4

110 16 3
                                    

Aku untuk kau...

Kau untuk aku...

Kau dan aku menjadi satu...

Bella terkebil-kebil mencari punca suara itu. Tiba-tiba muncul satu bayangan lelaki datang menghampirinya. Dia tidak boleh bergerak. Sudah beberapa kali dia mencuba untuk gerakkan kakinya.

"Apa kau nak ?" soal Bella apabila bayangan itu semakin mendekat.

Aku untuk kau...

"Siapa kau ?" soal Bella lagi. Bunyi derapan kakinya yang perlahan membuatkan dia rasa takut. Takut terhadapnya.

Kau untuk aku...

Bayangan itu kian mendekat dan dia disitu hanya memejamkan mata.

Kau dan aku menjadi satu...

Dan ayat terakhir itu singgah di cuping telinga aku dan mata aku terbuka luas. Dadanya berombak, dahinya berpeluh. Mimpi ? Selama ini dia tak pernah mimpi ngeri seperti itu.

"Aku untuk kau, kau untuk aku. Kau dan aku menjadi satu." Bella mengulang semula ayat yang dia dengar ketika di dalam mimpi.

Dia bingkas bangun dan menuju ke bilik air. Selepas mandi dia turun ke bawah. Masih sunyi. Ya lah masih sunyi,sekarang baru pukul enam Bella. Bella menepuk dahinya

Dia menapak ke dapur. Seorang wanita sibuk menyediakan hidangan sarapan. Dia tersenyum melihat Bella.

"Cik Bella buat apa dekat sini ?" soal wanita berusia itu.

"Mak cik kenal saya ke ?" soal Bella. Setahunya dia tidak mengenali sesiapa dalam rumah ni.

"Datin yang cakap dekat mak cik yang rumah ni ada tetamu. Jadi cik Bella la tetamunya."

"Mak cik tak payah la ber-cik dengan saya. Saya bukan siapa-siapa dalam rumah ni. Panggil saya Bella je."mak cik itu mengangguk faham.

"Nak Bella tolong ?" pelawa Bella.

"Tak payah la Bella. Nanti datin tengok macam mana ?"

"Tak apa nanti saya cakap dengan datin yang saya sendiri yang nak tolong."

Bella mengambil timun yang berada disebelahnya. Pisau dicapai lalu dia menghiris nipis timun tersebut.

"Termakbul doa datin."

Bella melihat ke arah mak cik tersebut.

"Kalau Bella nak tahu, datin dah lama nak ada anak perempuan. Dulu dia pernah ke rumah anak yatim untuk ambil anak angkat perempuan, tapi datin langsung tak berkenan. Ini kali pertama dia bawak anak perempuan balik ke rumahnya."

Bella menyambung semula kerjanya.

"Alhamdulillah mak cik. Datin sudi ambil saya jadi anak angkat. Saya dah tak ada sesiapa dalam dunia ni." beritahu Bella.

"Ibu ayah kamu meninggal sebab apa ?"

"Ibu meninggal waktu dalam tidur, ayah pulak meninggal sebab jatuh kapal."

CINDERBELLAWhere stories live. Discover now