2

104 18 5
                                    

Dia masih lagi dalam keadaan yang sama. Duduk di dalam bilik yang gelap, tidak makan, tidak mandi. Dia menghelakan nafasnya. 

"Ya Allah bantulah hambamu ini untuk mencari jalan keluar untuk keluar dari kesengsaraan ini. Padamu sahaja tempat untuk aku bergantung."

Bella berdoa di dalam hati. Beberapa minit kemudian dia mendengar seperti ada sesuatu dari luar.

Bella berjalan ke arah pintu. Pintu di kuak dari dalam. Pintu boleh dibuka tapi bagaimana ?

"Alhamdulillah, Ya Allah. Allahuakbar !"

Dia terus berjalan keluar dari rumah. Waktu sebegini Puan Rokiah tidak ada di rumah kerana dia akan ke pasar untuk membeli barangan basah.  Inilah peluang keemasan buatnya untuk keluar dari kehidupan yang gelap ini. Biarlah dia keluar dari rumah ini walaupun hati sangat berat untuk pergi kerana masih banyak memori yang terjadi disini.

Dia masuk ke dalam bilik semula untuk mengambil beberapa helai pakaian. Dengan cepat dia memasukkan baju ke dalam beg. Tidak lupa juga gambar ibu dan ayah. Dia perlu membawanya sekali.

Dadanya berombak naik ke atas menahan penat. Mujur dia sempat berlari. Kalau tidak mungkin dia tak dapat lari dari rumah tadi.

"Bella !" Puan Rokiah mencekak pinggang dan melihat ke arah Bella yang sedang sibuk mengemas pakaian. Patut dia berasa tidak sedap hati dan segera pulang ke rumah.

Kepulangan dia mengejutkan dirinya sendiri apabila melihat pintu bilik Bella terbuka luas.

Bella berlari dengan sepantas kilat untuk keluar dari bilik. Tangan Puan Rokiah menarik rambut Bella. Namun apa yang terjadi dia terjatuh akibat ditolak oleh Bella dengan kasar.

Bella segera keluar, selipar pun dia tidak sempat dipakai. Dia berlari terus dan menerus. Tidak menoleh belakang.

"Bella !"

Suara Puan Rokiah menjerit sangatlah menakutkan. Kalah komander yang mengajar kawad.

Pandangan dari orang yang lalu lalang tidak diendahkan. Dia mesti kelihatan seperti orang gila. Berjalan tanpa selipar. Muka dia pun lebam dan sembap. Langsung tak bermaya. Patutlah orang yang lalu lalang melihat ke arah dia sambil berbisik.

"Lepas ni manalah tempat aku nak tinggal." ujar Bella sendiri. Sudah dua bulan dia dilayan macam tu. Dipukul, ditendang, ditampar, ditunjal semuanya dia dah rasa dalam masa dua bulan.

Sambil berjalan Bella sempat berdoa agar diberikan pertolongan. Hari dah semakin gelap, dia tidak tahu kemana hendak dituju.

"Ya Allah berikanlah aku kekuatan. Berikanlah aku petunjuk mu. Berikanlah aku pertolongan. Hanya padamu aku bergantung."

Dalam masa yang sama. Azan maghrib mula berkumandang.

"Allahuakbar Allahuakbar !"

Bella pandang ke arah sebuah masjid yang gah berdiri. Dia tersenyum lebar lagi. Terus kakinya melangkah masuk ke dalam perkarangan masjid.

Dia terpaksa masuk dengan keadaan tidak menutup aurat kerana dia tidak mempunyai sebarang kain untuk menutup rambutnya.

Ruangan muslimat di tuju. Bella meletakkan barangnya bersebelahan tempat mengambil air wuduk. Pandangan makcik-makcik yang disitu tidak diendahkan dia segera mengambil air wuduk. Lalu dia menapak ke arah telekung yang disediakan oleh pihak masjid.

Dia pun duduk di atas sejadah sambil bertasbih memuji Allah sebagai tanda syukur. Tiba-tiba telinganya menangkap perbualan mak cik-mak cik yang disitu.

"Budak ni mesti penagih dadah. Aku tengok muka dia macam ngisap je." kata seorang mak cik disitu.

"Ya lah aku pun rasa macam tu. Ni mesti baru kena pukul dengan orang. Sebab kantoi isap apa-apa."

Bella cuba bersabar. Ini rumah Allah tidak baik menimbulkan pergaduhan.

"Dah isap dadah. Lepastu buat-buat alim."

