Puan Laressa mundar-mandir di sekitar ruang tamu. Dia bermain-main dengan jarinya sendiri.
"Hish.. Mana budak ni?" rungutnya sendiri. Hatinya resah mengenangkan Laura yang entah di mana. Terdetik juga di hatinya, mengapa anaknya begitu menyayangi si kucing itu.
Memanglah tak salah kalau mencintai haiwan. Akan tetapi, gaya anaknya seperti melebih pula. Entah apa yang merasuk fikiran gadis itu.
"Haish.. nak telefon Eden rasa menyusahkan pula. Nanti habis dimarahnya si Laura tu. Habis tu, nak telefon Austin?" Puan Laressa berkira-kira di dalam hatinya sama ada mahu menelefon Austin, si pengawal peribadi keluarga yang diupah oleh suaminya.
"Telefonlah..." putus Puan Laressa. Akan tetapi, belum sempat wanita itu mencapai telefon bimbitnya, pintu rumah diketuk dari luar.
'Aikk, belum telefon dah datang ke? Siapa ni?' Puan Laressa berteka-teki sendiri.
Pintu rumah dibuka dari luar. Sah, pasti Laura.
"Laura.." kata Puan Laressa tatkala melihat Laura memasuki rumah.
"Mama..." balas Laura sayu.
Kepala Laura menunduk memandang tanah. Dia berniat mahu meluahkan segalanya kepada ibunya. Air jernih perlahan-lahan jatuh menitis membasahi pipinya.Puan Laressa tergamam.
Dengan segera wanita itu memeluk tubuh anak gadisnya. Pelukan dieratkan. Laura juga membalas pelukan tersebut. Tiba-tiba, Puan Laressa dan Laura masing-masing teringatkan peristiwa yang terjadi enam tahun lalu.
Pada waktu itu,bermulalah detik Maru menjadi sebahagian daripada keluarga mereka. Kini, dengan peristiwa yang hampir serupa, Maru menghilang.
Laura ingin menyatakan tentang apa yang dilihatnya kepada ibunya. Namun, mulutnya terkunci. Terkatup rapat tidak mampu bersuara.
Akhirnya Laura tertidur keletihan di dalam pelukan hangat seorang wanita bergelar ibu.
♦♦♦
Buku-buku dan jurnal penuh berserakan di atas meja tempat gadis itu duduki. Mata-mata yang lalu-lalang di situ kebanyakkannya mempamerkan riak hairan. Tak kurang juga ada yang tertawa kecil.
Namun itu semua langsung tidak mempengaruhi gadis tersebut. Dia kekal fokus pada pembacaannya.
Sesekali kedengaran dia mengeluh kecil. Helaian demi helaian diselak dengan perasaan kecewa. Dia kian buntu mencari petunjuk tentang kejadian malam tadi di dalam buku-buku mistik yang dianggap mengarut oleh pandangan semua.
"Macam mana ni?" keluh Laura. Sudah berpuluh buku dibuka dan ditelitinya untuk mencari petunjuk yang diperlukan. Namun usahanya seakan sia-sia.
Akhirnya, Laura bangkit dari duduknya dan mula mengemas segala macam buku-buku sejarah dan mitos yang bersepah.
"Eh?" Laura terkejut apabila terlihat sehelai kertas terkeluar dari salah sebuah buku yang dipegangnya.
"Apa ni?" tanyanya sendiri tatkala terbaca bait-bait ayat yang tertulis pada permukaan kertas tersebut.
"Mungkin ini membantu," ulasnya lalu terus melipat kertas itu dan memasukkannya ke dalam kocek seluar.
♦♦♦
"Nah, take care kucing ni" kata seseorang yang berbaju serba hitam dan berkerudung menutup wajah.
"So cute!" balas seorang lagi setelah kucing yang diperkatakan selamat berada di dalam pangkuannya.
"Banyaklah kau punya cute. Cepat masukkan dalam kurungan," arah lelaki berhud tadi.
"Tahulah..." balasnya dingin dan dengan segera berlalu pergi dari situ.
YOU ARE READING
Secret Cat [hiatus]
FantasyKucing itu. Ya, kucing itu. Ia merupakan seekor kucing yang comel dan unik. Sesiapa yang memandang rupanya pasti terus jatuh hati dek kerana mukanya yang bulat. Bagai magis! Namun, ianya bukanlah kucing biasa yang selalu dibela atau yang berkeliaran...