♦ Part 18 - Velvet ♦

132 23 4
                                    

"Tahniah, puan," ucap doktor perempuan itu sambil tersenyum manis. Rambut hitam keritingnya beralun lembut.

Wanita dihadapannya itu menekup mulut. "Ma.. maksud doktor?" tanyanya.

Doktor yang bernama Eiqca itu masih tersenyum. "Kandungan puan sudah mencecah tiga minggu. Puan akan mendapat bayi tak lama lagi. Tahniah sekali lagi,"

Air matanya menitis. Tak sangka.. Dia akan ada cahaya mata. Perutnya dipegang lalu diusap lembut. "Mommy akan jaga kamu baik-baik ya, sayang.. Walaupun tanpa papa, mommy akan berusaha yang terbaik,"

♦♦♦

Peristiwa seminggu lalu berputar kembali dalam roda ingatan. Senyuman wanita itu melebar. Perutnya yang masih kempis diusap penuh kasih sayang seorang ibu.

Teringat pula dia kepada anaknya yang lagi seorang. Erilyn. Sudah tiga minggu gadis itu di hospital. Masih tidak sedarkan diri. Tiba-tiba wajah Laura terbayang.

Mukanya terus tegang. Menyampah dengan pembunuh sepertinya. Dia akan pastikan gadis itu merana seumur hidupnya. Dia janji!

♦♦♦

Tiga bulan kemudian...

"Cepatlah masak itu! Apa terhegeh-hegeh!" tengkingnya. Laura yang sedang menggoreng ayam itu terkejut lalu terlanggar sedikit kuali di atas dapur itu. Dengan tidak semena-mena, tangan kirinya terkena percikan minyak panas.

"Auch," dia mengerang sakit. Kaylee yang memandang kejadian itu hanya buat tidak tahu.

"Cepat! Jangan lembab sangat buat kerja! Hari ini Erilyn hendak balik! Semua kena sempurna!" arahnya lagi.

Laura terus memandang ibu tirinya itu. "Erilyn.. nak balik, madam?" soalnya berhati-hati. Hatinya cukup gembira mendengar khabar itu.

Kaylee menjengilkan mata hazelnya kearah Laura. "Kau jangan berani-berani hendak rapat dengan dia! Tak payah hendak ambil kesempatan! Ingat, kau itu cuma orang gaji!" Kaylee memberi amaran keras. Jangan harap pembunuh sebegini hendak rapat dengan anak-anaknya.

"Kau faham, tak?!" tengkingnya dengan lebih kuat. "Fa.. faham.." jawab gadis itu terketar-ketar. Kepalanya menekur lantai. Kemudian, Kaylee terus keluar dari dapur. Jijik rasanya bila dekat dengan perempuan itu.

Kakinya menapak ke ruang tingkat atas rumah. Dalam perjalanan, mulutnya dibasahkan dengan maki hamun terhadap gadis itu. Panas hatinya tidak akan surut apabila melibatkan Laura.

Ralit dia meluahkan rasa bencinya, sedar-sedar dia sudah tiba di dalam biliknya. Bilik yang dahulu penghuninya dua jiwa. Kemudian, satu darinya direntap dan diheret pergi. Namun, kini...

Kaylee tersenyum nipis.

Bilik ini kembali terisi dengan dua jiwa. Kerana dia ada dia. Si kecil yang menjadi peneman dirinya siang dan malam. Siapa sangka? Dengan ehsan tuhan dia masih dikurniakan seorang anak.

Perutnya yang masih kempis itu diusap permukaannya. Senyumannya semakin melebar.

Sungguh, dia bersumpah dengan seluruh nyawanya untuk menjaga anugerah ini. Ini bukti cintanya antara dia dan Hayden.

Tanpa sedar, kotak ingatannya memainkan kembali memorinya bersama suaminya.

♦♦♦

Secret Cat [hiatus]Where stories live. Discover now