Bella masih lagi setia bertasbih. Dia tidak mahu sifat amarah menguasai diri.

Seorang wanita yang berada bersebelahan dengan Bella memandang ke arah mereka yang mengutuk dan menabur fitnah kepadanya.

"Akak. Saya bukan nak kurang ajar. Tapi ini masjid, rumah Allah. Akak tak tahu apa-apa tentang dia. Kalau akak masih lagi nak mengumpat, akak janganlah datang masjid. Mengutuk orang dalam rumah Allah berdosa besar tu. Masjid ni bukan untuk tempat akak mengutuk malah untuk akak beribadah, tambah pahala. Tak kesian ke dekat diri akak sendiri ? Dosa semakin bertambah. Kita umat islam tak baik berburuk sangka terhadap orang lain."

"Yang kamu ni kenapa ? Ustazah ? Dia pun banyak dosa ada hati nak tegur orang." kata seorang dari mereka. Bella yang mendengar mahu saja dia memaharahi mereka. Orang sudah tegur cara elok masih lagi tidak mahu terima. Inilah mentaliti masyarakat zaman sekarang, yang salah ditegakkan yang benar tidak diendahkan.

"Saya bukan ustazah. Ya saya memang banyak buat dosa. Sebab manusia tidak lekang dari membuat dosa. Itu sebabnya saya datang ke masjid, untuk beribadah. Untuk meminta keampunan dari Allah. Minta maaf lah akak kalau teguran saya ni membuatkan akak terasa."

Tidak lama kemudian, iqamat mula kedengaran. Itu tandanya solat maghrib akan dimulakan. Bella berdiri untuk merapatkan saf.

"Allahuakbar !"

Imam sudah mengangkat takbir. Suasana kini menjadi tenang. Bella semakin kusyuk mendengar surah-surah yang dibacakan oleh imam.

Selesai menunaikan rukun islam yang kedua iaitu solat, Bella duduk di dinding masjid.

"Mak cik, terima kasih." ucap Bella kepada wanita tadi.

"Tak ada apa lah adik. Kita sebagai umat islam kena saling menasihati. Adik, kalau tak keberatan... Mak cik nak tanya, kenapa dengan muka adik."

Bella terasa berat dengan soalan itu. Patut ke dia cerita ?

"Kalau adik tak nak cerita tak apa mak cik faham." kata wanita itu lagi.

"Saya buntu. Saya tak tahu apa yang saya kena buat. Saya.. lari dari rumah." wanita itu mengucap panjang.

"Kenapa adik lari dari rumah?" soalnya lagi.

"Emak tiri pukul." tanpa ditunggu air mata sudah menitis.  Tangan wanita itu naik ke atas bahu Bella.

"Sekarang ni saya tak tahu nak buat apa ? Saya buntu. Tsk-tsk.." wanita itu memasukkan Bella ke dalam pelukan. Rasa kasihan mula terbit di hati.

"Macam ni lah, lepasni adik duduk dengan mak cik." perlawa wanita itu.

"Terima kasih, tapi saya tak boleh. Saya tak nak menyusahkan mak cik."

"Apanya menyusahkan? rumah mak cik tak ada siapa pun, anak mak cik pun dah besar. Adik ikut mak cik ya. Lagipun bahaya adik duduk di sini. Adik tu perempuan, mak cik takut adik diapa-apakan." pujuk wanita itu lagi.

"Terima kasih mak cik." Bella terus berikan satu pelukan.

"Sama-sama, kita kan orang islam. Kita kena saling bantu-membantu."

Bella mengangguk faham. Selepas tamatnya solat isyak secara berjemaah, Bella mengikuti wanita tadi.

Wanita itu masuk ke dalam kereta Alphard yang berwarna putih. Bella teragak-agak untuk masuk ke dalam.

"Masuk lah." ajak wanita itu. Bella pun ikutkan sahaja. Dia masuk dan duduk disebelah wanita itu.

"Pak Samad, jom." kata wanita tua itu kepada orang yang ada di bahagian pemandu.

"Baik." Kereta yang dinaiki mereka mula bergerak keluar dari perkarangan masjid tersebut.

Bella memandang sayu ke arah luar tingkap kereta tersebut. Dia masih teringatkan ibu dan ayahnya. Wanita berumur yang disebelahnya menggosok bahu Bella perlahan.

"Apa la yang akan jadi dalam hidup aku ya Allah..." Bisik hati Bella.

CINDERBELLAWhere stories live. Discover now