"Erilyn!"
"Erilyn!"
Kepala Erilyn tercari-cari gerangan yang memanggilnya. Pergerakan gadis itu tergendela seketika. Baru sahaja nak masuk kereta ada pula yang memanggilnya.
"Eh, kau Laura..kenapa ni?" soal Erilyn pads gadis yang terkial-kial berlari anak kearahnya.
"Kau nak balik dah ke?" tanya Laura setelah sampai ditepi Erilyn. Soalan gadis itu tadi dibiarkan tidak terjawab.
"Haah, baju aku kotor ni hah kena air... Melekit!" ujar gadis berambut coklat itu sambil menunjuk kearah corak tompokan pada kainnya. Fesyen bajunya hampir serupa dengan fesyen baju milik Laura. Namun, lengan bajunya lebih panjang iaitu sehingga mencecah bawah siku.
"Oh, aku nak ikut balik sekali tau," kata Laura sambil melanggarkan bahukan ke bahu Erilyn. Dia tersenyum seperti kerang busuk. Erilyn pula mempamerkan wajah hairan.
"Kau dah bagitau papa tak pun mama?"
Ohh..panas
Mama?
Yuks
"Emm, tak," ujar Laura ringkas. Air mukanya sudah berubah masam. Gadis itu terus memasuki perut kereta tanpa mempedulikan Erilyn yang masih terpinga-pinga.
♦♦♦
"Kenapa kau ni sebenarnya? Lain macam saja aku tengok? Tak suka mama eh?" soal Erilyn memecahkan kesunyian antaranya dan Laura. Sempat pula gadis itu menyelitkan soalan serkap jarangnya.
Laura memandang gadis disebelahnya. Nak sahaja dia menjerit, 'Jangan panggil perempuan tu mama boleh tak!'
"Haih, mungkin aku kena get use to it dulu kot. Aku masih rasa awkward lah dengan 'cik' Kaylee tu," Perkataan 'cik' sedikit ditekankan Laura.
"Ala, kau janganlah risau..dia baiklah!" balas Erilyn sambil tangannya naik memegang bahu Laura, cuba meyakinkan gadis itu. Senyuman ikhlas dihadiahkan buat sahabatnya.
Laura pula membalas dengan senyuman nipis. Kemudian dia berkata lagi, "Oh, lagi satu..boleh tak elakkan panggilan 'mama' tu kat dia?"
Riak wajah Erilyn berubah pelik. Hairan pula dia dengan permintaan Laura ni.
"Maksud aku, panggil dia ibu ke? Mak ke? Mummy ke? But not mama"
"Ouh,emm..kau nak panggil apa?"
"Entah, apa-apa je," Laura memalingkan mukanya ke arah tingkap. Erilyn sedikit terasa dengan sikap dingin Laura. Setahunya, gadis itu sudah setuju dengan pilihan ayahnya itu. Sekurang-kurangnya, itu yang diberitahu ayah angkatnya itu kepadanya. Akhirnya, Erilyn juga mendiamkan diri dan membuang pandang ke arah tingkap.
YOU ARE READING
Secret Cat [hiatus]
FantasiaKucing itu. Ya, kucing itu. Ia merupakan seekor kucing yang comel dan unik. Sesiapa yang memandang rupanya pasti terus jatuh hati dek kerana mukanya yang bulat. Bagai magis! Namun, ianya bukanlah kucing biasa yang selalu dibela atau yang berkeliaran...