"wei tak lame lagi nak exam.Aku nervous gila la" kata Fiqa.
Ketika itu mereka bertiga mengulangkaji bersama-sama di perpustakaaab awan yang tidak jauh dari kawasan perumahan mereka.
"Kau ingat kau sorang je nervous kita orang pun sama lah kan Rina" kata Dira.Yang ketika itu sedang membaca buku rujukan.
"Aahhkan tak sangka cepat betul masa berlalu" kataku pula.Mereka berdua hanya mengangguk.
"Nanti kalau aku dapat result bagus aku terus sambung belajar tak nak dah tunggu lama -lama nanti daddy aku membebel cepat sambung cepat habis terus kerja" kata Fiqa dengan muka cemberutnya.
"Aku harap kita dapat masuk 'U' sama-sama nanti.Aku tak sanggup la nak jauh dari korang" kataku dengan nada sedih.
"Kita orang pun harap macam tu,so kita belajar la bersungguh-sungguh aku yakin la kita dapat punya" kata Dira bersungguh -sungguh lagaknya.
"Insyaallah" bilang kami serentak.
selepas beberapa jam
"Jom pergi cafe belakang tu ,haus pula aku nii hehehhe" kata Fiqa tersengih-sengih."Jom lah tapi jangan lama sangat tau" kata aku dan mendapat anggukan daripada Dira.
"iya iya aku tau" .
Dan kami bertiga pun bergerak ke sana."korang ,korang nak ikut aku balik kampung tak hujung minggu ni" kata aku.Aku berasa rindu pula kepada ibu ayag dan adikku di kampung.
"Boleh ke?wah best nyer .kau macam mana Dira? jomlah" jawab Fiqa bersungguh-sungguh.
"ehmm boleh juga lagipun duduk rumah bukan boleh buat apa pun". kata Dira.Kalau nak harapkan mak dengan ayah aku dekat rumah memang tak lah asyik kerja kerja kerja.Aku harap mak dengan ayah aku ada dengan aku lebih -lebih lagi nak dekat exam ni hmmm.
" okaylah nanti ibu aku hantar"kata ku.Sebenarnya aku bukan nak sangat ke sana atas sebab tertentu tapi terkenangkan ibu dan ayah itu pasti kerana rindu.Aku ingin membawa Dira kerana aku ingin bertanyakan sesuatu kepadanya . Kelihatan raut wajahnya yang sedih setiapa kali tajuk berkaitan ibu dan ayah dibangkitkan.
Balik kampung
"wah tak sabarnya nak sampai kat kampung kau Rina .Mesti best kan .Ada sungai tak?Sana banyak buah tak?" kata Fiqa teruja. Bertalu-talu soalan yang ditanya olehnya."Banyak mulut betul la kau ni,rimas tau tak .Cer diam aku nak tidur" kata Dira malas.
"iyelah aku diam " dengan nada merajuk.
Aku di depan hanya berdiam sahaja.
Dari awal masuk ke kereta lagi mulut Fiqa tidak berhenti kerana terlalu teruja.Biasalah orang bandar tak pernah pergi kampung.Tapi aku gembira kerana Dira dan Fiqa sudi untuk mengikut aku balik ke kampung."Tidurlah dulu yer nanti mak cik bangunkan korang bila dah sampai" bilang ibu.
Dan suasana di dalam kereta sunyi .Hanya kedengaran bunyi corong radio sahaja.Kami berangkat petang dan akan sampai sedikit malam di sana.
"Rina bangun dah sampai ni" kata ibu a.k.a mak ngah yang menepuk lembut pipi ku .
"dah sampai ke ,lama juga kita orang tidur tadi nak dekat malam ni.Kesian ibu memandu sorang-sorang" kataku dengan suara serak basah.Biasala baru bangun tido.
"Takpa lah dah biasa,kejutkan kawan² kamu ibu nak naik dulu panggil mak dengan ayah" kata ibu .Aku hanya mengangguk.
"Korang bangun ,jom naik " kataku.Kami bertiga pun naik ke atas.Tak sabar nak jumpa mak ,ayah ,adik.
