"Cikgu aktiviti esok??" Tanya Anan
"Kita tengok pada"
"Korang pergi lah dengan cikgu Asri, saya teman Intan dekat rumah" Rizal memotong kata Asri
"Tapi tak best lah Intan dengan cikgu tak ada" kata Aura
"Esok aktiviti kita, aktiviti basah rugi kalau korang tak pergi" kata Rizal
"Intan??" Soal Nufa
"Cikgu tak nak bagi kaki Intan beban lagi pun dia demam" jawab Rizal
"Kita orang tak nak pergi kalau Intan tak pergi" kata Nufa, Anan dan Aura"Bagi Intan pakai tongkat Rizal dulu" tiba tiba ibu Rizal menyampuk
"Ada lagi ke mak??" Tanya Rizal
"Ada mak simpan tapi kalau Intan masih demam biarlah dia rehat" jawab Mak Rizal
"Betul tu kesian dia badan dia lemah betul tu" tambah ayah Rizal
"Macam ni lah, kita skip je aktiviti esok, lagi pun esok cuma pergi pantai dengan mandi air terjun je" kata Asri
"Okay lah" setuju Rizal*************************************************
Waktu malam School Squad tidur sebilik tiba tiba Aura terbangun kerana Intan meracau memanggil nama Rizal
"Cikgu Rizal!"
"Cikgu Rizal!!"
"Intan!" Kejut Aura. Nufa dan Anan terbangun
"Panggil cikgu Rizal cepat!!" Arah Aura dan sambung mengejut Intan. Nufa dan Anan berlari ke bilik Rizal dan mengetuknya bagai nak pecah pintu
"Cikgu Rizal!!!" Jerit Nufa dan Anan. Rizal yang masih separuh sedar bangun dan membuka pintu"Kenapa??" Soalnya
"Intan meracau panggil nama cikgu!" Jawab Nufa dan Anan menggelupur. Rizal mengejutkan Asri dan keluar melihat keadaan Intan yang masih meracau walau sudah dikejutkan Aura berkali kali
"Intan! Intan!!" Kejut Rizal sambil menahan Intan dari terus memukulnya
"Intan bangun!! Cikgu ni!!" Intan sedar dan terus memeluk Rizal
"Dia kacau" mengadu Intan dengan air matanya mengalir"As panggil bapak aku" arah Rizal, Asri akur dan memanggil ayah Rizal.
"Siapa kacau??" Tanya Rizal sambil mengusap kepala Intan
"Dia pukul cikgu, Dia tikam cikgu, Dia bunuh cikgu" Intan tak menjawab soalan Rizal tetapi tetap mengulang ayat yang sama
"Kenapa??" Tanya Ayah Rizal, ibunya pula terus memeluk Intan
"Tak tahu tiba tiba dia meracau panggil nama cikgu Rizal" kata Aura
"Rizal ambik air masak" arah ayahnya"Nah pak" hulur Rizal. Ayahnya membaca ayat suci Al Quran lalu memberikan kepada Intan dan mengarahkannya untuk minum sehingga habis
"Korang tidur bilik Rizal lah" kata ayahnya pada Aura, Nufa dan Anan
"Kita orang??" Tanya Asri
"Korang tidur dekat bilik ni dengan Intan" Terbeliak mata mereka dan School Squad
"Agak agak lah pak" tolak Rizal
"Bukak pintu, sebab Intan demam panas nanti kalau dia meracau lagi teruk macam mana??" Rizal dan Asri faham dan hanya akur dengan arahan ayah RizalSelepas membentangkan tempat tidur Asri sudah masuk ke alam mimpi, Intan masih terjaga dan dalam ketakutan, Rizal pula di dapur mengambil air masak untuk Intan.
