"Dayan mummy nak cari ni" kata Pn. Radiana
"Shuutt!!" Tengku Yazdan membuat isyarat senyap pada Intan
"Jumpa Papa!!" Jerit Intan
"Aik siapa yang kena cari siapa ni???" Pelik Pn. Radiana
"Hahaha!!" Mereka bergelak ketawa bersama"Dayan rindu saat itu, Dayan rindu macam dulu, Dayan rindu mummy, Dayan rindu papa" kata Intan dengan air mata yang mengalir deras
*************************************************
"Zal apa buat dekat sini pergi lah tengok" arah ibunya
"Hah! Ohh okay!" Rizal terpinga pinga dan berlari mengejar Intan
"Korang duduk dulu dekat sini cikgu nak cari Intan kejap" arah Rizal sebelum berlari mengejar Intan, School Squad angguk faham
"Dah jom masuk" ajak ayah Rizal, mereka hanya ikut langkah ayah Rizal sambil memandang kearah Rizal yang berlari mengejar IntanTiba tiba Rizal terlepas pandang, Intan hilang dari pandangannya
"Intan!"
"Intan!!" Panggil Rizal. Sambil memanggil Rizal terus berjalan kearah kawasan lapang di perkampungan Rizal
"Dekat sini rupanya" Rizal terus mendekati Intan"Dayan rindu papa, Dayan cemburu tengok orang lain bahagia dengan family dia, tapi kenapa Dayan tak dapat" kata kata Intan didengari Rizal
"Tu lah tujuan utama cikgu bawak awak datang sini" Intan terus lap air matanya dengan belakang tangan
"Tak payah lah, cikgu dah nampak awak menangis. Menangis tu awak kuat, menangis lah sekuat hati" kata Rizal sambil menghulurkan sapu tangannya"Cikgu, apa maksud cikgu tujuan utama??" Tanya Intan
"Jangan salah faham pula, cikgu bawak awak datang sini sebab cikgu nak awak rasa semula kasih sayang seorang ibu dan seorang ayah" jelas Rizal
"Maksud cikgu?? Saya tak faham" Intan masih blur
"Saya nak kongsi kasih sayang ibu bapa saya dengan awak, tu pun kalau awak sudi" kata Rizal
"Tak nak lah saya orang luar, lagi pun nanti apa pula adik beradik cikgu cakap nanti" kata Intan pasrah"Sebab tu cikgu ajak awak kahwin supaya awak bukan lagi orang luar dalam keluarga saya" Intan terdiam
"Dah lah, jom balik" ajak Rizal
"Cikgu, saya minta maaf" kata Intan
"Dah lah, cikgu tak pernah rasa marah setiap tindakkan awak sebab cikgu yakin awak buat semua tu untuk elakkan kami risau. Tapi maaf awak gagal" kata Rizal sambil melemparkan senyuman manis"Kenapa pulak??" Pelik Intan
"Sebab tindakkan awak lagi merisaukan ramai orang" jawab Rizal
"Lagi lagi saya sebab saya sayang awak Intan" sambung Rizal dengan suara yang perlahan
"Apa cikgu??" Intan kurang jelasSoalan Intan tiada jawapan, Rizal hanya teruskan langkahnya ke rumah. Sampai di rumah, Intan terus mendapatkan ibu Rizal untuk memohon maaf
"Mak cik saya minta maaf" ucap Intan
"Tak apa, dah jom kita makan" ajak Ibu Rizal, lembutSelepas makan Rizal, ayahnya dan School Squad ke kereta mengambil beg. Intan berada di dapurmembantu Ibu Rizal
"Bagi Intan tolong makcik" kata Intan sambil mencapai pinggan di tangan ibu Rizal
"Terima kasih Intan, tak payah panggil makcik panggil mama je" kata ibu Rizal. Intan hanya senyum dan cuba menahan air matanya dari jatuhSelesai Intan membasuh pinggan dan mengemas meja makan, tangan Intan ditarik oleh ibu Rizal
"Duduk sini, mama nak tanya sikit" pinta Ibu Rizal
"Apa dia ma??" Tanya Intan
"Intan suka Zal??" Intan terkejut dengan solan itu tetapi untuk elakkan ibu Rizal terasa hati Intan jujur
"Suka, Intan suka cikgu Rizal dia banyak tolong Intan"
"Bukan suka itu, Intan sayang Zal?? Intan cinta Zal??" Intan terdiam tiada jawapan untuk itu, jadi Intan hanya mengangkat bahu"Tak apa mama faham, Intan ambil masa berapa lama sekali pun" kata ibu Rizal dan terus bangun dari kerusi. Intan menarik tangan ibu Rizal
"Intan sayang cikgu Rizal, Intan cinta cikgu Rizal" ibu Rizal tersenyum lebar
"Tapi.." kata Intan terhenti
"Tapi??"
