R

160 9 0
                                    

Aku hanya diam menikus sambil sesekali menjeling wajah tenang di sebelah. Matanya jelas kelihatan fokus kepada pemanduan. Sesekali tangannya naik menghalang cahaya yang menyilaukan retinanya. Ada kaca mata, degil tidak mahu memakai, padanlah--

"Oh mak kau terpelanting." Kata-kata nista yang dilemparkan di dalam hati terhenti, berganti dengan latahan apabila si dia menekan brek mengejut. Sekali lagi tangannya berada di tempat sensitifku demi menyelamatkan diriku yang masih tidak insaf memakai tali pinggang keledar.

"Bawak kereta macam hantu," gumamnya sendirian melihat kereta yang tiba-tiba saja brek secara mengejut kini sudah memecut pergi. Aku membuat andaian samada pemandu itu mabuk ataupun pelesit.

Lelaki itu mengalihkan wajah ke arahku dengan riak risau, barangkali takut sekiranya aku telah tercedera. Sudah tiga kali aku menatap riak yang sama pada wajah putih bersih itu hari ini. Perlahan-lahan matanya turun memandang lengannya yang bersilang pada dadaku. Tiba-tiba telinganya memerah.

Laju tangannya ditarik lalu diletakkan di atas stereng. Mata juga bertindak lebih laju teralih ke arah jalan. Halkumnya naik turun menandakan dia sedang menelan liur. Aku sedaya-upaya cuba mengawal diri daripada membuka pintu dan berlari keluar kerana pipiku juga sudah mula panas.

Dia menarik gear, bersedia untuk memandu. Suaranya dibetulkan melalui deheman, "Pakai seatbelt."

Itu dialog yang dia ucapkan selepas 15 minit kami bergerak daripada kawasan tasik tadi.

"It took you five freaking years to call my name again, huh?"

Aku terdiam dan terus mendiamkan diri selepas itu. Lima minit setelah membiarkan dia melayan jiwa dan perasaan, aku bangun dan masuk ke dalam kereta. Panas saja rasanya duduk begitu dekat dengannya. Tidak lama kemudian dia menyusul dan sekarang kami sedang menuju ke rumah.

Akibat jalan yang sesak, kami masih ada empat kilometer untuk ditelusuri sebelum sampai ke taman perumahan kami. Sudah ada empat panggilan yang berjawab daripada Haykal menanyakan khabar kami berdua kerana jam sudah menginjak ke pukul 9.00 malam.

"Do you know how hard it is to live without you?" Lelaki di sebelahku kembali memulakan soalan yang aku tidak tahu hendak menjawab. Aku sekadar memandang kosong jalan di hadapan. Cuba mencerna soalan itu setelah bertahun aku mengelak soalan itu bergema di dalam kepalaku.

"I miss you, Azriza," gumamnya lembut lebih kepada diri sendiri. Aku memejam mata rapat dan kuat. Tidak betah mendengar luahan hati yang sebegitu. Tidak betah juga untuk memutar segala memori masa lampauku.

Suasana menjadi senyap selepas itu sehinggalah dia parkirkan kereta di luar pintu utama rumah. Tali pinggang keledarnya dibuka dan pintu kereta dikunci. Aku yang berura hendak keluar terlebih dahulu, terbantut niat.

Badannya dihadapkan ke arahku dan tangan kananku yang paling dekat dengannya, dicapai. Tangan itu dibawah ke bibirnya dan dicium perlahan.

"Bagi saya peluang tak boleh ke, sayang?"

-

Aku masuk ke dalam rumah dengan hati yang kucar-kacir setelah mendengar luahan hati Faiqal. Aku diam saja sepanjang perjalanan ke bilik apabila suara abah tiba-tiba saja mengamit perhatian.

"Farishah Azriza, mari masuk sini kejap."

Aku akur dan cepat-cepat menampal senyuman ke bibir. Tudung yang masih tersarung di kepala turut dibetulkan memandangkan ada satu lagi figura yang sedang berbual dengan abah. Hendak dikenal pasti, malangnya dia sedang membelakangi aku.

Farishah Azriza | ✓Where stories live. Discover now