Sampai sahaja di rumah, Bella mengeluarkan segala pakaian dan dokumen yang diambil tadi. Dia menyusun semua pakaian di dalam almari.
Matanya tertancap pada sebuah file yang bertuliskan sesuatu di atasnya.
'Buka bila Bella dah umur 18 tahun.'
Sejak bila file ini ada di dalam biliknya ? Bila dilihat pada tulisan itu seperti tulisan ayahnya.
Dia ketepikan file itu. Kotak kecil yang berada disebelahnya menjadi tarikan. Dia memegang kotak itu. Untuk membuka kotak tersebut Bella perlu memasukkan beberapa pin. Kata ayah, hanya dia seorang sahaja tahu pin tersebut.
Tidak berfikir panjang, Bella menyimpan kesemuanya ke dalam almari pakaiannya. Gambar ibu dan ayahnya direnung.
"Ibu, ayah. Bella akan tegakkan keadilan."
Terus dia keluar dari biliknya. Kakinya terpijak sekeping kertas. Dia memandang kertas itu hairan. Dia tidak boleh membaca tulisan itu. Nampak macam Bahasa Melayu tapi bukan, kerana tulisan ini berangkai dan beralun. Thailand? Lagilah bukan. Tetapi dia perasan nama ibunya ada di atas kertas tersebut, bermakna ini kertas milik ibunya. Dia masuk semula ke dalam bilik dan meletakkan kertas itu ke dalam file yang sepatutnya.
Bella turun ke bawah dan dia dapat melihat Deler sedang kusyuk menontonnya televisyen. Bella bergerak ke arah dapur, dia mencari Mak Nah tapi dia langsung tidak melihat kelibat wanita tua itu.
"Mak Nah tak ada ! Dia balik rumah dia sekejap !"
Jerit Deler dari arah ruang tamu. Bella mengeluh kecil, baru nak ajak Mak Nah bersembang. Dia berjalan ke arah ruang tamu.
Deler sedang seronok melayan drama sinetron yang baru ditayangkan. Bella melihat ke arah Deler. Mamat ni layan sinetron ? Dia tergelak kecil. Muka macho tapi layan sinetron.
"Asal kau gelak ?"
"Awak layan sinetron ?"
"Salah ke kalau aku layan sinetron ?"
"Tak salah,cuma pelik."
Bella duduk di sofa satu lagi. Baru dia hendak join sekaki, Deler menutup televisyen.
"Yang tadi tu emak kau ke ?" soal Deler ingin tahu.
"Tak, emak tiri." balas Bella. Dia sebenarnya susah untuk menceritakan perihal keluarga.
"Kau lari rumah sebab ?" Bella terdiam melihat Deler yang ingin tahu jawapan darinya.
"Sebab apa ?"
"Kena pukul.." jawab Bella dengan perlahan. Lalu dia bangun berjalan naik ke atas.
"Ingat !"
Langkah Bella terhenti.
"Lepas hujan akan munculnya pelangi."
Bella berjalan masuk ke dalam bilik. Pintu bilik ditutup dan dikunci sebelum dia naik ke atas katilnya.
******
Pada pagi ini,Bella akan memulakan hari pertama ke sekolah. Dia bangun seawal jam lima pagi dan bersiap untuk ke sekolah. Segala peralatan, buku dan buku latihan dimasukkan ke dalam beg. Dia ke arah cermin untuk mengikat rambutnya.
Dia mengikat rambutnya dengan gaya pony tail. Selepas itu dia turun ke bawah dan bersarapan bersama Datin Maria dan Deler.
Selepas bersarapan mereka, bertolak ke sekolah ditemani oleh Datin Maria. Hari ini dia mengambil cuti jadi dapatlah dia menemani anak-anaknya ke sekolah.
YOU ARE READING
CINDERBELLA
RomanceWarning ⚠️ Cerita ini datang dari imaginasi. Seorang gadis yang bernama Bella Wildani yang mempunyai kisah kehidupannya yang tersendiri. Dia seorang yang di belengu dalam kegelapan dan kekerasan. Selepas kematian ayah yang tersayang, dia telah dip...