Hari ini Bella akan keluar bersama Datin Maria. Dia ingatkan hanya mereka berdua. Rupanya Deler juga akan mengikuti mereka.
"Anak-anak mama dah siap ?" soal Datin Maria.
Bella mempercepatkan jalinan rambutnya. Selesai menjalin rambut dia berjalan turun ke bawah. Deler dan Datin Maria sudahpun menunggunya.
"Ya Allah. Selipar aku." Bella mengetuk kepalanya sendiri. Bagaimana dia boleh lupa. Selipar dia masih lagi ada di rumah lamanya.
"It's okay sayang, mama dah belikan untuk Bella." Datin Maria memberikan satu kotak kepada Bella. Dia membuka kotak tersebut, satu sandal hitam dikeluarkan dari kotak.
"Cantiknya mama. Terima kasih." Bella memeluk Datin Maria. Dia memakai sandal tersebut.
"Macam mana mama tahu saiz kaki Bella ?"
"Sama-sama, mama pakai teka je saiz kaki Bella, tak sangka muat."
"Can we go now, mama ?" Deler mencelah. Lalu dia masuk ke dalam kereta.
"Okay,okay lets go."
Bella masuk dahulu dan duduk di bahagian belakang kereta. Datin Maria duduk di bahagian tengah kereta.
"Mama, kalau mama tak kisah. Boleh tak Bella nak balik rumah lama sekejap ?"
"Untuk apa ?" soal Datin Maria.
"Bella nak ambik dokumen penting macam surat beranak dengan ic Bella." beritahu Bella.
"Bella tak ambik ic Bella ?" soal Datin Maria. Bella menggeleng.
"Bella tak sempat, sebab Bella tergesa-gesa haritu."
"Nanti Deler temankan ye. Lepas kita balik dari mall, mama kena pergi pejabat mama mungkin mama balik petang nanti. Nanti Pak Samad bawakan. Boleh kan Pak Samad ?" sesekali Datin Maria menyoal Pak Samad.
"Boleh datin." balas Pak Samad
"Mama, kenapa Deler ?"
Deler membesarkan matanya. Datin Maria sudah mengagak yang soalan itu akan keluar dari mulut anak lelakinya. Dia memegang tangan Deler.
"Sebab mama percaya Deler yang Deler boleh jaga Bella."
Sampai sahaja di pusat membeli belah, mereka menuju ke bahagian barangan sekolah. Hanya Deler tidak mengikuti mereka, dia memberitahu kepada Datin Maria yang dia mahu ke kedai buku.
Pelbagai barangan yang dibeli oleh Datin Maria kepada Bella. Kasut, beg, baju sekolah dan alatan tulis. Bella mula rasa segan dengan layanan Datin Maria kepadanya.
"Mama, dah banyak sangat ni mama." kata Bella kepada Datin Maria.
"Tak apalah. Sekali sekala mama belanja Bella. Jom ikut mama." tangan Bella ditarik oleh Datin Maria. Mereka berjalan ke arah bahagian pakaian wanita.
"Bella pilihlah baju yang Bella berkenan."
"Mama, banyak dah barang dalam troli tu. Bella tak nak susahkan mama." Datin Maria memegang bahu Bella. Dia memandang wajah Bella.
"Bella, kamu anggap je ini sebagai hadiah Bella dari mama. Lagipun Bella tak ada baju kan ? Tak akan nak pakai baju lama Bella je."
"Tapi kejap lagi nak..." cepat sahaja Datin Maria memotong ayatnya. Tidak sempat dia menghabiskan ayatnya.
"Tak ada tapi. Dah pergi cepat."
Dengan terpaksa, Bella memilih beberapa baju yang dia minat. Datin Maria hanya memerhati dari jauh.
"Dua je ?" soal Datin Maria.Bella mengangguk tanda cukup. Dua sudah cukup buatnya.
Selesai membayar, mereka terserentak dengan Deler yang membawa satu beg plastik di tangannya.
"Deler beli apa tu ?" soal Datin Maria.
"Ni ha, Deler beli buku rujukan untuk Deler. Mama, jom makan. Deler lapar lah." ajak Deler.
"Okay,jom. Lepasni mama kena pergi office ada kerja nak kena buat." Datin Maria bersetuju. Sekurang-kurangnya dia boleh luangkan sedikit lagi masa dengan anak-anaknya.
