b 1~59 di kucingbulus ..
Bab ini adalah sambungannya..
"Engkau perempuan kurang ajar tu kan? "Soal lelaki itu sambil menunjal dahi Ryna.
"Eh.. Jantan ni!!.. Ada yang mati kang!! "Ryna sudah meninting seluarnya ke paras betis.
"Eh! Engkau yang langgar aku petang tadi tahu?.. Engkau engkau!! "Sekali lagi dia menunjal dahi Ryna.
Kepala Ryna sudah beberapa kali sudah terkebelakang dengan tunjalan itu.
"Eh.. Itu memang salah engkau oun.. Mulut puaka macam engkau memang patut dilanggar .seeloknya aku bukan ter..langgar engkau tapi langgar terus, biar mampus pun tak pe!! "Jerkah Ryna.
"Oiii.. !!! Gaduh gaduh apa malam malam buta ni, hah?!! "Tengking seorang lelaki berpakaian pengawal keselamatan ditaman perumahan mereka.
"Err.. Tak ade ape-ape, pakcik. Biasalah bini merajuk kita suami kena lah pujuk"balas Lelaki itu sempat dia merapatkan bahunya ke bahu Ryna.
Semakin Ryna mengelak dari dekat semakin cengkaman nya kuat dibahu Ryna agar merapatkan dirinya dengan lelaki itu.
"Jangan merajuk sangat tak elok dipandang orang. Kamu ni malam malam ada dekat sini dah kenapa kalau nak main sorok sorok pun mainlah dalam rumah.. Alah haih."Kata pak cik itu sebelum pergi meninggalkan mereka.
"Lepas lah..!! "Ryna menepis tangan lelaki itu yang slumber memegang bahu dia.
"Eh.. Cukup Bagus aku cover tau.. Kalau tak, tak pasal pasal aku ditarik ke pejabat agama islam dan nikah dengan engkau.. Memang tak arrr aku nak kahwin dengan engkau."Matanya terjuling ke atas tatkala melihat jelingan Ryna.
"Eh.. Giler.. Apa bodohnyer engkau ni.. Aku kalau nak pilih lelaki pun bukan macam engkau.. Sesedop engkau je sentuh aku.. Ini yang nak marah nii"balas Ryna yang mencubit perut lelaki itu.
"Sa.. Sakit!! Giler oii"
"Dah la.. Baik aku balik.. Auch!"Terjerit Ryna tatkala selangkahnya termati kerana terasa kakinya seperti terseliuh akibat jatuh dari basikal tadi .
"Engkau kenapa.. ?"soal lelaki itu terhenti gerakannya yang mengelap peluh dimuka.
"Kaki aku.. Aduhh..!! "Ryna sudah berkerut dahi menahan sakit, sempat dia mengurut kecil di pergelangan kakinya.
Tanpa sedar lelaki itu dekat dengannya sebelum lelaki itu mengangkat tubuh kecilnya..
Terkejut Ryna dengan perbuatan lelaki itu.. Kini dia berada didalam dokongan lelaki itu,kepalanya disandar pada dada hangat lelaki itu.sebelum dia tersedar dngn perbuatannya.
"Oi oi... Turun kan lahh..!! ",terjerit dia dalam dokongan itu.
"Hish!!.. Cuba duduk diam diam.. Tadi egkau cakap.. Kaki engkau sakit kan? dan tengok dari cara jalan engkau macam tak lama je hidup.. Apa kata engkau diam dan aku tolong bawakan engkau sampai ke klinik okey.. "Balas lelaki itu yang tumpu dilangkahnya.
Sampai sahaja di sebuah kereta dirinya sudah diturunkan.
"Masuk..!! "Sempat lelaki itu membuka pintu penumpang hadapan.
"Memang tak arr.. "
"Kenapa engkau takut aku buat pe pe ke? ..memang tak arr.. Selera aku tinggi tau.. Dah dah masuk.. Nanti kang ada yang kena sumbat kut."Lekas Ryna masuk perlahan-lahan.
