Farishah Azriza | Raya

186 7 0
                                    

Aku teragak-agak menolak tangan sasa yang sedang berada di atas pinggangku. Tanpa sempat aku menolak sepenuhnya, tangan itu terus melingkar pinggangku kembali dan menarik seluruh tubuhku supaya terus melekat pada tubuhnya.

Nafas yang tertahan, aku lepas perlahan-lahan. Tidak tahu bagaimana lagi untuk aku keluar daripada lingkaran tangan sasa ini. Seperti anak patung yang tampak kerdil di dalam pelukan pemiliknya, aku terus-menerus mendiamkan diri di dalam pelukannya.

Tubuh itu mula tergerak-gerak menyebabkan mataku automatik tertutup rapat. Sinar cahaya yang lebih menyilaukan mataku hilang serta-merta sebaik 'sesuatu' dijadikan halangan. Aku semakin tidak berani untuk membuka mata. Badanku terasa kejung apabila ada nafas yang terkena tepat ke mukaku.

"Good morning, wife."

Aku tidak menjawab dan pura-pura sedang tidur. Nafas yang tertahan aku hembus perlahan dan sedaya upaya ditarik dan dilepas secara sekata. Tawa halus kedengaran daripada bibir itu. Senyum yang hampir terukir, aku tahan.

"I seriously don't know how this can happen," katanya sambil mengeluh berat. Nafasku kembali tersekat di paru-paru. Memori malam tadi menjengah satu per satu menyebabkan wajahku mula memanas. Matilah, mesti dia sudah nampak pipiku yang berona merah. Mesti dia tahu aku sudah terjaga.

Pipiku dielus lembut sambil tawa kecilnya menghiasi kesepian pagi itu. Tidak betah untuk terus berpura-pura di situ, aku mengeluh berat dan membuka mata hanya untuk menghiasi layar mataku dengan wajah kacak lelaki itu.

Entah kenapa lelaki itu memandang wajahku dalam seolah-olah ingin memberi satu sensasi yang menaikkan naluriku. Dan aku turut terbuai dalam renungan mata hazel itu tanpa sedar.

Dahi kami bertemu, hidung kami berlaga. Saat bibirku hampir dipagut olehnya, bunyi kanak-kanak menangis terus menyedarkan kami daripada lemas dalam rasa yang tidak dapat ditafsir ini.

Aku hendak bangun namun sakit di bahagian perutku menyebabkan aku terbaring semula. Suamiku di sisi tidak banyak bercakap, hanya menyuruh aku berehat dan dia terus keluar untuk ke bilik sebelah. Sempat lagi dia mengutip baju-baju kotor di lantai dan memasukkannya ke dalam baldi.



-



"Saya nak awak ingat, saya setuju untuk kahwin hanya sebab Ashraf."

Aku mengangguk faham. Aku memang sedia maklum dengan perangai anak sulung abah ini. Sangat tegas dan terus-terang. Atau dalam bahasa orang putih pula very trustworthy and straight-forward. Well known as a man of word.

"Makanya saya ada beberapa syarat," katanya lagi tanpa mempedulikan wajahku yang sudah masuk mod mengelamun. Aku hanya mendengar dengan wajah yang menunduk menekur lantai. "I have my own privacy and you don't try to get in it." Aku mengangkat kepala keliru dengan kata-katanya. Kalau sudah suami isteri, privasi apa lagi yang dia mahukan?

Oh, lupa. Dia cuma mengahwiniku sebagai ibu kepada Aries Ashraf.

Aku ketawa kecil dan membuang pandang ke arah lain apabila wajah Edlan Qal berkerut keliru. Tanpa mengendahkan aku lebih-lebih, dia menyambung kata, "To be fair, you will have your own privacy and I ain't disturbing it." Aku senyum dan angguk, "Lagi?"

Qal menarik nafas dalam lalu dihembuskan payah. Sepertinya dia tidak sampai hati untuk menyampaikan syarat keduanya. Namun aku teruskan mengasak kerana aku tidak kisah. Aku memang sudah mengagak yang aku bakal kehilangan banyak perkara yang aku idamkan sekiranya aku mengahwini lelaki yang bernama Edlan Qal ini.

Farishah Azriza | ✓Where stories live. Discover now