Perut sudah kenyang, hati pun senang. Selepas menghantar Datin Maria ke pejabatnya, Pak Samad membawa Bella dan Deler ke rumah lama gadis itu.
"Pak Samad berhenti je tepi jalan ni." Pak Samad mengikut sahaja apa yang dikatakan gadis itu.
"Awak nak ikut ?"
Deler mengangguk. Dia kena ikut juga, bagi memastikan keselamatan gadis ini. Jadi apa-apa nanti dia juga kena menjawab dengan Datin Maria. Sebelum terjadi apa-apa baik dia ikut.
Mereka turun dari kereta. Bella berjalan ke arah tangga rumah. Deler melihat setiap inci rumah ini. Boleh tahan.
Bella tahu waktu sebegini Puan Rokiah dan Rayyan tidak ada di rumah. Kemana Bella sendiri pun tak tahu. Itu sebabnya dia ingin datang kesana pada waktu sebegini, tidaklah susah mereka hendak menyelinap masuk.
Pintu rumah mereka ditolak perlahan dia tahu perangai Puan Rokiah macam mana. Keluar rumah tak kunci pintu. Deler hanya melihat tingkahlaku Bella. Memang dah macam penyamun dah.
Bella mengajak Deler untuk masuk sekali ke dalam rumah. Deler hanya mengikut dari belakang. Bella berjalan ke arah bilik tidurnya.
"Rayyan !"
Bella menarik lengan Deler untuk masuk ke dalam biliknya.
"Shhhh..."
Bella menepuk dahi. Macam mana ni? Dia terus memasukkan bajunya ke dalam beg yang dibawa olehnya tadi.
Sampai di laci terakhir, dia mengambil sebuah kotak yang sederhana kecik dan beberapa dokumen penting. Deler hanya menjadi pemerhati.Dahinya sudah mengeluarkan peluh, panas duduk dalam ni.
"Bila saya buka pintu awak terus lari, faham ?" beritahu Bella dengan nada berbisik. Deler mengangguk faham.
Bella membuka pintu bilik secara perlahan. Kelihatan Puan Rokiah sedang sibuk berbual di dalam telefon.
"Ya sayang.. "
Langkah Bella terhenti. Sayang ? Dia memandang ke arah Puan Rokiah. Dia menggepal tangannya. Cuba mengawal perasaan marah. Deler melihat ke arah wanita yang sedang bercakap dengan telefon. Lalu pandangan dijatuhkan pada Bella.
Tangannya naik mengusap bahu Bella. Dia tahu apa yang Bella sedang rasakan. Walaupun dia tidak tahu apa yang terjadi tapi dia tahu bagaimana perasaan Bella.
"Ala.. suami I dah meninggal lah. You nak datang sini datanglah. I layan you puas-puas."
Bella masih lagi terdiam mendengarkan perbualan itu. Deler keluar perlahan-lahan bagi mengelakkan sebarang bunyi. Dia menarik tangan Bella untuk mengikutinya. Bella terkejut dengan tarikan itu.
Mereka berdua keluar dari rumah dan terus berlari ke arah kereta yang sedang menunggu mereka di seberang jalan. Masuk sahaja di dalam kereta, Bella terus mendiamkan diri. Deler memandang wajah Bella yang tidak menunjukkan riak gembira.
"Bella.." panggilnya.
Gadis itu terus menekup wajahnya. Dia menangis. Serba salah dan kecewa mula menyelubungi diri. Selama ini, ayahnya ditipu oleh wanita yang baru dia kahwini.
"Bella tak sangka, perempuan tu boleh buat macam tu dekat ayah. Maafkan Bella ayah. Maafkan Bella."
Bella berkata di dalam hatinya. Dia masih lagi menangis mengenangkan nasib. Perempuan itu memang melampau.
Deler tidak mampu berbuat apa-apa. Mahu peluk nanti apa kata Pak Samad. Dia hanya mampu memandang gadis itu.
Bella mengangkat wajahnya. Air mata yang mengalir diseka. Dia memandang ke arah luar tingkap.
Dia akan kembali.
Membawa dendam yang dihati.Dia akan datang semula. Dia berjanji.
YOU ARE READING
CINDERBELLA
RomanceWarning ⚠️ Cerita ini datang dari imaginasi. Seorang gadis yang bernama Bella Wildani yang mempunyai kisah kehidupannya yang tersendiri. Dia seorang yang di belengu dalam kegelapan dan kekerasan. Selepas kematian ayah yang tersayang, dia telah dip...