"Eh tak tidur lagi??" Tegur Rizal. Intan memandang Rizal dengan muka penuh risau dan ketakutan
"Kenapa ni??" Tanya Rizal dan duduk di kerusi yang tersedia di sebelah Intan
"Dia nak bunuh cikgu" mengadu Intan
"Siapa??" Tanya Rizal
"Kamil" jawab Intan terdiam Rizal
"Awak rehatlah" arah Rizal"Nanti dia datang sini" kata Intan
"Dah lah awak rehat, Allah ada Dia akan lindungi kita. Dah rehat" Rizal menyelimutkan Intan, belum sempat Rizal melangkah, Intan memegang baju Rizal
"Kenapa??" Tanya Rizal
"Teman saya" Rizal senyum dan duduk semula, lalu dia tertidur di sebelah Intan sambil duduk di kerusi*************************************************
"Aik??" Pelik Asri apabila bangun dari tidur Rizal tiada di sebelahnya tetapi berada di sebelah Intan
"Budak ni" Asri mendekati Rizal dan mengejutnya
"Zal" kejut Asri
"Arh!" Rizal bagai tersedar dari mimpi buruk
"Oit apasal kau jerit?!" Marah Asri dengan nada berbisik
"Sini jap" Rizal menarik tangan Asri keluar dari bilik
"Kau dah kenapa??" Soal Asri selepas tangannya dilepaskan Rizal
"Malam tadi, Intan bagitahu Kamil nak datang sini dan nak bunuh aku" kata Rizal"Apa kau merepek ni?!" Marah Asri
"Ya Allah tak ada masa aku nak merepek lah benda macam ni" kata Rizal
"Mungkin dia sebab dia demam kot" kata Asri
"Aku mula mula fikir macam tu jugak, tapi bila dia ulang benda yang sama akubrasa lain pulak" kata Rizal
"Cuba tanya bapak kau" cadang Asri
"Aku tak nak bagi bapak aku risau" kata Rizal
"Tanya je, dari kau fikir tak ada jawapan ni" Asri tetap dengan cadangannya
"Ye lah" setuju RizalSelepas sarapan Rizal mendekati ayahnya yang sedang duduk di pangkin
"Pak" panggil Rizal, ayahnya mengalihkan pandangan pada Rizal
"Semalam Intan ada bagitahu Rizal, dia cakap ada sorang lelaki akan datang sini nak bunuh Rizal. Lepastu dia ulang banyak kali" kata Rizal
"Rizal takut ke??" Tanya ayahnya
"Takut jugak lah" jujur Rizal
"Ni mungkin sebab dia demam, macam macam dia fikir" kata ayah Rizal, jelas ketenangan di wajah RizalSedang Rizal dan ayahnya bersembang kosong, ibunya panggil. Rizal meninggalkan ayahnya dan berlari mendekati ibunya
"Rizal bagi Intan makan ni, lepastu bawak pergi klinik" arah ibunya, Rizal mencapai dulang dari tangan ibunya dan terus berjalan ke bilik Intan
"Cikgu menang!!" Sorak Asri
"Cikgu main tipu!!" Marah Aura, Anan dan Nufa
"Mana korang dapat UNO ni??" Tanya Rizal
"Saya jumpa dalam beg" kata Nufa. Rizal angguk dan terus masuk ke dalam bilik"Intan, bangun kita makan" kejut Rizal
"Pergi lah!!!" Tiba tiba Intan meracau lagi, ayah Rizal, Ibu Rizal, Asri dan ahli School Squad yang lain terus berlari ke bilik Intan selepas mendengar jeritan Intan
"Intan bangun!" Kejut Rizal dia masih meracau. Rizal terus bertindak memeluk Intan dan mengejutnya
"Intan bangun, ni saya!" Intan terbangun dan terus memeluk Rizal
"Awak dah teruk sangat ni" kata Rizal
"Zal bawak pergi hospital terus lah, risau mak tengok" kata Ibu Rizal. Rizal akur terus mendukong Intan bawa masuk ke kereta40 minit kemudian mereka berdua tiba di Hospital, selepas parking kereta Rizal terus membawak Intan ke kecemasan
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*Teruk betul Intan...agak agak betul ke apa yang Intan mimpi 🤔🤔
Nak tahu sambungan Stay tuneJangan lupa like and comment tau 😉😉
YOU ARE READING
CIKGU PALING POPULAR MINAT AKU!! ✔️✔️
RomansaCikgu Paling Popular Minat Aku!! (CPPMA) Mengisahkan tentang seorang guru yang paling popular..ramai murid perempuan yang mahu mencuri hatinya Tapi mampukah mereka ataupun ada seseorang yang sudah ambil hatinya tanpa perempuan itu sedar.. -30/8/2019...