♦ Part 10 - She's not her ♦

170 38 7
                                    

There a time that I remember when I never felt so lost

When I felt all of the hatred was to powerful to stop, ooh yeah

Now my heart fell like an ember and it's lighting up the dark

I'll carry this torches for ya that you know I never drop,yeah

Masa bagaikan terhenti,tubuhnya kaku tanpa berkutik sedikitpun. Kata-kata yang baru diterima cuba dicerna dengan baik. Namun tak..dia,dia tak dapat buat begitu. Setiap kali cuba dicerna dan dihadam, ia masih tertolak keluar. Pedih. Sangat pedih.

Hatinya bagai dihentam kuat,tepat menembus setiap satu benteng kesabaran yang dibina sejak kecil. Hanya dengan satu kenyataan. Satu. Tetapi yang satu itulah yang paling tajam, paling bisa dan paling sakit.

"Laura,I'm doing this for you. I love your mother with all my heart. That's why I do this,honey. Kalau mama still hidup pun,dia tak nak tengok anak dia susah macam ni" hujah Encik Hayden. Dia tahu ini akan terjadi. Pasti terjadi.

Vivian pula sudah membulat biji matanya. Bi..biar betul? Siapa saja yang boleh terima? Ingat robot?

"Papa..cakap yang papa...nak gantikan mama? Dengan..sangat mudah? Macam benda tu langsung tak terkesan walau sekelumit pun dalam hati papa?" Gadis itu bersuara. Ada getaran dibalik nada itu. Bagaikan menahan larva gunung berapi yang bakal meletus. Mukanya tertunduk memandang meja. Manik-manik jernih sudah bertakung di empangan.

"Laura my sweetheart, please understand my situation. Papa risaukan Laura. Papa tak nak apa-apa jadi kat Laura"

"Papa, papa sedar tak..keputusan ni terlalu drastik?" Setitis mutiara jatuh serentak dengan kepala yang mendongak memandang tepat ayahnya.

"Papa sedar tak!" Suara Laura naik tinggi. Dirinya bangkit menolak kerusi dibelakang. Setitis lagi jatuh menitis.

Encik Hayden sedikit terkedu. Buat pertama kalinya dia mendengar Laura meninggikan suara memarahinya. Hatinya panas secara tiba-tiba.

"Laura, I never taught you to be rude!" Suara garaunya naik seoktaf.

" Papa boleh je upah orang gaji! Perlu ke sampai cari isteri lain? Sampai hati Papa buat Laura macam ni!" Gadis itu meraup wajahnya. Sebak melanda hatinya. Sampai hati papa!

"Laura,papa dah pun bagitahu Erilyn pasal ni. Dia pun setuju kalau itu je cara nak tolong Laura.." nyata Encik Hayden. Mukanya dialihkan ke sisi.

"Apa? Erilyn...pun dah tahu? Dan..dan dia setuju? Macam tu je?" Laura mula bengang dengan kenyataan ayahnya. Senyuman sinis dilakar. Semudah itu sahaja? Kenapa dengan semua orang ni!

"Erilyn kenal perempuan tu,dia yang jaga Erilyn. Bakal mama Laura seorang jururawat. Dia jaga Erilyn macam anak dia sendiri. Tak mustahil dia akan buat macam tu kepada Laura jugak" ujar Encik Hayden masih cuba memujuk. Dia memandang wajah Laura. Jelas sekali yang gadis itu menolak mentah-mentah keputusannya.

"Peduli apa? Mungkin perempuan tu cuma nak tunjuk baik je! Supaya boleh kaut harta papa. Bukan Laura tak tahu. Papa pun dia goda jugakan? Bagi papa lupa dekat mama!" Laura tidak dapat menahan amarahnya lagi, lalu terus menuduh orang lain. Manik-manik jernih sudah jatuh dengan deras.

" Laura, jaga dengan kata-kata Laura! Papa tak pernah ajar Laura buruk sangka!" marah Encik Hayden. Dia menghentak meja makan. Laura kelihatan terpaku. Begitu juga Vivian yang daripada tadi mendiamkan diri dalam pergaduhan anak-beranak itu.

Secret Cat [hiatus]Where stories live. Discover now