[S1] CHAPTER 02

754 88 147
                                    

⚠ SURVIVOR OF THE GAME ⚠

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚠ SURVIVOR OF THE GAME ⚠

[S1] CHAPTER 02
GUYS PLEASE BE SAVE

WARNING ⚠
CURSING WORDS

Buk!

Taufan yang baru sahaja tiba di rumah Halilintar berhenti berjalan apabila mendengar bunyi seperti orang terjatuh. Dia segera berlari masuk dan menuju ke halaman rumah.

"Hali? Lah... Sekali lagi ke?" Taufan mengeluh melihat sahabatnya terbaring dengan pakaiannya yang terkena debu tanah manakala seekor kucing berada di atas dadanya.

"Kan aku dah cakap. Ruby pandailah turun sendiri dari pokok tu," Taufan berjalan mendekati Halilintar. Kucing yang bernama Ruby itu dibelai lembut olehnya. Halilintar hanya mendiamkan diri.

"Aku tahu yang kau risau Ruby jatuh, sebab tu kau dengan tak ada kerjanya pergi panjat pokok and nak selamatkan dia. Kan?" teka Taufan. Halilintar menganggukkan kepalanya. Dah agak. Taufan menghulurkan tangannya untuk membantu Halilintar bangun dari terus berada di atas tanah.

"Hah, tengok? Baju kau dah kotor. Pi tukar cepat. Kita kena tiba kat taman pukul tiga. Sekarang lagi lima belas minit tinggal. Cepat, cepat," Taufan menolak belakang tubuh Halilitar masuk ke dalam rumah melalui ruang dapur.

"Eh, janganlah tolak aku. Kau nak bagi aku jatuh ke?" Pinta Halilintar.

"Engkau memang dah jatuh pun dari tadi," perli Taufan sambil memutarkan matanya.

"Sedap eh mulut kau mengata aku? Lepaslah! Aku boleh berjalan sendiri!" Marah Halilintar. Dia sedaya-upaya cuba melepaskan dirinya dari cengkaman Taufan.

"Ya! Ya! Aku tahu!" Namun, Taufan masih menolak tubuh badannya.

"Taufan!"

⚠ SURVIVOR OF THE GAME ⚠

"Hali! Jomlah cepat! Diorang mesej aku kata yang dah lama diorang tunggu kita tapi tak sampai-sampai!" Jerit Taufan.

"Sabarlah kau ni pun," Halilintar keluar dari bilik tidurnya dengan jelingan yang tajam.

"Ah, takde! Jomlah!" Tanpa memberi amaran, Taufan terus menarik tangan Halilintar dan berlari menuruni tangga.

"Eh, kejap! Aku belum kunci pintu lagi!" Ujar Halilintar. Dia pantas mengunci pintu rumahnya. Mereka berdua pun berlari ke arah taman

⚠ SURVIVOR OF THE GAME ⚠

"Sorry kitorang lambat!" Pinta Taufan dan Halilintar serentak sebaik sahaja mereka di sana.

SURVIVOR OF THE GAME | BOBOIBOYWhere stories live. Discover now