Dan kami pun naik ke atas untuk bertemu ibu dan ayah.Setelah bersalam dengan ibu dan ayah aku terus mengajak Dira dan Fiqa untuk masuk ke bilik. Penat. Fiqa dan Dira juga berkenalan dengan kedua orang tuaku begitu juga dengan adikku.Aku dapat melihat kebahagian yang terpancar di wajah sahabatku Dira yang mendahagakan kasih sayang.Takpa aku akan tolong kau Dira desis ku dalam hati.
Selesai makan malam aku terus mengajak Dira untuk berbual di luar rumah.Ketika itu Fiqa rancak berbual dengan kedua orang tuaku di ruang tamu begitu juga mak ngah dan adikku.
"Dira ,aku nak tanya sikit boleh?Kalau kau tak nak takpa aku tak paksa kau" kataku dengan nada takut.
"Kau belum tanya buat apa aku nak jawab ,apela kau ni" jawap Dira tersenyum nipis.
"Kau ada masalah dengan family kau ke?Sebab aku tengok kau tak suka sangat kalau cakap hal keluarga .Kenapa?".
" ouh kau nak tanya hal family aku la ni?"
"Kau marah ke?"
"Tak,betul kau nak tahu". Aku hanya mengiakan sahaja pertanyaan Dira.
" Sebenarnya aku kecewa dengan parent aku sebab diorang tak pernah kesah pasal aku.Hidup diorang asyik kerja je .Mama aku tu lebih pentingkan kawan syarikat la dan macam -macam lagi la.Kalau nak ikutkan orang lain sibuk juga.Tetapi entah mana silapnya mama aku takda masa untuk aku"kata Dira .Dapat dilihat matanya sudah berkaca menahan tangis.Aku segera memeluknya.
"Kalau kau tak boleh teruskan takpa aku faham" bilang aku sambil memeluknya.
"Takpa,biar aku teruskan aku tak nak kau tertanya -tanya.Papa aku pula sama je dengan mama aku.Susah nak luangkan masa bersama sebab ada je urusan yang hendak diuruskan.Kalau nak jumpa dalam seminggu sekali dua je boleh" katanya sambil mengeluh.
"Ala kau jangan la sedih suatu hari nanti aku yakin la papa dengan mama kau berubah ,kau sabar je ok" ujar ku memujuknya lembut.
"Terima kasih tau sebab kau dengan Fiqa selalu ada bila aku perlukan korang .Kau beruntung sebab banyak orang sayang kau especially mak dengan ayah kau.Aku seronok sangat sebab dapat ikut kau datang sini berbual dengan mak kau ,masak lagi banyak la" kata Dira teruja.
"Aku pun seronok korang dua sudi ikut aku balik kampung ,meriah sikit rumah ni .Selalunya aku dengan ibu aku je balik". balas ku tersenyum lebar.
" Dira, kalau bolehkan kau cakap la dengan mama dan papa kau .Aku yakinla sebenarnya diorang teringin nak cakap dengan kau"ujarku.
"Aku okay je cakap dengan diorang cuma diorang je takde masa untuk aku.Kalau boleh teringin aku nak peluk ,cium diorang lagipun dahlah exam nak dekat.Aku nak diorang bagi aku semangat sebelum exam tapi tu pun kalau diorang ada masa untuk aku".
"Balik nanti kau bincang la dengan papa dan mama kau .Aku yakin lepas ni kau tersenyum punya la bila datang sekolah ".
" Okayla kau doa -doakan untuk aku ".
" insyaallah.
" Dah jom la masuk, lepas ni tidur sebab aku nak jalan-jalan pusing kampung esok.Kau boleb bawa kan?".
"Boleh jer.Jomlah".

YOU ARE READING
Takdir Aku ✔(COMPLETE)
Romansakalau nak tahu bacalah . Adrian ✖Daerina Mengisahkan seorang wanita yang tabah dalam menghadapi dugaan dalam hidupnya.Dia selalu merasakan dirinya tidak di sukai oleh orang sekelilingnya disebabkan oleh paras rupanya.Setelah sekian lama mendengar hi...