Aku ingin berubah menjadi lebih baik. Bukan aku tak mahu tapi aku takut manusia disekeliling aku akan berubah. Dan akan tinggalkan aku.
Tipu jika aku tak mahu berubah. Aku nak sangat. Tapi aku takut akan sikap manusia yang suka menilai dari aspek luaran. Dia bukan tahu apa yang kita rasa.
Mungkin aku berubah sedikit demi sedikit?
Untuk permulaan aku cuba untuk menyesuaikan diri. Aku takut suatu hari nanti aku tak sempat berubah dan pergi mengadap ilahi.
Aku takut waktu aku pergi. Tanpa bertaubat pada Ilahi. Aku takut aku sedang melakukan dosa pada waktu aku pergi.
Kita tak tahu bila Allah ingin menjemput kita bertemu dengannya. Aku tak mahu waktu aku pergi aku tidak sempat membalas jasa ibubapaku.
Aku takut sangat untuk berjauhan dengan ibubapa ku. Ingin ada dengan mereka sentiasa. Mungkin mereka ingin aku ni manja. Tapi bukan aku manja tapi aku takut aku hilang mereka.
Tak salahkan aku berubah menjadi lebih baik?
Aku pernah dengar jika sahabat yang selalu bersama kita tinggalkan kita sebab kita berubah jadi baik maksudnya mereka bukan sahabat kita yang sebenar.
Jika suatu hari nanti aku berubah dan kau tak boleh terima perubahan aku. Aku harap kau jangan tinggalkan aku. Aku harap kau pergi perlahan-lahan.
YOU ARE READING
Puisi Hati
PoetryHati menyimpan seribu rasa. Rasa yang tak mampu diungkap. Aku lakarkan puisi hati ini dari hati aku.