KRING !
Loceng sudah berbunyi, itu tandanya sesi persekolahan sudah pun tamat. Bella berjalan bersama Elfiera, Syafinaz dan Qistina. Satu deheman membuatkan mereka berempat memandang ke arah itu.
"Bella, kitaorang balik dulu. Bye !" kata Elfiera sebelum mereka bertiga meninggalkan Bella berseorangan bersama gerangan tersebut.
Deler berjalan bersebelahan dengan Bella. Deler tersenyum melihat Bella yang menundukkan kepalanya.
"Jalan tengok depan bukan tengok kasut. Nanti jatuh, aku jugak yang nak kena sambut." kata Deler.
Tidak sedar ada sepasang mata memandang ke arah mereka dengan pandangan marah. Tangan mula di kepal. Ini tak boleh jadi. Itu kekasih hatinya.
Satu kereta mewah sudah pun menunggu mereka di bawah. Ramai juga pelajar yang sedang menunggu. Mahu menunggu jejaka hati la katakan. Namun Bella yang berada disebelah Deler menjadi bual bicara mereka.
"Ignore them. Get in."
Deler menarik tangan Bella untuk naik kereta bersamanya. Kereta yang dinaiki mereka bergerak keluar.
"Bella, how your first day school ?" soal Datin Maria. Mesti Bella banyak perkara yang hendak diceritakan.
"Just fine. Kawan-kawan semua baik, cikgu-cikgu pun sama." balas Bella. Datin Maria tersenyum melihat Bella.
"Amboi, dah speaking.. baguslah kalau macam tu." puji Datin Maria. Bella tersengih seperti kerang busuk. Kena puji apa lagi kembang semangkuk lah.
"Deler macam mana sekolah ?" Datin Maria bertanya pula kepada anak lelakinya.
"Macam tu lah. Cikgu still harapkan yang Deler dapat target dalam exam nanti."
"Mama tak nak paksa Deler. Deler dah besar and tahu mana yang baik mana yang buruk. You know the best for yourself. Do your best." pesan Datin Maria. Dia tahu anaknya letih belajar kerana dia akan mengambil peperiksaan terbesar buat kali ini. Jadi dia tidak mahu menekan dan memaksa anaknya.
Dia tahu anaknya berkebolehan tinggi dan syarikat yang diuruskannya selama ini akan diberikan kepada anak lelakinya. Dia juga tahu Deler akan buat yang terbaik untuk masa depannya. Sebagai ibu dia perlu memahami anaknya.
Sampai di rumah mereka berdua naik ke atas untuk membersihkan diri. Bella duduk di atas katil sambil mengeringkan rambutnya menggunakan tuala. Tiba-tiba dia teringatkan kejadian yang berlaku pada waktu rehat di sekolah tadi.
Bella duduk bersendirian sambil menunggu Elfiera dan yang lain selesai membeli makanan. Secara mengejut seseorang duduk di sebelahnya. Bella mula membatu. Dia tahu orang yang duduk disebelahnya itu berjantina lelaki kerana perfume lelakinya tersangatlah menyengat hidung.
"Hi, can I know your name ?"
Soal lelaki itu. Bella masih lagi membatu. Deler yang sedang duduk bersama rakan-rakannya perasan akan itu. Dia bangun dari duduknya.
"Kejap." kata Deler kepada rakannya.
"Nak pergi mana bro ?" soal Taufiq. Farhan memandang hairan ke arah Taufiq lalu mereka mengikuti langkah Deler.
"Nama I, Remy."
Deler berhenti di belakang lelaki yang bernama Remy itu. Orang ramai memberikan ruang kepada mereka.
"Nama you apa ?"
Bella masih lagi diam. Tangan Deler naik menepuk bahu lelaki itu.
"Bro, tempat kau dekat sana. Bukan dekat sini."
Jarinya menunjuk tempat untuk pelajar lelaki makan di kantin.
Bella masih lagi dalam kedudukan yang sama.Dia kenal sangat suara itu. Lelaki itu bangun dan menoleh ke arah Deler yang sedang berdiri.
"Kau apasal ? Aku tak kacau kau pun kan ?" bahu Deler ditolak Remy. Taufiq dan Farhan menolak bahu Remy semula.
Deler yang dibelakang Taufiq dan Farhan menahan diri dari marah. Mukanya sudah bertukar merah.
