66

1.1K 79 19
                                    

"Dani sini la ambik gambar dengan mummy." Mummy tarik aku ke satu tempat yang orang ambik gambar pastu cuci pastu bayar pastu aku tak tahu nama dia and taknak tahu sebab aku malas.
"Cuba senyum sikit. Tak happy ke dah graduate." Tegur mummy. Aku membuat rolling eyes sebelum terseyum kekok. Nampak sangat kena paksa.

"Hai Auntie. Ingat saya lagi tak?" Seseorang menegur kami yang sedang berposing macam-macam gaya. Mak aku jelah aku tak.
"Eh Adam. Buat apa kat sini?" Mak aku menegur Adam ramah. Bila masa dorang kenal tu pon aku tak tahu la.

"Oh saya tengah jual kuih tadi dengan kawan-kawan saya ni." Kawan-kawan yang dimaksudkan Adam ialah Ameer dan Paan.
"Dah habis ke kuihnya? Auntie tak sempat rasa." Hailahh mak aku ni. Mana la ada orang jual kuih pakai kemeja siap berblazer.

"Saya gurau jelah. Takkan la saya yang handsome ni nak jual kuih kot." Adam dan mak aku tergelak dengan lawak tak berapa nak jadi tadi. Aku menggaru dan mengusap kening aku. Tanda aku tak suka menunggu.

"Auntie ni kawan saya, Ameer dengan Farhan." Mereka cuma tersenyum kepada mak aku. Aku langsung tak diendahkan mereka seolah-olah aku tidak wujud.
"Dani." Aku menoleh kearah suara yang memanggil aku.

"ABANG AQIL!!" Jerit aku teruja. Aku berlari anak mendapatkan nya. Rindu woo.
"Congrats!" Dia memberikan bouquet yang dihiasi pelbagai jenis coklat kepada aku. Perghh ni yang makin sayang ni.

"Bila Abang sampai? Tak cakap kat Dani pon nak datang." Kata aku selepas pelukan dileraikan. Dia menggosok rambut aku sehingga serabai. Nasib kau la rambut. Ramai sangat yang dengki.
"Saja nak Surprise kan Dani." Aku tarik tangan Abang Aqil untuk dikenalkan dengan mak aku. Kang pelik pulak dia aku tiba-tiba peluk lelaki kat public.

"Mummy ni la Abang Aqil yang tolong Dani kat kem hari tu." Mak aku tersenyum manis kepada Abang Aqil.
"Terima kasih tolong anak Auntie. Aqil ni berapa tahun? Sekolah sini jugak ke?" Mak aku bertanya bagaikan polis pencen.

"Hal kecik jelah Auntie. Saya 19. Saya belajar area ni je. Tapak kem tu pakcik saya punya jadi saya kerja kat situ sementara tengah cuti. Alang-alang tu dapat la tambah duit poket." Balas Abang Aqil terlebih ramah. Aku masih lagi memegang lengan dia, sengaja nak buat tiga orang tunggul belakang mummy terbakar. Padan muka. Siapa suruh tak layan aku dari tadi.

***************

Cc; Adam Mikael

Ameer dan Paan disebelah aku kerling. Masing-masing mempamerkan riak cemburu diwajah.
"Takpe ke kitorang join ni? Rasa macam mengganggu pulak." Kata aku memecahkan kesunyian diantara kami.
"Takpe la. Lagi pon Auntie memang nak belanja Adam dengan yang lain." Aku membalas senyuman Auntie Mell.

Auntie Mell bangun untuk menjawab panggilan talefon , meninggalkan kami berlima dimeja makan.
"Nak tu. Aaaa." Aku memerhati Dani dan Abang Aqil dengan pandangan meluat. Dari tadi main suap-suap la, lap-lap mulut la. Tenang la wahai hati.
Ameer duduk disebelah kanan aku dan berhadapan dengan Dani manakala Paan duduk disebelah kanan Ameer dan berhadapan dengan Abang Aqil.

Budak berdua ni dah panas punggung nak bangun tapi dihalang oleh aku. Tak sopan la nak blah macam tu je. Orang belanja kan.
Aku berdehem perlahan mematikan perbuatan dua orang lelaki tadi dan menyambung menyuap makanan kedalam mulut.

Selesai makan kami mengucapkan terima kasih sebelum berangkat pergi menaiki kereta Ameer.
"Sabar la korang. Sehari je lagi." Kata aku sebelum hanyut melayan perasaan.

c u m a n nWhere stories live. Discover now