5

17 2 0
                                    

AMBER sedang syok bersembang dengan maminya yang diam dari tadi. Terdengar telefon rumah berbunyi. Amber angkat punggung.

"ish.. Tingginya.." Amber naik ke atas sofa untuk mencapai. Panjat lagi dan ye.. Dapat pun gagangnya.

"Laura, Aaron ni. Aku lambat sikit sampai. Kereta aku rosak ni. Tak jauh sangat dari rumah kau"
"Uncle!!! Ello!!" Amber bercakap dengan Aaron di telefon
"eh anak Uncle. Hai, mami mane? Uncle nak cakap dengan mami"
"mami main 'boyan' lah uncle"
"buaian? Ha panggil jap"
"mami tak jawab. mami senyap je"
"Amber jangan keluar rumah. Duduk dalam rumah je ok. Jangan keluar janji! Tutup pintu kunci terus ok Amber"
"ok uncle"

Aaron terasa pelik. Laura main buaian tapi dia senyap? Makin pelikla. Aaron tak dapat duduk senyap. Dia terus mendapatkan teksi untuk ke rumah kakaknya dengan segera

***

AMBER menutup pintu macam mana Uncle Aaron dia katakan dalam telefon tadi. Amber kuncikan pintu.

Terus gelap. Macam dah malam...

Amber menarik kerusi untuk menekan suis lampu yang tinggi itu. Dan klik! Lampu pun terbuka . Amber bersorak gembira sambil menepuk tangannya yang kecil itu.

Dia melirik jam di dinding

1 2 3 4 5 ..

"pukul lime mami masih main boyan ke" Amber turun kerusi dengan hati-hati dan menuju kembali ke bilik tengah.

"mami ni..... Dah ukul lime mami main boyan ye" Amber memeluk tubuh sendiri tanda merajuk dengan maminya.

"Selama ini alau Amber b
uat macam tu, mami akan pujuk Amber. Tapi kali ni.... Mami senyap je. Mami tak bukak mate pun.." Amber menangis sambil memeluk kaki Laura yang sudah sejuk dan kebiruan itu.

Amber tertidur lagi sambil memeluk kaki Laura yang berjuntai itu.

***

PUKUL 7 MALAM

Gile baru jam ni aku sampai rumah kakak aku. Aku tengok sebelah rumah kakak aku gembiranya dorang bbq ye. Rumah kakak aku je yang tertutup pintu ni

"Adik cari sapa?" sapa seorang pakcik ni. Mungkin jiran kakak aku kot

"Saya jenguk rumah kakak saya. Laura nama dia" jawab aku sopan

"ohhh Laura. Harini pakcik tak nampak dia keluar. Selalunya ada dia keluar dengan Amber beli barang basah tapi hari ni takda. Mungkin busy kot" aku mengangguk faham pakcik tu kata. Selepas aku meminta izin darinya baru aku pergi masuk ke dalam perkarangan rumah Laura.

Pintu tertutup. Pandai si Amber ni dengar cakap aku. Aku ketok pintu dari luar pagar. Sekali ketok. Tiada sahutan dari dalam . Selalunya sekali ketuk je kakak dah buka?

Aku ketok bukan calang-calang kot. Kakak kat dapur kot?

Tok tok! Kali kedua aku ketuk pun tiada sahutan dari dalam.

"kakkk, Aaron ni! Bukalah pintu" tak mungkin dua beranak ni keluar? Pakcik tu cakap Laura tak keluar rumah seharian ni?

Aku ketok lagi untuk kali keberapa entah. Masih belum ada sahutan dari dalam.

Aku call telefon rumah kakak aku. Sambil itu aku ketuk pintu dengan harapan ada orang dengar dari dalam. Tak lama lepas tu ada orang terkusil-kusil membukak pintu dari dalam. Tak mungkin Laura tak dapat capai tombol pintu kot?

Klik! Pintu terbuka. Aku jenguk ke dalam. Si Amber yang bukakan

"ello Uncle.... Soli... Amber tertidur..." Si Amber menggosok matanya dengan tangan.

"Boleh uncle masuk?" Amber mengganguk. Gate tak dapat bukak sebab kunci dari dalam

"Amber tau mane mami simpan kunci?" Dia mengganguk lalu mencapai kunci menggunakan kerusi tadi kerana tinggi di atas sebelah pintu

"hati-hati Amber" dia turun perlahan-lahan suakan kunci itu kepada aku.

Aku cuba membukanya dan ya, dapat. Amber menyalam aku.

"Mane mami? Senyap je rumah. Tingkap nape tak bukak?" Aku melabuhkan punggung ke sofa.

"Kan Amber tate.... Mami main boyan dari tadi.." Aaron pelik. Kat rumah ni ada buaian ke?

Aku pelik.

BuaianTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang