This story was made on 2019
Ingat cerita ini datang dari imaginasi saya sendiri. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun mati.
ALL RIGHTS RESERVED
Kalau ada tersama dengan mana-mana karya saya minta maaf. Ini hanya kebetulan.
******
Dia seorang gadis kampung yang selalu disayangi oleh ibunya. Dia adalah remaja yang selalu dirindui oleh ibunya, tetapi itu adalah sementara.
Selepas kematian ibunya, hidup dia kian sunyi. Ayahnya terpaksa ke laut untuk mencari rezeki. Di rumah,mereka tidak mempunyai televisyen seperti orang lain. Jadi tinggallah dia seorang diri. Sungguh dirinya merindui rasa disayangi oleh ibu.
Ayahnya ke laut dengan tempoh yang sangat lama. Kadang-kadang seminggu, dua minggu dan hampir sebulan. Dia terpaksa berkerja keras sedikit untuk menyara hidup semasa ketiadaan ayah.
Dia bersyukur walaupun duduk keseorangan di rumah, dia ditemani oleh satu sosok yang sangat dia sayangi.
Sosok ibu.
Sosok ibulah yang sentiasa menemani . Walaupun ibunya telah pergi namun dia dapat rasakan yang ibunya masih disisi. Sosok itulah yang selalu membuatkan dia untuk teruskan kehidupannya.
Nama aku Bella Wildani, dan ini adalah kisah hidup aku yang aku rasa ia takkan pernah habis. Ya. Nama aku macam orang kaya dan seperti orang berpelajaran tinggi tetapi hakikatnya aku adalah gadis yang miskin dan cetek ilmu.
Dia tidak keseorangan. Dia mempunyai seorang abang. Tak ada kawan itu perkara biasa untuk dirinya. Siapa sahaja nak berkawan dengan dia yang comot. Tapi tidak mengapa, dirinya sudah terbiasa dengan kehidupan yang sunyi.
Dia tidak sekolah kerana ayahnya tidak mampu membayar kos pembelajaran. Teringin juga dia untuk ke sekolah. Namun dia tidak mahu membebani ayahnya. Pekerjaan ayahnya sangat memenatkan. Dia sanggup berhenti sekolah asalkan ayahnya tidak terbeban.
******
Jam di dinding dipandang dengan agak lama. Sudah jam sepuluh pagi, hari ini ayahnya akan pulang. Senyum tidak lekang dari bibir.
Seusai masak, kaki Bella menapak ke jendela untuk melihat siapakah gerangan yang diluar rumah.
Dia tersenyum lebar melihat Encik Ahmad iaitu ayahnya berdiri di muka pintu. Terus badan Encik Ahmad dipeluk oleh Bella.
"Rindunya Bella dekat ayah." ujar Bella dengan senyuman.
"Ayah pun rindu dekat anak ayah sorang ni." rambut Bella diusap ayah.
"Ayah mesti penat kan ? Meh Bella bawakan beg ayah. Ayah dah makan ? Kalau belum, Bella dah masakkan ayah makanan kegemaran ayah. Rebung masak lemak cili api."
"Wahh sedapnya. Mana dapat rebung tu ? Jangan cakap Bella sendiri yang cari."
"Tak lah. Mak cik Senah yang bagi, dia kata anak-anak dia yang carikan rebung tu. Ada lebih, itu yang dia bagi dekat kita. " beritahu Bella dengan penuh gembira.
Bella dan Encik Ahmad ke dapur. Aroma lauk yang terhidang memang menaikkan selera makan. Bella memberikan sepinggan nasi putih kepada ayahnya. Rebung masak lemak cili api dikauk masuk ke dalam pinggan Encik Ahmad.
YOU ARE READING
CINDERBELLA
RomanceWarning ⚠️ Cerita ini datang dari imaginasi. Seorang gadis yang bernama Bella Wildani yang mempunyai kisah kehidupannya yang tersendiri. Dia seorang yang di belengu dalam kegelapan dan kekerasan. Selepas kematian ayah yang tersayang, dia telah dip...