Pukul 12 tengah malam, rumah Ayu sudah sunyi. Sanak saudara kebanyakannya sudah pulang. Pak Amin dan Mak Wati juga sudah masuk ke bilik. Fahmi tidur bersama Anif.
Hanya Ayu sahaja yang masih di dapur. Entah apa yang dibuatnya. Sekejap ke hulu sekejap ke hilir. Tak senang duduk daripada tadi.
Mata memandang jam di dinding. "Aduh dah pukul 12. Nak masuk bilik ke tak? Takkanlah aku nak duk dapur sampai subuh kut." Kepala digaru kuat.
"Kenapa aku takut nak masuk bilik. Bukan ada harimau pun. Ada suami aku je. Tapi macam mana kalau tiba-tiba suami aku bertukar jadi harimau lepastu dia terkam aku. Eee apa aku fikir ni."
Ayu mengetuk-ngetuk kepalanya. Dengan lafaz bismillah Ayu gagahkan diri untuk masuk ke bilik.
Tombol pintu dipulas perlahan. Kepalanya dijenguk ke dalam bilik. Ayu lihat kelibat Firdaus baring mengiring di atas katil. Lega hatinya melihat suaminya sudah tertidur.
Dengan perlahan-lahan Ayu memanjat katil kemudian baring membelakangkan Firdaus.
"Eh mak pesan jangan tidur membelakangi suami. Tak baik." Ayu mengubah pula posisinya menghadap Firdaus. Nasib baik Firdaus tidur menghadap ke sebelah lain.
Setelah matanya terpejam, Ayu merasakan katilnya bergerak-gerak. Dia hanya buat tak tahu. Mungkin Firdaus ubah posisi tidur.
Tiba-tiba Ayu rasa ada sesuatu menghadap betul-betul ke mukanya. Bau minyak wangi kuat menusuk ke hidung. Ayu menelan liur. Matanya dibuka perlahan-lahan.
Kini Firdaus sudah baring mengiring dekat dengan Ayu. Dada bidangnya betul-betul di hadapan muka Ayu. Ayu mendongak memandang wajah Firdaus.
"Ab.. abang tak tidur lagi ke?" Terketar-ketar suara Ayu bertanya.
"Sayang buat apa dekat luar lama-lama tadi." Tangan kiri Firdaus merayap ke muka Ayu dari kepala sampailah ke leher.
"Ayu.. Ayu.." Ayu kehilangan kata-kata.
Firdaus senyum nakal. Haruman rambut isterinya membuatkan jantung Firdaus berdegup kencang. Dia belai pula rambut Ayu yang lembut.
Dari rambut turun ke telinga, leher, bahu dan kemudian tangannya nakal menyelak leher baju kelawar Ayu yang luas.
Ayu hanya membiarkan perbuatan suaminya. Jantungnya sekarang rasa macam nak melompat keluar.
"Sayang..." Meleret saja suara Firdaus memanggil isterinya.
Ayu tidak menjawab sebaliknya dia hanya memandang wajah Firdaus.
"Sayang dah ready?"
Ayu faham maksud Firdaus. Dia hanya mengangguk kemudian matanya dipejam rapat membiarkan perbuatan seterus suaminya.
---
"Ha keluar pun pengantin baru ni. Ingatkan dah termasuk bawah katil tu tak boleh nak keluar." Mak Wati sengaja menyakat Ayu dan Firdaus.
Firdaus hanya tersenyum manakala Ayu pula sudah membahang wajahnya.
"Duduk Firdaus. Mak buat kuetiau goreng je untuk sarapan. Kamu berdua makan dulu mak nak pergi panggil ayah kamu kejap." Kelibat Mak Wati sudah hilang.
Firdaus duduk di meja makan. Ayu pula menghidangkan sarapan untuk Firdaus dengan senyap. Dia masih malu-malu dengan Firdaus.
"Sayang senyap je ni kenapa?" Firdaus menyoal. Saja mahu menyakat Ayu.
Ayu menggeleng kemudian dia berlalu ke sinki untuk membasuh tangan. Tiba-tiba ada tangan mendarat di perutnya. Hampir meloncat Ayu.
"Abang kita dekat dapurlah." Ayu berusaha melepaskan pelukan Firdaus. Malu bila ada orang ternampak nanti.
"Kenapa? Abang pun nak basuh tangan jugak. Tak boleh ke?" Makin erat Firdaus memeluk Ayu. Leher jinjang milik Ayu dicium lembut. Saja dibiarkan tangannya dibasuh lama. Ayu hanya membiarkan saja.
"Hai ayah, hai ibu." Sapa Fahmi tiba-tiba membuatkan Ayu dan Firdaus masing-masing terkejut. Hish budak ni kacau je.
"Hai Fahmi. Meh duduk ibu cedokkan kuetiau goreng." Ayu memilih tempat di sebelah Fahmi. Tidak sanggup dia mahu duduk di sebelah Firdaus.
"Abang pun nak jugak." Firdaus menghulurkan pinggannya kepada Ayu. Pingganya sekarang sudah penuh dengan makanan.
"Ayah hari ni kita balik rumah kan?" Fahmi mengajukan soalan kepada Firdaus. Firdaus hanya mengangguk.
"Balik rumah? Cepatnya nak balik. Fahmi tak suka duk rumah ibu ke?" Ayu memandang Fahmi.
"Bukan tak suka. Tapi esokkan hari Isnin. Fahmi kan sekolah."
Ayu mengangguk faham. Maknanya esok dia akan tinggal dengan Firdaus la. Ayu memandang Firdaus. Firdaus juga memandang Ayu kemudian Firdaus mengenyitkan matanya.