♦ Prolog ♦

620 93 34
                                    

Di dalam kepekatan malam, kelihatan satu figura kanak-kanak perempuan sedang berlari anak untuk sampai ke destinasi dengan cepat. Jaket yang dipakainya dibetulkan kerana seperti ingin tanggal daripada badan.

Air mata dari awanan mula menyentuh bumi. Kaki yang berlari dipercepat, tidak mahu hujan yang turun dengan lebat membuatkan dirinya basah.

"Ya tuhanku, tolonglah permudahkan perjalanan untuk sampai ke rumah sebelum hujan," doanya dalam hati.

Meow~

Meow~

Kaki kecil yang melangkah itu terhenti. Matanya melilau mencari punca datangnya bunyi kucing tersebut.

"Salah dengar ke?" tanyanya ragu lalu larian diteruskan. Namun, baru setapak dua melangkah. Matanya tertacap pada kotak coklat di tepi kedai yang telahpun ditutup.

Gadis itu tergerak untuk melihat isi kotak tersebut. Bertemankan lampu jalan, dia menjenguk isi kotak itu.

"A cat?" tanyanya sendiri. Dia mencangkung. Hujan renyai-renyai yang turun membuatkan suhu bertambah sejuk. Mata birunya tidak lekang dari memandang mata coklat anak kucing tersebut. Rambutnya yang kontra dengan warna kepekatan malam disisip ke belakang telinga apabila ada yang terurai ke depan.

Meow~

Ngiauan kucing itu membuatkan gadis kecil tersebut jatuh hati. Tangannya perlahan-lahan mengangkat makhluk ciptaan tuhan tersebut.

"Jom balik!" Gadis itu berkata teruja lalu makhluk berbulu yang comel itu dikendongnya ke rumah.

♦♦♦

Rumah agam di hadapannya dipandang sepi. Hatinya diusik oleh rasa gerun.

"Ya tuhan, kau lembutkanlah hati mama supaya tak marah-marah," doanya. Kasut yang dipakai ditanggalkan perlahan-lahan dan disusun rapi di rak kasut.

Dengan lafaz basmalah, daun pintu dikuak. Keadaan dalam rumah yang gelap itu hanya disinari lampu jalan yang samar-samar kelihatan melalui tingkap kaca yang besar.

Kaki melangkah penuh hati-hati. Anak kucing di dalam pegangannya cuma diam tidak berkutik sedikitpun. Selesa mungkin berada di dalam pegangan tuan baharunya.

Langkah dipandu menghala ke suis lampu. Tapi, belum sempat dia menekan suis, lampu ruang tamu itu menyala dengan sendirinya.

Gadis itu menutup sedikit matanya menggunakan tangan kanan kerana silau.

"Baru nak balik ke?" tanya seseorang dalam intonasi marah. Apabila gadis itu membuka matanya, seorang wanita dalam lingkungan usia 30-an itu sedang bercekak pinggang menahan geram.

"Mama.." gadis itu bersuara kecil sebelum menundukkan kepalanya menghadap lantai. Merelakan telinganya mendengar segala butir bicara ibunya yang bakal menyinga.

"Laura tahu tak dah lewat! Kenapa keluar? Ibu risau keselamatan Laura tahu tak?" Nada suara Puan Laressa yang tinggi memenuhi ruang.

"Laura pergi mana? Jawablah! Kenapa diam?" sambungnya lagi.

"Laura.. ermm... Laura... pe..pergi..."

"Pergi mana?" Sekali lagi wanita yang juga berambut putih gading itu bersuara lantang. Geram kerana anak gadisnya itu tergagap- gagap menjawab pertanyaannya.

Secret Cat [hiatus]Where stories live. Discover now