45

1.8K 99 2
                                    

"Aku dah daftar nama kita." Adam disebelah aku tenung. Dia langsung tidak mengendahkan aku. Eh siot je.
"Cikgu kata kita kena fikir nak buat apa. Kita jumpa petang ni. Aku tunggu kau kat tempat selalu kita lepak." Kata aku lagi sebelum bangun dan berlalu dari situ. Aku harap dia datang petang ni.

"Dani." Teguran seseorang membuatkan kepala aku terangkat.
"Kenapa?" Balas aku bersahaja walaupon hati dah berbunga-bunga.
"Kau pon masuk ke pertandingan reka cipta tahun ni?" Ameer mengusap belakang tengkuknya.

Aku hanya mengangguk membalas pertanyaannya tadi.
"Oh good luck and see you there." Dia sempat menepuk bahu aku perlahan sebelum memberikan sebuah kenyitan nakal. Aku hanya membuat muka meluat.

*************

"Mana Adam ni." Jam sudah menunjukkan pukul 5.15 petang, tapi kelibat Adam langsung tidak kelihatan.
"Nah." Air yang mempunyai logo sturbuck itu diletakkan betul-betul didepan aku.
"Vanilla frappucino?" Tanya aku.

"With more whipping cream and vanilla. Yep." Kata Adam sebelum menyedut minuman ditangannya.
Aku tersengih memerhatikan Adam yang langsung tidak memandang aku.
"Kau nak tenung aku je ke?" Adam masih tidak memandang aku.

"So kita nak buat apa ni?" Tanya aku setelah keadaan menjadi janggal diantara kami.
"Entah la. Aku tak fikir lagi." Tangan aku melakar sesuatu pada buku diatas meja. Lebih kepada menconteng sebenarnya.

"Apa kata kita buat benda ni? Tak susah pon. Kita cuma kena cari ais kering, keluli boleh laras and more stuff untuk bahagian enjin. So?" Aku memandang Adam meminta kepastian.
"Mana kau jumpa natang ni?" Keningnya terangkat sedikit.

"Adalah aku tengok cerita yang lawan-lawan robot ke apatah tu. Tapi dia tak guna ais kering. Dia guna aluminum foil yang dicairkan. Tapi kalau ikut pengiraan aku, momentum kalau menggunakan ais kering lebih kuat. So?" Sekali lagi aku memandang tepat ke arah Adam.

"Aku okay je. Cumanya kita kena tukar dia punya rekaan supaya lebih stabil. Daripada rekaan yang ni, aku rasa lagi selamat kalau kita guna something yang lebih ringan? Macam botol plastik?" Aku menulis semua yang Adam katakan. Hebatnya kitorang ni. Dah boleh buka syarikat engineering sendiri lah lepas ni.

"Guna kotak untuk tutup bahagian enjin daripada besi? Lebih selamat aku rasa. Lagipon kita ni baru budak sekolah." Tambah Adam lagi.
"Doublekan kotak supaya lebih stabil?" Tambah aku pula. Adam mengangguk setuju.

"Nak tambah lagi?" Tanya aku setelah selesai menulis.
"Aku rasa cukup la ni dulu. Pertandingan tu pon dua minggu lagi kan? Sempat la kot kita nak uji benda ni selamat ke tak." Aku setuju dengan Adam. Selesai berbincang, kami berdua membuat keputusan untuk berjalan disekitar situ.

"Adam tengok ni." Aku menarik dia kesatu gerai berdekatan yang menjual bracelet. Walaupon aku bukan jenis yang tertarik dengan benda macam ni, tapi aku tahu Adam suka benda yang berkaitan dengan persahabatan.

"Comelkan?" Aku membelek-belek bracelet yang menarik minat aku dari tadi.
"Kalau adik beli yang tu, adik kena beli pasangannya sekali." Penjual itu menghulurkan pasangan bracelet yang aku pegang. Couple punya ke.

"Antara yang ni dengan yang ni mana yang lawa?" Aku meminta pendapat Adam. Dia dari tadi hanya menumpukan perhatian pada phone ditangan . Langsung tidak memperdulikan aku.

c u m a n nWhere stories live. Discover now