Udara begitu nyaman, sedikit dingin kerana musim sejuk sudah hampir sampai ke penghujung dan kini memasuki musim bunga. Cuaca sungguh segar hari ini. Aku duduk di sebuah bangku di taman kecil sambil memegang sehelai kertas yang royok di tangan.
Pesanan dan amaran Prof Enrique masih lagi berlegar legar di kepala.
"It's been almost 5 months since your family paid for tuition. You have to remember that in 3 months the final exam will start. If you pay the exam fee late, you will be banned from taking the exam"
Aneh itu yang aku rasakan saat ini. Kenapa Papa lewat untuk membayar yuran pengajian ku, malah wang saku ku untuk bulan ini langsung tidak di bank in olehnya.
Papa ku merupakan ahli koprat yang berjaya di tanah air. Tidak mungkin langsung, dia mengabaikan diriku yang seorang diri di bumi eropah ini.
Sekali lagi aku menghirup udara yang segar untuk menahan rasa ini, handphone yang berada di tangan, ku gengam sekuat hati. Menahan rasa marah yang meluak luak. Termasuk kali ini dah 30 kali aku menyambung panggilan ku ke Malaysia. Semakin hairan ku rasakan apabila tiada seorang pun yang menjawab panggilan ku.
Papp!!
Bahuku dihempap dari belakang.
"Malam ini ada parti dekat rumah Sandra tau. Soo aku aku tak balik apartment malam ni. " kata Jane penuh makna sambil membetulkan stoking hitamnya.
"Hmmmm" hanya itu balasan yang aku berikan.
"Kau kenapa ni? " soalnya lagi sambil memusingkan badannya untuk menghadapku. Serta merta kertas yang berada di tangan kiri ku dirampas olehnya.
"Bagi lah balik, Jane!!! " jeritku tak puas hati lalu cuba merampas kertas itu kembali. Sedaya upaya aku cuba merampas darinya.
"Wait. Wait. Wait" ucap Jane yang cuba untuk menahanku dari merampas kertas tersebut.
"Ohmygod, dah hampir 5 bulan kau tak bayar pengajian tu. Kau tahu tak final exam kita lagi 3 bulan tau. " jerit Jane nyaring tanda tak percaya.
Serta merta aku merampas kembali surat itu ditanganya. "Diam lah kau" ucapku lagi sambil mengumpal surat itu lalu dicampakkan ke dalam tong sampah.
"Kau tahu tak yang kita ada 3 bul--------"
Belum habis Jane berbicara pantas aku memintas katanya. "YES I KNOW!!! " tegasku lagi sambil mengambil beg sadang di sisi untuk pergi. Tidak tahan lagi aku untuk berhadapan dengan Jane. Perasaan malu semakin memngaburi diriku.
"Evaaaaaa!!!, kau ada masalah ke? Family kau ada problem ke? Share dengan aku please, aku kan kawan kau, kalau boleh aku bantu" Jane menahan diriku pergi.
Aku cuba menahan air mata dari berjujuran jatuh. Sungguh lemah aku di depan Jane saat ini. "Family aku bankrup" ucapku lalu mengalihkan pandangan mata dari bertentangan darinya.
"Oh my gosh, soo kau macam mana? Yuran kau? "
"Yes, i know. Sekarang ni aku dah buntu nak fikir masalah ni. Aku terdesak sekarang ni Jane" ucapku lalu menghambur tangisan di depan wanita yang berambut pendek.
"Aku betul betul perlukan duit sekarang ni Jane, nak bayar yuran pengajian aku." Ucapku lagi. Terduduk diriku sambil menghemburkan tangisan yang semakin lembat.
Terasa belakang badanku digosok lembut oleh Jane. "Kau kena tabah tau." Ucapnya.
"Hmm... kalau kau nak duit aku boleh tolong kau, itu pun kalau kau sanggup lah" Jane berbicara berhati hati takut menyentak perasaan ku.
YOU ARE READING
CHRISTY DHIANOVVA
RomanceEva Qristina nama secantik tuan badanya. Kulitnya putih, berambut blonde dan memiliki senyuman nipis. Terlahir sebagai anak ahli koprat tersohor di tanah air. Lagi tiga bulan dirinya akan menamatkan pengajiannya di Eropah. Perasaan gembira hancur...