A

215 14 0
                                    

"Ye, saya okay." Aku sekadar menjawab malas soalan yang diajukan oleh orang di hujung talian. Aku sangat terharu dengan usaha lelaki itu dalam memastikan keselamatanku, namun reaksi aku menunjukkan yang sebaliknya.

Semuanya kerana gerangan yang berdiri tidak jauh daripada tempat aku berada sekarang.

"Saya okay, Haykal," kataku lagi meyakinkan lelaki itu. Mataku sekali-sekala menyelinap ke bahagian luar, melihat superheroku yang sedang berdiri bosan bersandarkan keretanya.

Haykal di hujung talian sekadar melepaskan keluhan. Barangkali sudah berpuas hati dengan paksaannya yang mendapat jawapan yang sama. Dia mesti percaya akan keadaanku yang baik-baik kerana yang menjadi superheroku hari ini ialah Eddin Faiqal, adiknya sendiri.

"Kak Putri." Aku menoleh apabila satu suara menjerit lantang memanggil tuan kedai. Suaranya bergema memenuhi ruang menyebabkan empunya nama datang dari sebalik anak tangga yang dijadikan bilik stor.

"Kenapa, Eddin?" Menyedari gerangan yang dinyatakan itu ialah superhero yang menyelamatkan nyawaku sebentar tadi, laju saja aku mematikan panggilan. Memandangkan Haykal memahami bahawa aku pasti sibuk dengan pelanggan pada hujung bulan, dia juga setuju untuk meletakkan panggilan tanpa banyak soal.

Faiqal menjeling ke arahku sekilas lalu satu senyuman ringkas dihadiahkan buat Putri, tuan kedai bunga yang aku sedang bekerja kini. Niat di hati cumalah untuk menjadi pekerja sambilan supaya dapat menampung sedikit sebanyak kos hidup aku.

Sementara Faiqal dan Putri bersembang entahkan apa, aku mengikut perintah bos besar supaya melayan beberapa pelanggan yang mengunjung. Ada yang membeli bunga dan ada yang sekadar menyinggah.

Aku melihat jam yang terlekap kemas di dinding, pukul 6.30 petang. Aku menjeling pula dua gerangan yang masih rancak bersembang walaupun kelihatan agak serius. Ada juga sekali-sekala mereka menjeling ke arahku membawa rasa tidak enak di hati. Lebih-lebih lagi apabila panahan mata Faiqal berehat pada mataku.

Aku kembali menyibukkan diri dengan jambangan bunga ros putih yang aku cuba gubah daripada tadi. Ini tempahan daripada pelanggan tetap kedai untuk majlis penting pihaknya. Deskripsi majlis tidak diberitahu, tetapi dia cuba meminta satu jambangan bunga yang ekslusif.

Bagi tangan aku yang tidak berseni, aku harap ini sudah cukup menarik perhatian.

Loceng pada pintu berbunyi, menandakan ada pelanggan yang datang. "Selamat datang," sapaku seperti kebiasaan sambil bibir tersungging senyum manis.

Seorang lelaki yang sebaya Putri masuk ke dalam kedai bunga milik Putri. Pakaiannya hari ini agak lain daripada kebiasaan kerana dia memakai sut lengkap warna kelabu, bak orang korporat berjaya. Selalunya dia berpakaian santai, namun santainya tidak pernah lupa untuk bergaya dengan baju berjenama.

Semakin lebar senyumanku menyedari gerangan yang hadir. Wajahnya juga tampak berseri-seri dengan senyum yang menenggelamkan pipi kirinya, "Hello, Risha."

Aku sekadar menganggukkan kepala. Raga yang aku serikan dengan reben berwarna biru gelap ditolak ke arahnya. Di atasnya tersedia bunga ros putih seperti yang dimintanya. Digubah dengan bermacam cara, aku harap dapat mencuit hatinya.

"This is beautiful, thank you," puji lelaki itu. Terpancar keikhlasan pada wajah itu menyebabkan aku tersipu malu. Jarang sekali aku akan sediakan jambangan bunga sebegini kerana takut akan dikecam. Pujian lelaki ini mendorong semangatku supaya terus mencuba dalam bidang seni yang sebegini.

Lelaki itu berpaling ke kiri dan kanan seperti tercari-cari sesuatu, menggamit Putri yang menjadi pemerhati supaya mendekat, "Kau cari apa ni, Zaffran?"

"Wait a second," kata Zaffran sambil kakinya laju berjalan ke arah deretan bunga ros yang terletak di bahagian utama kedai. Tangannya tampak ragu-ragu untuk memilih antara bunga ros merah, putih atau merah jambu. "Risha, mana satu colour yang cantik?"

Farishah Azriza | ✓Where stories live. Discover now