I

154 11 5
                                    

Aku menolaknya menjauhi aku supaya aku boleh menatap wajah itu. Jelas sekali mata itu penuh pengharapan dan keikhlasan. "I do still love you, Iza," katanya lembut menguatkan lagi kenyataan bahawa dia betul-betul mahu miliki aku. Air mata mula gugur setitis demi setitis ke pipi sehingga esakan mula terlepas. 

Laju saja tangan itu menarik aku ke dalam pelukan, "Please don't cry, dear." Makin teruk tangisan aku terlepas. Rindu yang menggunung terhadap insan itu memang tidak mampu untuk aku tahan lagi. Cintaku padanya juga masih mekar seperti dulu walaupun berkali-kali aku disakiti.

"Sayang, tolong bagi saya peluang." Rayuannya diteruskan dengan mengulangi ayat yang sama. Aku menggeleng menyedari bahawa aku sudah tiada hak untuk memberi peluang kepada lelaki itu.

"Saya tak boleh, Faiqal. Saya tak ada pilihan selain berkahwin dengan Haykal ataupun abang awak sorang lagi tu."

"No way! Azriza, please! Saya boleh pujuk umi dengan abah."

Aku menolak tangan Faiqal yang memegang kejap kedua bahuku. Air mata yang berbekas di pipi juga dilap kasar. "I don't want to disobey them. Diorang dah banyak bantu saya, Faiqal."

Faiqal menunjukkan riak tidak puas hati, "Then, how about me?"

Air mata kembali mengalir. Kedua telapak tangannya aku raih lalu dibawa ke bibirku yang bergetar, "Kalau bukan sebab awak, saya takkan dapat sebuah keluarga yang macam ni, Faiqal. Terima kasih sangat-sangat. Tapi, saya tak boleh melawan cakap umi dengan abah."

Faiqal mendengus kasar. Tangannya laju dibawa ke kepala dan diramas rambutnya kuat lalu biarkannya kusut. Pipiku pula diraih lalu dahinya dicantum dengan dahiku.

"Risha dah fikir ke pasal hal tu?" Soalan umi menarikku kembali ke realiti, sekaligus buat aku terkedu. Buntu jadinya bila memikirkan tentang hal itu. Hal itu semestinya merujuk kepada keputusanku ingin mengahwini salah seorang anak terunanya. Faiqal adalah wajah pertama yang menjengah fikiran melangkaui Haykal dan Raykal.

Teringat semula kes aku ditarik ke dalam bilik Faiqal sebelum aku dapat menolong umi di dapur ini. Sentuhannya dan ugutannya umpama terus menjerat aku.

"Risha?" Bahuku disentuh perlahan oleh umi. Aku terhinjut terkejut.

"Risha nak tanya boleh, umi?" Soalanku hanya mendapat persetujuan dengan riak wajah umi yang jelas risau. Mungkin takut aku akan menarik balik kata setuju dan batalkan perkahwinan.

"Kenapa umi dengan abah tak cadangkan Faiqal sekali?" Aku beranikan diri untuk menanya. Aku yakin sekiranya umi dan abah tidak mencadangkan nama Eddin Faiqal, mesti ada sebabnya.

Umi nampak agak terkejut dengan soalanku, namun riak wajahnya menunjukkan sesuatu yang aneh. "Sejujurnya, umi tak terfikir anak teruna seorang tu pun dah boleh kahwin. Tapi, umi rasa tak manislah kalau Eddin kahwin dulu sedangkan dia ada abang dua orang kan?," terang umi panjang dan bersahaja. Aku sekadar mengangguk. Kata umi, dia tidak sedar akan Faiqal yang sudahpun menginjak tua.

"Risha dah buat keputusan ke?" Soal umi penuh berharap. Aku sekadar tersenyum dan menggeleng kekok.

-

"Farishah Azriza." Sapaan abah menyebabkan aku terbatuk kuat selepas meneguk air masak. Agak terkejut dengan suara abah yang menyeru namaku secara tiba-tiba. Aku memandang wajah abah dengan mata yang berair bahana tersedak tadi. Juga mengharapkan abah sambung saja percakapannya.

Farishah Azriza | ✓Where stories live. Discover now