Sahabatku

14 0 0
                                    

Membuka mata
Terasa angin meniup lembut dari jendela
Hati berkata
Apakah ini mimpi yang tak sudah
Adakah ia hanya igauan semata mata

Sejak azali lagi
mataku terbuka hanya jeritan yang mengerikan lalu ditelinga
Hari hari yang mendatang bagai tiada hari lagi
Manisnya bahagia indahnya gemersik suara manusia
Masih tidak lagi aku dengari indah

Hari ini mungkin
Menjadikan ia luarbiasa
Hari ini menjadikan sejarah hilang di telan zaman

Kerana dia sudah pergi
Masihkah kau mengerti wahai sahabat ku
Kata cacian maki mu
kepada ku membuat hariku duka
Pernahkah kau berfikir
Hariku derita semenjak mengenalimu sahabatku

Maafkan aku kerana lambat untuk memohon maaf
Lambat menutur kata
Yang aku sangat menghargai hadirnya mu
Yang aku sangat bertuah adanya sahabat sepertimu

Wahai sahabatku
Walau engkau sudah tiada didepan mataku lagi
Aku masih rasa akan hadirnya kamu
Wahai sahabatku andai aku mampu untuk membuka kembali jalan ini

Maafkan aku sahabatku
Kerana dengan teguran mu nasihatmu membuat ku kembali
Kembali pada Yang Satu

Sahabatku
Terima kasih kerana mengajarku erti kepahitan dan manisnya kehidupan

Wahai sahabatku
Andai aku masih ada disisi mu
Ingin aku mendengar kata cacianmu kepada ku
Kata kata itu membuatku menjadi lebih semangat untuk hidup

Terima kasih sahabatku
Terima kasih kerana menghantarkan sebuah pengharapan yang engkau akan kembali
Terima kasih kerna memberiku ruang untuk berasa selesa

Wahai sahabatku yang disayangi
Andai nyawa terputus dari jasadku
Aku akan mengikutmu
Aku akan bertemu mu

Terima kasih untuk segalanya
SAHABATKU

Puisi HatiWhere stories live. Discover now