[S2] CHAPTER 04

449 56 243
                                    

⚠ SURVIVOR OF THE GAME 2 ⚠

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚠ SURVIVOR OF THE GAME 2 ⚠

[S2] CHAPTER 04
SAI AND SHIELDA

Sepuluh tahun yang lepas.

"NOMBOR LAPAN LIMA ENAM SATU! NOMBOR LAPAN LIMA ENAM DUA! BERHENTI SEKARANG!"

Walaupun arahan yang dilontarkan kedengaran sangat tegas, mereka berdua masih berlari dan lari. Rambut dan wajah mereka dibasahi dengan air peluh manakala nafas mereka sudah pun tercungap namun dua orang kembar itu masih tidak berhenti daripada berlari.

Secara tidak sedar, salah seorang dari kembar itu jatuh akibat tersandung. Kakinya yang tidak memakai alas mula berdarah kerana memijak tanah yang berbatu dengan lama.

"ELDA!" Seorang lagi berhenti dari mara ke hadapan lalu berpatah balik ke arah adik kembarnya.

"SAI! KAU PERGI JE DULU!" Arah si adik. Namun si abang yang bernama Sai itu tidak mendengar kata-kata adiknya.

"NOMBOR LAPAN LIMA ENAM SATU! NOMBOR LAPAN LIMA ENAM DUA!" Beberapa lelaki yang berbadan tegap dan berpakaian uniform, mendekati mereka berdua dengan pantas lalu menahan pasangan kembar itu.

"LEPASKAN AKU!" Si adik, Shielda, meronta-ronta untuk melepaskan diri dari pegangan dua orang lelaki dewasa yang kemas itu. Akibat tidak dapat menahan kelakukan perempuan itu, mereka menampar wajahnya dengan kasar.

"JANGAN APA-APAKAN DIA!" Jerit Sai. Dia turut meronta apabila melihat adik mereka dilayan sebegitu.

"BAGI SUNTIKAN CEPAT!" Arah salah seorang dari pegawai itu.

Sai menjerit sehingga tekaknya rasa terbakar. Dia kemudian merasakan sesuatu yang halus dan tajam ditekan masuk ke dalam kulit lehernya sebelum matanya menjadi kabur dan lama kelamaan sekeliling dirinya menjadi gelap.

⚠ SURVIVOR OF THE GAME ⚠

"─! ─ai! Sai!"

Matanya terbuka dengan luas dan badannya terbangun dengan sendirinya akibat terkejut. Dadanya turun dan naik dengan laju. Dia memandang kanannya hanya untuk melihat seorang lelaki berambut ungu yang menunjukkan wajah risau.

Shielda.

"Kaizo! Mana Shielda?! Mana adik aku?!" Sai memegang bahu lelaki tadi dengan kuat.

"Rileks. Dia ada kat situ," Kaizo menunding jarinya ke arah hujung bilik, di mana seorang perempuan sedang baring di atas lantai yang sejuk. Sai menghembus nafas lega. Dia melepaskan bahu Kaizo dengan perlahan-lahan.

SURVIVOR OF THE GAME | BOBOIBOYWhere stories live. Discover now