3

100 17 3
                                    

Bella berjalan mengikuti wanita itu dari belakang. Rumahnya sangat besar dan tinggi.

"Adik, masuklah." ajak wanita itu. Bella pun masuk ke dalam, matanya tidak lepas melihat semua perincian dan perabot yang ada di dalam rumah itu. Segalanya lengkap.

Wanita itu membawa Bella ke ruang tamunya. Mata Bella tertancap pada satu benda yang tidak ada di rumahnya.

Bella dapat melihat sofa yang begitu empuk dan selesa diduduk. Dia juga melihat, skrin televisyen yang begitu besar. Matanya masih lagi melilau melihat ke seluruh pelusuk rumah ini. Sangat cantik.

"Duduklah." kata wanita itu.

Bella pun duduk. Memang sofa yang didudukinya sangatlah empuk.

"Kamu nama apa ?"

"Bella Wildani." balas Bella.

"Umur kamu ?"

"Lima belas."

Ditanya sepatah dijawab sepatah itulah dia si Bella.

"Sekolah dekat mana ?"soal wanita itu lagi.

Bella terdiam. Selepas dia memasuki tadika dia tidak pernah ke sekolah rendah mahupun menengah. Langsung tidak pernah !

"Bella kenapa diam ?"

"Mak cik Bella tak pernah masuk sekolah menengah. " wanita itu tergamam apabila mendengar balasan dari gadis itu.

"Ayah tak mampu bayar yuran sekolah."sambung Bella lagi.

"Sekarang ayah dengan ibu kamu mana ?"

"Ibu saya meninggal lima tahun lepas. Ayah saya pun dah meninggal. Dua bulan lepas." senyuman masih diberikan.

"Kamu ada adik, abang or kakak ?" soal wanita itu lagi. Dah macam soal selidik pulak.

"Saya ada seorang abang. Tapi selepas kematian ibu, dia hilang. Puas kami cari dia." balas Bella lagi.

"Bella. Saya sebenarnya dah lama nak ada anak perempuan macam awak baik,cantik. Tapi rezeki tak ada, saya dikurniakan seorang anak lelaki sebelum suami saya dijemput ilahi."

"Mak cik boleh anggap saya macam anak mak cik sebagai tanda terima kasih saya."

"Betul ke ni ? Terima kasih. "wanita itu memeluk tubuh Bella dengan gembira.

"Jom, mama tunjukkan bilik Bella."

Wanita ini bernama Maria. Bella terasa seperti dia bersama dengan ibunya. Wanita ini baik dan sangat cantik. Bella tersenyum melihat Puan Maria yang berjalan di hadapannya.

"Bella,ini bilik Bella buat sementara. Nanti mama sediakan baju untuk Bella mandi." Bella mengangguk tanda faham. Dia melihat ke luar tingkap ada bintang yang nun jauh di angkasa sedang bergemerlapan.

"Bella. Kenapa tak mandi lagi ni ?"

"Bintang tu. Cantik."

"Dah mandi dulu. Bersihkan badan yang kotor tu nanti mama sapukan ubat dekat luka-luka tu." kata Datin Maria.

Dia terus mengambil kain tuala yang berlipat elok di atas katil itu. Lalu, dia masuk ke dalam tandas. Masuk sahaja  ke dalam tandas dia melihat ada cermin besar, ada paip air besar-besar. Paling best boleh pilih nak mandi air panas atau air sejuk.

Seusai mandi Bella turun ke bawah. Dia mencari Datin Maria di bawah tapi dia tiada. Mungkin dia dalam biliknya. Kakinya terus berjalan ke arah ruang tamu. Matanya tidak lekang dari memandang piala-piala yang tersusun cantik di dalam bekas kaca.

'Juara pertandingan nyanyian'

Mata aku juga ternampak sekeping akhbar yang telah di framekan.

'Maria cuba untuk mengharumkan nama negara dan industri seni tanah air'

Sedang kusyuk dia melihat gambar yang ada disitu satu suara menegurnya dari arah belakang.

"Kau siapa ?"

Bella terpinga, matanya sehijau ulam-ulaman yang lazat dimakan. Hidungnya tinggi bak tangga rumah ini. Kulitnya kuning seperti buah langsat. Bau maskulin yang sangat kuat menusuk ke dalam rongga hidungnya.

Tiba-tiba dahi Bella dijentik oleh si dia. Tangannya naik menggosok dahi yang terasa sakit.

"Aku tanya kau siapa?"

"Bella."

"Maid baru ?" soal lelaki itu.

"Tak lah, anak mama."

Lelaki itu terserentak. Eh dia ni, gila ke apa ? Tiba-tiba mengaku dia anak tuan rumah ini.

"Eh, Deler dah balik ?"

Suara Datin Maria menyapa kami berdua. Kami memandang ke arah Puan Maria serentak.

"Siapa budak comot ni mama ?"

Mama ? Bella terdiam. Dialah anak wanita yang baik ini.

"Anak angkat mama."

"Anak angkat ? Mama kan.."

"Deler,sama ada kamu nak atau tak nak, mama tak kira. Mama akan ambil Bella sebagai anak angkat mama. Lagipun mama dah lama nakkan anak perempuan."

Dia mengeluh kecil, nampak macam mama dia akan menang. Lelaki yang dipanggil Deler oleh Datin Maria itu berjalan ke arah aku.

"Pandang aku."

Aku mendongak perlahan. Entah apa yang dia lihat pada aku. Jerawat ? Macam lah dia tak pernah ada jerawat.

"Mana kau dapat mata tu ? Susah orang melayu nak dapat mata hazel macam kau. Lainlah aku, aku ada kacukan. Kau melayu tulen kan ?"

Aku mengangguk.

"Then ? Macam mana kau dapat mata tu ?"

Bella mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dia pun hairan dengan diri dia sendiri. Jawapan pun belum ada macam mana nak jawab soalan.

"Anyway. Tahniah sebab budak comot macam kau ni dapat tambat hati mama aku."

Lelaki itu beredar meninggalkan Bella bersama Datin Maria disini. Bella memandang Datin Maria yang menggeleng kepala melihat perangai anaknya.

"Bella, dah lewat malam ni. Kenapa tak tidur lagi ?"

"Bella, nak cari mak.. eh mama."

"Ada apa Bella cari mama ?" soal Datin Maria.

"Bella nak tanya dapur dekat mana?" soal Bella. Tangannya naik menggaru kepala yang tidak gatal.

"Oh dapur. Dekat belah sana." kata Datin Maria sambil menunjukkan arahdapur.

"Kenapa nak pergi dapur ?" soal Datin Maria.

"Haus." balas Bella dengan sengehan.

"Ouh pergilah. Air ada dalam peti ais."  beritahu Datin Maria.

Bella mengangguk lalu kakinya melangkah ke arah dapur. Tekaknya tersangat kering. Dia mencapai cawan lalu menuang air sejuk. Air yang dituang tadi diteguk laju olehnya.

Selepas minum air di dapur, Bella naik ke biliknya semula. Matanya sudah mengecil. Lalu dia tidur dan dibuai mimpi.

CINDERBELLAWhere stories live. Discover now