Tersengih lelaki itu sempat dia mengurut keningnya.
*****************
"Sayang.. Ni last okey.. Banyak sangat sayang makan ni, nanti kang naik berat badan nanti, "Saif sudah terduduk dikerusi. Penat dia membuat cream puff.
Sebelum Rufina menghabiskan dia membuat hanya 10 cream puff.. Tetapi bila Rufina makan sekali habis dia mengambil kesemuanya. Sekarang cream puff yang dibuatnya tadi selamat masuk ke dalam perut Rufina.
Gream puff yang terakhir iaitu cream puff yang ke-10 Rufina menghabiskan dia meminta agar Saif buat lagi.. Tapi kali ini 20 biji cream puff, mahu tak pengsan Saif mendengar.
"Alaaa.. Abang.. Bukan selalu pun. Lagi pun pandai abang buat, sedap pulak tu. Kena dengan tekak Fina ni.. Dah la handsome, pandai pulak tu masak. Hish!! Untung Fina dapat abang.. "Tersengih-sengih Fina memuji Saif yang audah kembang semangkuk.
"Iya.. Tak pe sayang nanti bukan sayang je yang dapat cinta abang."Termati sengihan Rufina ,rupanya sudah serius.
"Abang dengar dekat tempat kerja abang ada pekerja baru, cantik orang yer.. Nanti. Boleh lah... ADUH!!"terjerit Saif tatkala pinggang nya menjadi tempat pelepasan jari ketam Rufina.
"Abang..cakap balik abang... Boleh apa.. Telinga ni.. Telinga ni tak dengar.. Ulang balik...!! "Sambil jarinya membuat kerja, mencubit.. Dia menunjuk telinganya bila menyebut perkataan 'telinga'pada Saif.
"Aduhhh.. Aduh.. Tak maksud abang.. Boleh lah abang ajak sayang jumpa dia.. "Terpintas perkataan itu diotaknya.
"Haah... Jangan mengada-ngada.. Awak tu dah nak dapat anak.. Lagi mau gatal.. Itu makannya.. "Sempat dia mencubit pinggang Saif lagi.
"Sayang ni.. Giler pe abang nak perempuan lain.. Sayang dah cukup perfect dimata abang.. Abang sayang Rufina okey.. Bukan orang lain.. Dengar tu.. "Sempat dia mencubit pipi Rufina yang dipenuhi dengan cream puff.
Jelingan Rufina membuat dia tergelak sakan..
*******
"Thanks sebab hantarkan saya ke klinik.. "Kata Ryna.. Sambil membuka pintu kereta."Tak pe.. Lagi pun saya pun dah sampai rumah dah.. "Terkalih wajah Ryna mendengar balasan lelaki itu.
"Hah?! "
"Rumah saya adalah rumah sebelah awak ni.. Saya tak sangka pulak kita ni jiran.. "Tersengih lelaki itu.
"Laaa.. Awak rupanya jiran yang makcik-makcik bawang cerits yang handsome sangat tu.. "Tergelak-gelak Ryna sempat dia menampar-nampar bahu lelaki itu.
Ryna bila tawa,memang untung siapa disebelahnya..memang dapat makan penampar tawa dia,tak sah kalau tawa tak angkat tangan.
"Errkk..ye "balas lelaki itu cuba menjauhi bahunya yang sakit ditampar oleh Ryna.
"Okeylah saya masuk dulu okey..bye thanks tau.."Ryna keluar dari kereta sempat sia melambai tangan pada lelaki itu.
Next...🌹🌹sorry kalau typo
YOU ARE READING
CINTA MISS MAFIA [TAMAT]
RomansaPERINGATAN!!! CERITA INI DISAMBUNG DARI CERITA CINTA MISS MAFIA DI ACC @kucingbulus cerita ini akan bermula dari bab 60 🌹 .. Demi mencari sipembunuh ibubapanya dia terpaksa bekerja sebagai mafia, dalam masa yang sama dia mempunya prinsip agar diri...