50

1.8K 99 14
                                    

"Wahh kematu habis bontot aku ni." Aku mengeliat setelah turun dari bas. Punggung aku serta merta diraba oleh seseorang dari belakang.
"Ratanya. Tak sedap langsung." Kata Adam lancar. Aku tumbuk bahu dia kuat. Taguna betul. Dah la raba aku pastu kata aku rata pulak tu. Siot je.

"Baiklah, sila ambik beg masing-masing dan gerak ke dewan utama." Kami hanya mengikut arahan guru yang bertugas.
Adam membawakan bagasi aku sekali masuk kedalam dewan. Hukuman sebab raba aku and cakap aku tak sedap.

"Baiklah sila periksa bilik dengan Cikgu dari sekolah masing-masing." Suara dari pembesar suara itu memberikan arahan yang perlu kami ikut.
"Adam dengan Dani satu bilik. Zafuan dengan Malik. Ameer dengan Ikwan. Najwa dengan Aliya." Cuma tiga kumpulan lelaki dan satu kumpulan perempuan yang mewakili sekolah kami. Kami bergerak ke bilik masing-masing untuk berehat.

Nasib baik tiada aktiviti hari ni. Esok baru aktiviti dimulakan, jadi para pelajar dibenarkan untuk melakukan aktiviti bebas ketika itu.
Aku dengan Adam hanya melepak didalam bilik. Petang nanti baru lah kitorang turun ke kolam. Aku bukannya suka sangat mandi kolam, banyak penyakit. Tapi dah alang-alang kat sini, kita cuci mata la apa lagi.

"Kau tak bosan ke?" Tanya aku yang sedang baring di perut Adam. Maksud aku kepala aku jelah kat perut dia.
"Kau bosan ke?" Tanya Adam balik. Aku tanya kau, kau tanya aku balik.

"Kau tengok apa tu?" Aku masuk diantara tangan Adam yang sedang memegang iPad nya.
"Aku tengah baca balik fungsi ciptaan kita." Lah aku ingat dia tengah buat apalah tadi serius semacam.

"Ingat tengah tengok porn." Kata aku bersahaja. Dia tergelak. Aku baru tersedar yang kitorang tengah rapat gila sekarang ni.
"Aku nak pergi jalan la kejap." Aku cuba bangun dari katil tapi tangan aku ditarik membuatkan aku terjatuh didada Adam. Dia peluk aku erat.

"Aku ngantuk la. Kita jalan-jalan lepas aku dah bangun." Dia masukkan aku dalam selimut dan mengeratkan lagi pelukan tadi.
Aku baru nak merungut terus terdiam bila terdengar dengkuran halus milik Adam.

Cepat betul dia tidur. Aku hanya memerhati mukanya sebelum aku turut tertidur didalam pelukannya yang hangat.

Aku terbangun bila terdengar bunyi alarm yang memekak di sebelah telinga aku. Alarm tadi aku matikan. Aku meraba-raba katil. Kosong. Mata aku terbuka luas. Mana Adam menghilang? Aku melihat pintu balkoni yang terbuka luas. Adam kelihatan sedang hanyut melayan perasaan diluar.

Aku bangun nak melangkah kearah balkoni. Aku memeluk Adam dari belakang. Dia terkejut dengan kehadiran aku.
"Dah bangun?" Tanya Adam. Soalan apa bodoh sangat kau tanya aku ni? Aku hanya mengangguk.

"Kenapa kau tak kejut aku?" Aku masih lagi memeluk dia erat. Aku bayangkan yang aku tengah memeluk Ameer dari belakang. Sejujurnya aku amat merindui lelaki itu. Tapi aku hanya mampu memendam perasaan aku buat masa ni.

"Kau lena sangat tadi. Kesian pulak nak kejut kau." Adam memusingkan badannya. Dia mencium bibir aku sekejap. Dia tenung aku lama.
"Kau kenapa?" Aku tahu ada something wrong dengan Adam bila dia pandang aku macam tu.

"Takde apalahh." Dia membalas pelukan aku.
"Kau mimpi dia lagi ke?" Aku melepaskan pelukan tadi untuk melihat kedalam mata Adam. Dia hanya mengangguk lemah.

"It's okay. Everything will be fine. Aku ada dengan kau." Aku memeluk dia lagi. Lama kami begitu sebelum kami memutuskan untuk keluar berjalan-jalan.

Tanpa mereka sedar ada sepasang mata yang mental sukan aksi mereka di balkoni tadi.

c u m a n nWhere stories live. Discover now