"Aii bro. Kitaorang tak main kasar pun. Jentik pun tidak." kata Farhan.
"Entah. Lelaki sejati tak main macam ni." Taufiq menyokong Farhan.
"Kau okay tak ni Bella ?" soal Elfiera yang terburu-buru apabila melihat kekecohan ini. Bella mengangguk. Syafinaz dan Qistina juga risau melihat Bella. Menyesal pula mereka meninggalkan Bella sendirian tadi.
Remy beredar meninggalkan Deler, Taufiq dan Farhan. Dia akan cuba mendekati gadis itu.
"Mama suruh turun makan. Lambat makanan habis."
Bella berdecit. Baru nak ulang tayang. Kacau betul. Bella turun ke bawah. Datin Maria dan Deler sudah menunggu dia di meja makan.
"Bella mari makan." Datin Maria mengajak Bella.
Mereka bertiga menyantap makanan yang telah disediakan oleh Mak Nah tadi. Datin Maria meletakkan sudunya.
"Minggu depan, mama ada event. Deler dengan Bella ikut ye.." Deler terus membantah.
"Deler tak nak ikut. Mama, event mama tu besar-besar. Ramai orang, Deler rimaslah. Mama pun tahu Deler tak suka event-event ni."
Sejak dulu lagi Deler tidak menyukai apa-apa event. Datin Maria langsung tidak terkesan dengan apa yang dikatakan Deler tadi. Dia tahu anak dia macam mana. Tapi untuk kali ini dia akan memaksa Deler untuk mengikutinya.
"Ala jom lah. Deler dengan Bella boleh kenal-kenal dengan anak kawan mama."
Bella mencapai tangan Datin Maria yang ada di atas meja. Dia melihat ke dalam mata Datin Maria.
"Mama, bagi Bella fikir dulu."
Datin Maria mengangguk faham. Dia tahu Bella susah untuk mengikutinya kerana ini bukan kehidupan gadis itu, tapi dia benar-benar mahu kedua anaknya mengikutinya ke event tersebut.
Selesai makan dan mengemas, Mak Nah juga sudah pulang ke rumahnya. Bella berjalan ke arah kolam. Dia duduk di kerusi yang ada disitu.
"Nak pergi ke tak nak ?" Bella soal dirinya sendiri.
"Kalau aku tak pergi mama macam mana ? Kalau aku pergi, mesti diorang tanya siapa aku."
Bella buntu. Macam mana dia nak menolak tanpa menghampakan wanita itu. Datin Maria sangat meletakkan harapan supaya dia boleh mengikutinya.
"So kau pergi ke tak ?"
"Oh mak cik kau meletup." lantas Bella melatah. Dia mengurut dadanya. Kus semangat.Dia menjeling Deler yang sedang bersandar di dinding dengan memegang secawan air.
"Entah lah. Kalau saya pergi mesti identiti saya bakal ditanya.Siapakah saya,umur berapakah saya,apa kaitan saya dengan kalian berdua, semuanyabakal ditanya."
"Jadi kau tak payah pergi,kau pun tak menyusahkan aku nanti."
"Tapi saya tak nak kecewakan,mama."kata Bella dengan jujur. Dia sudah menyayangi Datin Maria seperti dia meyayangi ibunya.
"Ikut suka hati kau lah Bella, dah gi tidur. Anak dara tak baik tidur lewat. Mama pun tak suka kalau anak perempuan dia tidur lewat." kata Deler. Bella bangun lalu dia ingin masuk ke dalam rumah.
"Bella, kalau lelaki tadi kacau kau lagi, bagitau aku. Dia tu bahaya." pesan Deler kepada Bella. Bella mengangguk faham,terus dia berjalan meninggalkan Deler yang masih ada disitu.
Hey disana, sis ingin menjemput kalian ke 'Pijahurts Empire'
Boleh minta link dekat admin: 011-12186012 /killerbeasttt
Jemput la join semua akan dilayan seperti raja dan permaisuri di alam maya.
Nanti akan ada bodyguard sis jaga korang dalam tu. Jumpa lagi.
Adios
YOU ARE READING
CINDERBELLA
RomanceWarning ⚠️ Cerita ini datang dari imaginasi. Seorang gadis yang bernama Bella Wildani yang mempunyai kisah kehidupannya yang tersendiri. Dia seorang yang di belengu dalam kegelapan dan kekerasan. Selepas kematian ayah yang tersayang, dia telah dip...