SELEPAS Eric keluar dari rumah itu, Laura tetidur sampai ke petang. Dia sudah tidak mampu mengawal dirinya sendiri apatah lagi Amber. Amber tetidur di atas karpet di mana tempatnya bermain anak patung pagi tadi. Laura angkat ingin ke dapur.
Dia mengambil sejenis ubat lalu di makannya 7 biji sekali gus. Dia telan dengan baik sebelum Laura ke biliknya untuk mengambil sesuatu. Laura mengambil telefonnya yang dicas pagi tadi dan terus ke ruang tamu. Dia menggerakkan Amber dari tidur
"Amber, bangun" dengan sekali gerakkan Si Amber ini terus bangun sambil memisatkan matanya dengan tangan.
Laura mendail seseorang.
"Aaron, kau datang sini esok"
"La kenapa kak? Abang Eric kan ada?"
"datang sajalah. Sambil-sambil tu tengokkam Amber ni. Lama dia tak jumpa Pakcik Aaron"
"Tengoklah nanti"Laura mematikan panggilan. Dia mencatit sesuatu di sehelai nota. Amber menghampirinya
"Mami, lapar..." Laura mencapai roti di atas meja lalu disuakan kepada Amber. Makanan yang dibeli oleh Eric pagi tadi tidak terusik pun
Laura menyambung menulis sesuatu di sehelai kertas. Selepas itu, dia ke dapur untuk mengambil beg plastik yang berisi sampah untuk dibuangnya ke luar rumah.
"mami.. Nak tikut" Amber membuntuti emaknya dari belakang. Kelihatan makcik bawang sedang berbisik-bisik bergosip tentang Laura.
"Senah, kau tau tak. Laki dia tu main kayu tiga belakang dia. Itulah tak pandai jaga laki macam tu lah. Harap je cantik, kaya tapi bodoh hahahahahah" gelak makcik-makcik bawang yang berjiran dengan Laura. Makin panas telinga Laura mendengar. Ada sesuatu membisik kepadanya...
'bunuh......'
'marah.....'
'bunuh.....'
Laura menutup telinga dan memejam mata. Dia takut....
Satu kereta yang dia tidak kenali memarking di depan rumahnya. Tuan kereta keluar dari perut kereta itu dan menyapa Laura.
"Maafkan saya Puan Laura, kami dari Pihak bank ingin tarik kereta anda kerana sudah 4 bulan anda belum bayar dan masih tertangguh. Tolong berikan kunci kereta anda" Laura diam. Ya, dia tau. Dia akur.
"eh cakap orang kaya. Tapi kereta kena tarik HAGHAHAHAHAH" ketawa makcik bawang. Laura terasa. Dia tak kaya. Yang kayanya Eric, bukan aku!!!
***
LAURA memeluk kedua-dua kakinya dan dekatkan di dada. Laura sangat stress. Dia tidak tahu perasaan apakah ini. Dia benci jirannya yang tidak memahami masalah rumah tangganya. Dia sudah lama mempertahankan rumah tangga dari runtuh oleh perempuan itu!!
Laura menangis sambil menarik rambutnya sendiri. Dia sangat-sangat penat dengan drama kali ini. Dia benci Eric! Dia benci makcik bawang!
"Mereka tidak faham aku kah?!!" Laura menjerit kecil tanda dia betul-betul penat dengan semua ini. Dia nak semuanya berakhir.
Laura menyiapkan sesuatu. Dia merancang satu aktiviti yang malam itu dia harus lakukan. Ye, mesti!
MALAM ITU Amber tidur bersebelahan dengan Laura. Selama ini dia hanya tidur di buaian tetapi kali ini tidak. Laura membawa Amber tidur bersama. Sebelum tidur, Amber sempat makan makanan ibunya iatu ayam masak kicap. Nyum! Kosong pinggan Amber hihihi.
"mami mami, tedapp" pandai Amber memuji masakan ibunya. Akhirnya mereka berdua pun tidur.
Laura bangun dari tidur. Sebelum itu , dia menoleh ke tepi. Amber tidur lena. Laura tersenyum. Dia nak akhirkan benda ini dengan segera. Dia mencium Amber sebelum ke luar dari bilik.
'mami minta maaf sayang Amber. Tunggu mami di sana'
KAMU SEDANG MEMBACA
Buaian
Short Storykisah seorang wanita yang mengalami kemurungan sehingga mendatangkan maut. Apakah yang akan berlaku apabila anak kecil tinggal bersama ibunya yang kemurungan di dalam sebuah rumah?