S

143 12 0
                                    

Tangan yang terangkat ke udara, diapungkan seketika sebelum dikembalikan ke sisi. Sudah hampir 20 minit aku tercegat di hadapan pintu yang jarang-jarang aku menjengah, namun aku tidak mampu untuk mengetuk pintu itu. Tuntutannya memang mustahak, tetapi aku agak malu untuk berdepan dengan dia.

Aku menarik nafas dalam dan kembali mengangkat tangan. Nafas dihembus kasar dan pintu kayu jati itu diketuk tiga kali. Aku cuba mendengar satu rengusan geram yang agak kuat sebelum pintu dibuka. "Berapa kali nak cakap, aku tak nak makan!" Dihempasnya pintu kembali tanpa sempat dia melihat aku yang terlopong.

Aku mengetuk pintu lagi sekali. "Apa dia ni," rungutnya kasar di dalam sana membawa senyum nipis ke bibirku. Pintu kayu jati itu terbuka lagi sekali. "Kau memang tak faham bahasa ke, Alea?"

"Alea?" Aku terus menyoal tanda refleks. Adakah dia maksudkan Alea Azwa? Si gadis penggemar kucing yang menetap di rumah sebelah? Kenapa pula dia perlu memaksa Raykal supaya makan? Mata Raykal yang tertutup tadi terbuka luas. Rambutnya yang terjuntai menutup mata kirinya terus dikuak ke belakang. Mungkin dia sedar suara aku sangat asing untuknya.

"Who are you?"

Auch. Dia tak kenal aku?

Aku baru hendak membuka mulut setelah meredakan hatiku yang menggeledak, dipintas oleh dia yang bersuara dahulu. "Just kidding, I know." Ingin saja aku melempangnya sekali kerana telah mempermainkan hati aku. Siapa saja tidak naik angin jika bakal suami berjenaka begitu?

"Kenapa datang sini?"

Bibirku seolah-olah terkunci apabila bebola mata hazelnya menikamku tajam. Bolehku rasakan ketegangan yang mula terbentuk di antara kami. Keningnya dijungkit menanti jawapan, terus membebaskan bibirku yang tergari tadi. "Uu-Umi suruh tt-turun, nenda nak dd-datang."

Dia memandang aku lama, mungkin kerana aku aku tergagap tadi kerana cemas. Seketika kemudian, dia mengangguk lalu membalas, "Aku nak kau hentikan perkahwinan ni." Aku terlopong. Tidak tahu apa yang aku harus katakan sebagai balasan.

Kedengaran suara Raykal mendengus kuat. Aku jadi takut untuk berhadapan dengan lelaki itu. Jelas sekali kelainannya ketara jika dibandingkan dengan Haykal mahupun Faiqal. Raykal seorang yang pemarah dan panas baran.

Rambutnya yang serabai dikuak ke belakang, "Aku merayu, tolong hentikan perkahwinan ni."

Takut-takut aku menggeleng. Takut sangat sekiranya jawapanku akan mengundang kemarahannya. Secebis keliru juga turut bertandang mencari alasan dia ingin hentikan perkahwinan ini.

Dia mendengus lagi, "Kenapa?"

"Saya tak nak ingkar arahan umi dengan abah," kataku perlahan. Air mata sudah mula terbentuk di tubir mata, bersedia untuk turun mengalir di pipi.

"Kau faham tak, aku tak suka semua ni. This marriage is bullshit! Aku tak cintakan kau!" Bahuku terhinjut terkejut apabila dia menjerit sebegitu. "Awak, tolong jangan marah. Nanti umi dengan abah dengar," rayuku perlahan. Berharap agar dia juga akan terikut sama untuk memperlahankan suaranya.

Melihat Raykal membuang pandang ke arah lain seolah-olah tidak kisah dengan semua itu, aku sambung bersuara, "Saya faham. Tapi, saya tetap kena terima sebab saya percaya pilihan abah takkan salah."

"Bullshit!"

"Cinta boleh pupuk, Raykal," pujukku lembut. Berharap yang dia akan faham kasih dan cinta ini akan terzahir juga antara suami dan isteri. "Seriously? Kau memang tak faham bahasa ke?" Raykal mula mengherdik aku. Namun, aku bersyukur kerana suaranya terkawal.

Aku menayang senyum manis lalu kolar t-shirtnya aku kemaskan. Jariku bermain-main di situ sebelum naik memanah anak mata bulatnya serta wajahnya yang agak merah. Dia nampak sedikit terkedu dengan tindakan spontanku.

Farishah Azriza | ✓Where stories live. Discover now