36

1.9K 113 3
                                    

"Boleh kitorang join sekali?" Aku yang tengah khusuk makan tidak mengendarkan mahluk yang sedang berdiri kaku disebelah aku.

"Duduk la." Balas Adam disebelah. Aku dengan dia je kat sini. Sebab orang lain semua tak ngam. Cehh Kitorang yang tak reti bergaul sebenarnya.
Aku dah okay sikit dengan Adam sejak kes dia tumbuk Ameer kat padang masa aku tengah gaduh dengan Ameer tu. Tapi still berjaga-jaga la sebab dia kiss aku macam nak makan sebelum ni.

"Aku tak kawan dengan dia lahh. Stop la cakap macam tu." Kata-kata seseorang memberhentikan kunyahan aku.
"Cakap jelah kau rapat dengan Dani kat belakang kitorang kan? Kau gay kan?" Bunyi meja diketuk kuat mengejutkan semua yang berada disitu. Keadaan menjadi sunyi sepi didewan makan itu.

"Let be honest Ameer. Kalau betul dia bukan kawan kau. Cakap kat semua orang dalam ni. Aku nak dengar." Aku menelan air liur.
"Penting ke benda tu?" Suara Ameer kembali mendatar.
"Penting bagi kitorang!" Sekali lagi bunyi meja diketuk kuat mengejutkan aku.

"Fine! Aku tak kawan dengan dia. Aku takkan kawan dengan budak macam dia. Sebab dia langsung tak setaraf dengan aku. Puas hati kau sekarang?" Kata-kata Ameer betul-betul buat hati aku hancur berkecai. Tunggu masa je nak tumpah air mata aku ni.

"Kau dengar tu Dani? Kau tak setaraf dengan kitorang. Kau jijik!" Afiq berjalan ke arah aku. Air mineral aku dia ambil dan tuang keatas kepala aku. Wehh bapak cliche siaa. Kau ingat ni drama pukul tujuh ke?

Aku bangun. Air mineral kat tangan Afiq aku rampas kemudian teguk sekali sebelum keluar dari dewan makan yang sesak itu. Kali terakhir aku tengok muka Ameer dia macam terkejut. Tak sangka aku kat situ mungkin? Tapi nak buat macam mana? Aku dah dengar semuanya dari mulut dia sendiri.

***********

Cc; Ameer Harith

Apa aku dah buat ni? Ni semua Afiq punya pasal. Macam mana aku nak terangkan kat Dani balik ni? Sial laa!
Tong sampah tak bersalah aku tendang.
"Ameer jom. Abang Fasi dah panggil." Salah seorang ahli kumpulan aku menegur. Aku hanya mengangguk.

Kami berjalan kedalam dewan yang menempatkan semua pelajar. Aku duduk dengan kumpulan aku. Afiq duduk sebelah aku. Eyy rimas betul aku dengan mamat ni.

"Jadi kita akan gabung dua kumpulan and main game. Satu kumpulan gerak sama-sama ke check point dan kumpulan lain ke check point yang lain. Ingat ahli kumpulan kamu." Terang Abang Fasi panjang lebar.

"Kumpulan 2 dengan kumpulan 7 gerak ke check point 2." Kumpulan kami iaitu kumpulan 2 bergerak ke check point 2.

"Dani tunggu aku." Serentak kepala aku terpusing terpandang muka dia. Haa aku lupa yang Dani kumpulan 7. Kuat betul jodoh kami.

Aku senyum kat dia tapi dia langsung tak balas. Aku tau dia marah aku. Aku rindu nak peluk dia. Dah seminggu kitorang tak jumpa. Hailahh padan muka kau Ameer. Siapa suruh tak bincang dulu dengan dia.

c u m a n nWhere stories live. Discover now