus masuk melalui langsir lut sinar itu sungguh menganggu lena jejaka bernama Kim Taehyung.

Berkerut-kerut dahi dia, matanya terbuka secara perlahan-lahan. Bunyi bingit yang datang dari luar dia abaikan, jam di dinding dia kerling sudah pukul 9.00 pagi.

Taehyung bangun dari baringan, dia menggeliat kecil. Taehyung berfikir sejenak dia terasa seperti ada sesuatu yang penting untuk dia lakukan hari ini.

Dia mengangkat kedua-dua belah bahu, dia turun dari katil dan mencapai tuala miliknya kemudian Taehyung masuk ke dalam kamar mandi.

Selesai saja membersihkan diri, Taehyung melangkah keluar dari kamar tidurnya dia berjalan menuju ruang dapur.

"Awal kau bangun Taehyung" tegur Jimin yang sedang menyusun pinggan dan cawan di atas meja.

"Dia bersemangat nak jumpa Dhia tu" ujar Jin membuatkan Taehyung tertanya-tanya.

Jumpa Dhia?

"Buat apa aku nak jumpa Dhia?" Taehyung bertanya acuh tak acuh.

Terus meletus ketawa Jin, Jimin dan Yoongi yang ada di ruang dapur itu.

"Kau buat-buat lupa ke Taehyung?" lelaki tinggi lampai itu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kau kan nak confess dekat Dhia di Namsan Tower" dengar saja kata Jimin membuntang biji mata milik Taehyung.

"Oh God! Aku lupa!" jerit Taehyung.

Baru saja Taehyung mahu keluar dari ruang dapur tapi dihalang oleh Jin.

"Yah! Rilek lah awal lagi. Makan dulu" kata Jin terus dia meletakkan semangkuk nasi goreng kimchi di atas meja.

Yoongi memanggil ahli Bts yang lain untuk turut bersarapan bersama, Taehyung menarik kerusi lalu melabuhkan punggung.

Setelah siap bersarapan, Taehyung dengan pantas melangkah masuk ke dalam kamar tidurnya.

Pintu wardrobe dibuka, ligat lelaki itu memilih baju yang sesuai untuk dia pakai nanti.

Taehyung menukarkan pakaian kepada baju t-shirt hitam serta seluar jeans denim biru.

Apabila puas dengan penampilannya, Taehyung melangkah keluar dari kamar tidurnya. Kunci kereta tidak lupa juga diambil.

[OG] Assalamualaikum Jodoh | 김태형Where stories live. Discover now