"Tapi cikgu Rizal ramai peminat, cikgu Rizal paling popular dekat sekolah Intan dan cikgu Rizal lelaki idaman ramai pelajar perempuan di sekolah Intan" kata Intan
"Jadi, Intan risau??" Intan angguk"Intan risau kalau perempuan lain pandang serong pada Intan, lagi pun ada juga guru yang bujang minat pada cikgu Rizal dan kebanyakkan yang mengajar Intan, sebab tu Intan diam" kata Intan jujur
"Insyaallah semua akan terima dengan perkahwinan Intan dengan Zal" pujuk Ibu Rizal. Intan terus memeluk erat ibu Rizal*************************************************
Selesai mandi dan bersembang sebentar dengan Intan. Rizal meminta izin untuk masuk ke dalam bilik, penat. Di dalam bilik Rizal melepaskan badannya ke katil dan termenung memandang syiling biliknya sambil teringat perbualan antara Intan dan Ibunya
"Rizal?" Tengur ayah Rizal. Rizal memandang dan membuat isyarat senyap
"Kenapa??" Bisik ayahnya
"Cuba bapak dengar" arah Rizal juga dengan nada berbisik
"Bukan suka itu, Intan sayang Rizal?? Intan cinta Rizal??" Intan terdiam dan mengangkat bahu, tak pasti
"Tak apa makcik faham, Intan ambil masa berapa lama sekali pun" kata Ibu Rizal dan terus bangun dari kerusi. Intan menarik tangan ibu Rizal"Intan sayang cikgu Rizal, Intan cinta cikgu Rizal" Terkejut Rizal mendengar ayat itu keluar dari mulut Intan
"Tahniah anak bapak" ucap ayahnya sambil memukul lembut bahu Rizal dan terus meninggalkan Rizal"Ya Allah kalau betul apa yang aku dengar, berikan lah peluang untuk aku dengar sendiri dari mulutnya" doa Rizal dalam hatinya
"Tidur lena aku" sorak Rizal perlahan*************************************************
"Intan sayang cikgu Rizal, Intan cinta cikgu Rizal" kata kata itu juga bermain di fikiran Intan
"Betul ke apa yang aku cakap tu?? Betul ke apa yang aku rasa tu??" Intan menyoal dirinya sendiri
"Ya Allah kalau betul dan dialah jodoh aku kekalkan dan tingkatkan lah perasaan itu dalam hatiku sampai bila bila namun jika dia bukan jodoh aku hilangkan perasaan itu secepat mungkin dan jangan tinggalkan walaupun sedikit rasa cinta itu" doa Intan dalam hati. Tak lama selepas itu Intan terlelap. School Squad sudah lama tertidur*************************************************
Intan memang terbiasa bangun pagi kerana dia didik ayahnya untuk bangun pagi dan solat subuh. Selepas Intan merenggangkan badan Intan mencapai tuala dan turun ke bilik air
"Siapa dekat dapur tu??" Soal Intan sendiri apabila nampak cahaya lampu di dapur
"Assalamualaikum" ucap Intan
"Waalaikumsalam, awal Intan bangun??" Soal Ibu Rizal
"Intan memang biasa bangun pagi"
"Ouh"
"Intan masuk bilik air dulu ye" Intan meminta izin
"Intan nak air panas ke?? Kalau nak mama panaskan" kata ibu Rizal
"Tak apa, Intan boleh mandi air sejuk" kata Intan dengan senyuman. Ibu Rizal angguk dan Intan terus melangkah ke bilik airSelepas Intan solat Intan mengejut School Squad dan membantu ibu Rizal untuk menyiapkan sarapan. Sedang menyiapkan sarapan Intan terdengar satu suara memanggilnya meminta tolong
"Tu Zal panggil, pergi lah" kata Ibu Rizal
"Intan pergi kejap ye" ibu Rizal angguk. Intan berjalan keluar mencari Rizal
"Cikgu!! Cikgu dekat mana??" Panggil Intan
"Sini, tolong cikgu!!"*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*Alamak kenapa pulak dengan Rizal tu
Stay tune tauJangan lupa like and comment tau 😉😉
YOU ARE READING
CIKGU PALING POPULAR MINAT AKU!! ✔️✔️
RomanceCikgu Paling Popular Minat Aku!! (CPPMA) Mengisahkan tentang seorang guru yang paling popular..ramai murid perempuan yang mahu mencuri hatinya Tapi mampukah mereka ataupun ada seseorang yang sudah ambil hatinya tanpa perempuan itu sedar.. -30/8/2019...