"There's a time that I remember, when I did not know no pain
When I believed in forever,and everything would stay the same
Now my heart feel like December when somebody say your name
Cause I can't reach out to call you,but I know I will one day, yeah"
Laura bersenandung kecil sambil memotong lobak merah dengan halus. Sejak seminggu radio rosak, terpaksalah dia sendiri yang jadi radio. Nasib badan.
Usai memotong lobak merah,gadis itu mencapai pula sayur brokoli. Sayur kegemarannya sejak dia kecil lagi.
Secara tiba-tiba, memori lama menjengah minda. Teringat dia saat ibunya menyuapkan dia sayur brokoli.
"Nah,makan sayur ni. Biar sihat"
"Mmmm, sedap! Sayur apa ni,mama? Sayur ni macam pokok! Sayur pokok ke namanya?"
"Hahaha,ini namanya sayur brokoli. Sedap tak?"
"Sedap! Paling sedap kat dunia!"
"MEMORIES BRING BACK MEMORIES BRING BACK YOU!"
"Ya Allah!"
Spontan pisau yang berada di dalam gengaman terlepas.
"Hahaha!" tawa Vivian. Kuat. Gayanya sambil memegang perut lagi, macam lawak sangat. Laura memutarkan biji matanya.
'Sewel punya kawan' getus hatinya.
"Ahaha..Ala, relax lah Laura..orang dah panggil tak dengar, kan dah kena!" kata Vivian cuba mempertahankan diri. Dia memegang bahu sahabatnya.
"Apa-apa je lah, kau dah siap ke beli barang tu?" soal Laura tanpa memandang muka gadis di sebelahnya. Pura-pura busy lah katakan.
"Done,bos! Penat aku cari barang yang kau suruh beli ni," balas Vivian.
"Dah tu kau nak apa? Upah?" tanya Laura lagi. Kali ini, dia memandang wajah Vivian sambil mencekak sebelah pinggangnya.
"Tak nak,aku buat semua ni sebab nak rasa air tangan chef cilik ni. Entah sedap,entah tidak! Who know?" kata Vivian tanpa rasa bersalah.
"Ei,watch your mouth ok? Tengok orang la.." bidas Laura pula. Dia menyambung semula kerjanya yang tergendala disebabkan perempuan gila tadi.
Vivian di belakang hanya mengekek ketawa melihat telatah Laura.
♦♦♦
"The food is ready! Tadaa!" kata Laura sambil meletakkan mangkuk berisi sup sayur di atas meja makan. Vivian sudah gatal tangan mahu mencapai sudu,namun sempat ditegah Laura.
Kalau cakap tak pe, ni ketuk guna senduk wei.. Sakit tau tak.
"Wait ye, puan. Nak panggil my father dulu," ujar Laura berseloroh. Bibirnya melakar senyuman kemenangan. Vivian mempamerkan riak monyok. Dia mengusap tangannya yang 'diajar' oleh Laura tadi.
YOU ARE READING
Secret Cat [hiatus]
FantasyKucing itu. Ya, kucing itu. Ia merupakan seekor kucing yang comel dan unik. Sesiapa yang memandang rupanya pasti terus jatuh hati dek kerana mukanya yang bulat. Bagai magis! Namun, ianya bukanlah kucing biasa yang selalu dibela atau yang berkeliaran...