⚠ SURVIVOR OF THE GAME 2 ⚠
[S2] CHAPTER 06
VVIP MASTER⚠ WARNING ⚠
CURSING WORDS AND DARK THEMESai memandang kosong pada kedua belah tangannya yang berlumuran dengan darah. Dia berjaya dan disebabkan itulah Shielda tidak perlu melakukan tugasan sepertinya.
Amato mengatakan bahawa Shielda melepasi ujian itu kerana dia tidak menangis mahupun menjerit apabila dia melihat keadaan Tarung. Budak perempuan itu hanya memandang abang kembar dan sahabatnya dengan pandangan polos.
"Congratulations, twinnies. Korang berjaya lepasi ujian ni. Akhirnya, korang dah boleh keluar dari tempat ni," Amato menepuk tangannya. Sai dan Shielda mengangkat kepala mereka dengan cahaya di dalam mata.
Betul ke apa yang mereka dengar? Akhirnya mereka boleh keluar dari neraka ini?
"Tapi dengan satu syarat. Kalau korang setuju untuk jadi tikus makmal aku, korang akan bebas dari tempat ni dan pergi ke tempat yang lebih selesa. Setuju atau tak?" Soal Amato. Dia merendahkan dirinya supaya tingginya sama paras dengan kanak-kanak yang berada di hadapannya.
"Tikus makmal...? Apa tu?" Soal Shielda semula dengan penuh hairan.
"Kalau korang jadi tikus makmal aku, korang akan jadi VIP Master dalam sesebuah tempat. Bukan itu sahaja. Kalau kau orang berdua mahir dalam menjadi tikus makmal, korang akan jadi VVIP Master," ujar Amato. Kanak-kanak itu tidak faham namun apabila mereka mendengar perkataan 'VIP' dan 'VVIP', mereka menjadi teruja. Very Very Important Person.
Lima kanak-kanak itu faham serba-sedikit bahasa inggeris dan mereka perlu berterima kasih kepada pengawal yang baik hati sebelum ini. Jadi, pasangan kembar itu segera mengangguk dengan laju, tanda mereka setuju untuk menjadi tikus makmal Amato.
"Good kids. So, disebabkan korang ialah orang kelapan puluh tujuh yang berjaya lepasi ujian ni, korang ada apa-apa permintaan?" Soal Amato. Sai dan Shielda berfikir sejenak sebelum Shielda membuka mulutnya.
"Ada seorang lagi dalam bilik kitorang. Boleh kitorang bawa dia sekali?" Soal Shielda.
Amato mendiamkan diri. Tidak lama kemudian, kepalanya diangguk. Dia memaparkan satu garia senyuman nipis.
Amato tidak mahu terlalu ramai budak yang keluar dari sini tetapi dia juga tidak mahu Sai dan Shielda mengubah fikiran mereka. Jika mereka berbuat sedemikian, pasangan kembar itu akan dibunuh. Dia tidak mahu ace seperti mereka berdua disia-siakan.
Sai dan Shielda saling berpandangan sambil tersenyum lebar. Gembira. Itu yang dirasai oleh mereka. Bukan sahaja mereka dapat keluar dari sini malah mereka juga dapat membawa Kaizo sekali.
YOU ARE READING
SURVIVOR OF THE GAME | BOBOIBOY
Fanfiction❪ 𝗦𝗢𝗧𝗚: BOBOIBOY ELEMENTAL ❫ sesiapa pun tak akan hidup kalau tak ada di antara kita yang berlagak macam hero nak selamatkan semua orang。 ❛ kau menang, kau bebas. kau kalah, kau mati. easy and simple, right ? ❜ lapan orang remaja terperangkap di...