Bab 17

9.7K 318 0
                                    

Malam itu pukul 12 tengah malam Ayu duduk di atas katil sambil merenung telefon bimbitnya tak berkelip. Kenapa dia buat macam tu? Mestilah sebab nak tunggu panggilan daripada duda pujaan hati. Mana tahu malam ini encik Firdaus akan menelefon dia lagi.

Tiba-tiba Mak Wati mengetuk pintu bilik Ayu.

"Apa yang kamu buat tu? Dari tadi duk tenung je telefon macam nak tembus dibuatnya. Telefon kamu rosak ke?" Tanya Mak Wati.

"Tak rosaklah mak. Emm sebenarnya Ayu tengah tunggu panggilan daripada seseorang."

"Panggilan daripada siapa?"

Belum sempat Ayu menjawab, tiba-tiba telefonnya berdering. Nama encik Firdaus terpapar di skrin.

"Siapa Encik Firdaus?" Mak Wati bertanya.

Ayu meletakkan jari telunjuk di mulut memberi isyarat kepada Mak Wati agar tidak membuat bising.

Kemudian Ayu menjawab panggilan daripada Firdaus. Ikon loud speaker ditekan. Biar Mak Wati mendengar juga perbualan mereka.

"Assalammualaikum encik Firdaus." Lembut saja suara Ayu menyapa. Mak Wati sudah mencubit-cubit perut anaknya. Geli geleman dia mendengar suara Ayu.

"Waalaikummusalam. Ayu dah tidur dah ke?"

"Tak. Saya tak tidur lagi. Saya tengah tunggu panggilan daripada encik la. Ingatkan encik tak call saya malam ni."

Suara Firdaus ketawa kedengaran di hujung talian. Alahai sexynya suara. Terkeluar aura lelaki gagah.

"Ye ke tengah tunggu panggilan daripda saya? Ke tunggu panggilan daripada orang lain."

"Eh mana ada. Saya cakap benda betullah. Hihi."

Kemudian masing-masing diam.

"Emm Fahmi tengah buat apa?" Ayu bertanya tentang Fahmi pula. Rindu dia dekat Fahmi.

"Fahmi tengah tidur. Dia baru selesai belajar. Esok ada ujian pertengahan tahun."

"Ooo..."

"Em Ayu, saya nak cakap sikit boleh?"

"Encik nak cakap apa?"

Suara Firdaus tersekat-sekat. Berdebar dengan ayat yang akan dia tuturkan.

"Boleh tak kalau.. Kalau.. Kalau saya.."

"Kalau apa encik?" Ayu dah tak sabar menanti ayat seterusnya.

"Boleh tak kalau esok saya nak jumpa mak dengan ayah awak?" Senafas ayat yang dituturkan Firdaus. Kemudian dia menampar perlahan mulutnya. Sama ada menyesal atau malu.

Ayu sudah menekup mulut. Begitu juga dengan Mak Wati. Wahh bukan main lagi si duda ni. Terus nak jumpa dengan aku. Bisik hati Mak Wati.

"Buat apa encik nak jumpa mak dengan ayah saya?" Sengaja Ayu menyoal. Padahal dia sudah tahu tujuannya. Saja mahu menguji.

"Saja." Pendek saja jawapan yang diberi.

"Kalau saja tak payahlah jumpa. Buang masa je nanti."

"Eh mana boleh macam tu. Biarlah saya nak jumpa dengan mak dan ayah awak pun. Saja nak berkenalan. Tak boleh ke?"

Ayu sudah ketawa di hujung talian. "Comellah encik ni. Saya suka lelaki comel?"

"Ada-ada sajalah awak ni." Firdaus sudah naik segan.

"Boleh ke tak ni saya nak jumpa mak ayah awak?" Tanya Firdaus lagi sekali. Masih menanti jawapan.

"Emm boleh je. Apa pulak tak boleh. Tapi dengan satu syarat."

"Apa syaratnya?" Laju saja Firdaus bertanya.

"Encik nak datang nanti jangan datang berbual kosong je. Mesti kena ada isi." Tersirat maksud Ayu. Semoga Firdaus fahamlah nanti.

"Haha itu awak tunggu je lah esok. Okay jangan lupa send alamat rumah awak. Baiklah saya tamatkan dulu panggilan ni. Jumpa esok."

"Okay encik. Jumpa esok."

Panggilan dimatikan. Kemudian Ayu cepat-cepat menghantar alamat rumahnya kepada Firdaus. Laju saja dah bluetick. Kemudia Firdaus membalas pula dengan emoji kucing bermata hati.

"Amboi amboi amboi. Senyum tu sampai ke telinga. Happynya anak mak ni berbual dengan pujaan hati. Sampai lupa habis dekat orang lain." Perli Mak Wati.

Ayu tersengih. "Mak esok masak sedap-sedap ye. Bakal menantu mak nak datang melawat. Bagitahu ayah sekali."

Mak Wati menggeleng. Apa-apa je lah perangai Ayu ni. Tapi dia juga tak sabar nak tengok muka lelaki itu.

[4]Encik Duda Pujaan Hati ✓Where stories live. Discover now