34

2K 119 7
                                    

"Haii Dani. How your weekend?" Sapa Paan selepas meletakkan beg disebelah tempat duduk aku. Dia dah official duduk sebelah aku. Siapa yang benarkan tu, aku tak tau la. Sedap dia je duduk sini tak mintak izin.

"Nice. Jom la gerak. Dah lambat ni." Hari isnin yang ditunggu-tunggu telah pon tiba. Kami berjalan ke arah tapak perhimpunan sambil berborak.

"Hai sayang." Seseorang menepuk punggung aku dari belakang. Memang la dari belakang takkan dari depan pulak.
"Ameer! Nanti orang dengar la." Ameer berjalan disebelah aku. Dia menyapa Paan yang sedikit terganggu dengan kehadirannya.

"Tapi orang tak dengar pon kan?" Balas Ameer. Aku melihat sekeliling. Masing-masing dengan muka mengantuk tak boleh bawak bincang. Tulah berjimba sampai lewat malam lagi.

"Eh blah kau sana." Aku menolak Ameer jauh dari aku. Dia hanya tergelak dan berjalan ke arah kumpulan pengawas yang lain.

"Korang memang rapat ke?" Tanya Paan semasa kami masuk kedalam barisan. Lupa pulak dia dengan aku dari tadi.
"Takde la rapat mana." Balas aku sekadar berbasa-basi.

Kami mendengar sepatah dua kata dari Puan pengetua dan beberapa guru bertugas dan masuk kedalam kelas seperti biasa. sepatah dua kata tu boleh la dalam tujuh lapan perenggan siap penutup.

Semasa guru kelas mengambil kehadiran didalam kelas 5 silver, pintu kelas diketuk.
"Pelajar yang berminat menyertai kem perdana boleh bagi nama kat saya sekarang." Suara Ameer membuat kepala aku terangkat.

Aku menyuruh Paan bangun dengan tergesa-gesa. Selalunya aku tak minat aktiviti macam ni tapi tiba-tiba aku rasa nak pergi pulak.
Aku orang terakhir yang menulis nama.

"Kau tak pergi ke?" Tanya aku sambil tangan masih lagi sibuk menulis.
"Tahun ni tak kot." Balas Ameer. What?! Aku beriya tulis nama sebab ingat dia pergi. Apanii.
Aku baru nak batalkan penyertaan tapi pengawas lagi sorang dah ambik pen kat tangan aku.

Aku masuk kedalam kelas semula dengan muka monyok. Hailahh tulah lain kali tanya dulu baru tulis. Padan muka aku yang handsome ni.

***********

"Penyertaan tak boleh dibatalkan." Kata-kata Abang senior terngia-ngia ditelinga aku. Nak taknak aku kena pergi jugak.
"Kau okay tak ni?" Tanya Paan yang baru saja duduk disebelah aku.
"Tak" jawab aku pendek.

"Tu boyfriend kau dah tunggu kat luar tu." Kata-kata Paan aku buat tak endah. Biar la dia. Pandai-pandai masuk kelas sendiri. Kepala aku letakkan atas meja.
"Ameer dia taknak jumpa kau laa." Jerit Paan dari dalam kelas.

"Dia dah pergi bangun la." Bila Paan cakap macam tu baru aku bangun.
"Belanja aku tealive petang ni. Yang hari tu punya pon kau tak belanja lagi." Aku membuat isyarat 'okay' memandangkan sudah Cikgu fizik masuk kedalam kelas.

c u m a n nWhere stories live. Discover now