35

2K 121 8
                                    

"Thanks teman aku cari barang." Kami berdua duduk menunggu air yang dipesan.
"Thanks belanja aku tealive." Paan duduk didepan aku. Aku mengangguk perlahan.

"Cukup ke barang untuk kem ni?" Tanya Paan, memecahkan kesunyian.
"Cukup la ni kot. Aku pergi berapa hari je. Kalau tak cukup aku beli la lagi nanti." Balas aku sebelum mengalihkan perhatian ke arah screen iPhone di tangan.

"Dani." Panggilan Paan membuat kepala aku terangkat.
'Click!' Bunyi gamba diambil menyedarkan aku.
"Kau ambik gamba aku ke?" Tanya aku dengan muka blur.
"Taklah aku selfie." Aku hanya meng 'Ooo'kan kata-kata dia. Tapi kenapa aku rasa dia ambik gamba aku eh? Perasaan aku je kot.

Nombor kami dipanggil. Paan bangun dan mengambil sekali air aku. Paan menghantar aku ke rumah. Jeez, aku bukannya budak kecik la sampai nak kena hantar balik rumah.

***********

Seminggu berlalu. Seminggu jugak aku elak dari Ameer. Aku pon tak tau kenapa aku taknak jumpa dia.
"Sekian taklimat dari saya. Para pelajar sila masuk kedalam bas untuk bergerak ke destinasi." First time aku pergi kem. Maksud aku time sekolah menengah la. Rasa nervous pulak tiba-tiba.

Aku duduk di bahagian belakang bas. Tak berapa nak belakang la tapi. Sebab barisan belakang selalunya untuk budak-budak nakal. Aku ni dah la baik, comel pulak tu. Tak sesuai langsung duduk situ.

"Ameer duduk sini!!" Jerit lelaki belakang aku. What? Ameer? Aku masih belum pekakkan? Dia lalu tapi dia langsung tak pandang aku. How dare you? Dah la tipu aku.

Aku pejamkan mata sehingga tiba ke destinasi yang dituju. Aku harap 3 hari 2 malam ni tak seteruk yang aku jangkakan.
Sampai-sampai kami disuruh berbaris mengikut jantina. Kami memilih penghulu dan penghuluwati dari kalangan tingkatan 5 dan 6.
Kami dibahagi kepada 10 kumpulan dan satu kumpulan mempunyai 10 orang ahli.

Aktiviti pertama ialah ice-breaking. Dalam banyak-banyak aktiviti, kenapa mesti aktiviti ni dulu?
"Jadi? Nak intro dulu atau apa?" Tanya salah seorang daripada ahli group aku.

"Memandangkan Abang paling tua, so biar Abang perkenalkan diri Abang. Nama Abang, Najmi. Boleh panggil Abang mi. Abang dari kelas 6 Crystal." Wahh budak pandai rupanya.

"Abang bukan budak yang hari tu calonkan diri sendiri tu ke?" Aku mencelah. Semua orang tergelak bila Abang mi mengiyakan pertanyaan aku. Lepas Abang mi aku pulak, memandangkan aku sebelah dia.

"Nama Dani. Panggil pon Dani. Kelas 5 Silver." Aku duduk semula. Eyy suka hati aku la, intro aku bukan kau. Budak sebelah aku bangun.
"Nama saya Maisarah. Boleh panggil Mai tapi kalau Dani nak panggil saya 'Mai-sweetheart' pon boleh. Saya 5 Gold." Aku pekak ke atau perempuan ni memang sebut nama aku?

Semua dah buat muka meluat dengar ayat dia termasuk aku. Berani betul kena kecam eh? Sampai ke giliran orang yang ke 6 aku dah start mengantuk. Dalam group ni dah la 4 orang je lelaki. Aku, Abang Namji, Ismail dengan Adam. Yess Adam Mikael. Yang lain semua perempuan.

"Saya Dania. 4 Crystal. Saya suka Abang Dani dari masuk sekolah ni. Saya nak jadi girlfriend Abang Dani kalau Abang Dani tak kisah?" Semua pandang aku. Haii la famous betul la aku ni. Aku buat muka toya. Abang mi kat sebelah aku dah macam orang gila dibuatnya. Sakit bahu aku kena penampar free.

"Dah dah duduk." Adam bangun pula.
"Adam. 5 Gold." Wahh tu lagi pendek dari aku. Syabas bro. Anda tidak membuang masa memecahkan ais yang dah cair kat tengah panas ni.

Selesai acara ice-breaking la sangat tu, kami diberi arahan untuk bergerak ke dewan makan. Selalu orang buat apa kat dewan makan? Makan la kan? Dah tu yang nak kena berkawad sampai kesana tu buat nak apa? Aku ni dah la kayu. Tak rupa berkawad langsung.

c u m a n nWhere stories live. Discover now