CPPMA 11

751 45 2
                                    

"Cikgu nak tanya boleh??" Bisik Intan pada Afif
"Tanya lah" Afif membenarkan
"Dia orang memang takut dengan cikgu ke??"
"Tak rasanya, sebab kadang kadang cikgu pun kena. Mungkin dia orang hormat sebab cikgu paling tua maybe" jawab Afif membisik, Intan angguk faham

Selesai makan mereka meminta diri untuk balik
"Terima kasih cikgu layan kita orang" ucap Anan
"Sama sama, bawak motor elok elok jangan merempit lagi satu terus balik tau" nasihat Izzat
"Baik cikgu!!" Kata School Squad sambil tabit depan mereka berempat
"Bye cikgu jumpa esok dekat sekolah" kata Aura sambil melambai kepada empat cikgu itu
"Jangan lupa sabtu minggu depan" Rizal mengambil kesempatan bisik pada Intan, Intan angguk faham

*************************************************

Sehari sebelum cuti penggal 2 (Jumaat)
"Wey jom kita jalan jalan" ajak Anan
"Sorry aku tak boleh join" Intan memohon maaf
"Kenapa??" Pelik School Squad
"Aku ada janji dengan cikgu Rizal nak join dia balik kampung" kata Intan
"Balik kampung!!!" Terkejut School Squad
"Ye lah kenapa??" Pelik Intan
"Bila??" Tanya Aura
"Malam ni" ternganga mulut School Squad
"Kau serius lah??" Tanya Nufa semula
"Ye betul, aku balik dulu lah nanti lepas cikgu Rizal solat jumaat aku nak pergi airport dah, bye" kata Intan dan terus menunggang super bike arwah ayahnya

*************************************************

"Zal bila balik??"
"Lepas solat jumaat mama, mama ni Rizal nak bagitahu, Rizal bawak bakal menantu mama tau"
"Betul ke ni Zal??"
"Betul mama"
"Ya Allah tak sabar mama, mama nak masa sedap sedap. Menantu mama suka makan apa??"
"Mama masak je apa apa dia tak kesah"

"Cikgu Rizal!!!!" Jerit School Squad

"Apa tu Zal??"
"Mama nanti Zal call mama balik. bye sayang mama"
"Bye, sayang Zal"

"Ya Allah!! Korang ni dah kenapa jerit nasib baik yang lain tak ada, kenapa??" Tanya Rizal
"Intan cakap cikgu nak bawak Intan balik Tawau betul ke??" Tanya Nufa
"Haah kenapa?? Tak boleh ke??" Pelik Rizal
"Bukan tak boleh tapi pelik" kata Anan
"Apa yang peliknya, cikgu nak bawak dia sebab nak dia tenangkan diri lagi pun korang kan nak dekat
SPM" terang Rizal
"Kita orang nak ikut please" rayu Aura
"Haah nak ikut!!" Rayu Anan dan Nufa
"Boleh tapi tiket dengan tempat tidur cari sendiri boleh??" Gurau Rizal

"Boleh no problem!!" Jawab School Squad serentak, Rizal terkejut
"Tak lah cikgu gurau je korang cuma beli tiket masing masing je pasal tempat tinggal tu nanti cikgu uruskan. Ni satu lagi, jangan bagitahu Intan tau" kata Rizal
"Okay cikgu!!" Mereka terus meninggalkan Rizal sendiri

"Kacau daun betul lah korang ni" kata Rizal pelahan
"Zal!" Tegur Asri
"Weh terkejut aku, kenapa??" Tanya Rizal
"Tadi aku nampak School Squad masuk kenapa??" Tanya Asri
"Dia orang nak join aku dengan Intan" kata Rizal sambil mengemas barang
"Kau bagi??" Tanya Asri lagi
"Dah tu, bagi lah" jawab Rizal
"Nak aku tolong ke??" Tanya Asri
"Boleh jugak" Rizal memang perlukan bantuan Asri
"Nak aku tolong apa??" Tanya Asri
"Lepas kau jumpa mama dengan bapak kau, kau datang Tawau kita bawak dia orang jalan jalan, dalam masa yang sama aku boleh korek sikit rahsia Intan" kata Rizal

"Okay je, aku stay Sandakan dalam 3 hari lepastu aku datang Tawau. Tapi aku stay rumah kau lah boleh??"
"Boleh je" Rizal tak kesah asalkan dia dapat bantuan dari Asri
"Dah lah jom nak solat jumaat lagi nak siap lagi" ajak Asri
"Okay ok jom" mereka menutup lampu dan keluar dari bilik tersebut

*************************************************

Selesai solat jumaat Asri dan Rizal terus ke rumah Intan, dalam perjalanan Rizal menelefon Maknya

"Assalamualaikum mama"
Waalaikumsalam, Zal baru habis solat Jumaat ke??"
"Haah ma, ma kita ada penambahan tetamu lah"
"Berapa ramai??"
"3 orang, mama tak kesah??"
"Mama tak kesah tapi nanti dia orang nak tidur mana?? Hotel dengan rumah kita jauh"
"Tidur dekat rumah je lah, tak apa kot dia orang satu bilik. 4 orang je ma kalau tak muat jugak Zal tidur luar biar dia orang tidur bilik Zal"
"Okay lah, kalau Zal cakap macam tu. FlightZal pukul berapa??"
"Pukul 4 ma, mama Zal letak dulu boleh?? Sebab Zal nak ambik bakal menantu mama ni nanti Zal nak naik flight Zal call mama okay??"
"Okay, jaga bakal menantu mama tu baik baik. Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam"

"Bakal menantu mama" sakat Asri
"Aamiin" Rizal melayan, pecah tawa mereka

*************************************************

Di KLIA
"Flight kita pukul berapa??" Tanya Intan
"Pukul 4" jawab Rizal
"Cikgu Asri??"
"Kejap lagi pukul 3"
"Cikgu!!"
"Korang buat apa dekat sini!!" Terkejut Intan
"Teman kau tenangkan diri" kata Anan
"Thanks cikgu" ucap Intan
"Cikgu ingatkan awak nak marah" pelik Rizal

"Buat apa saya nak marah?? Saya lagi seronok adalah" kata Intan
"Alhamdulillah.."
"Cikgu pergi dulu tau" kata Asri
"Okay, bye cikgu!!" Lambai School Squad
"Jaga dia orang apa apa call je aku" kata Asri, Rizal angguk faham

Setelah hampir 2 jam lebih mereka menunggu flight akhirnya mereka dipanggil masuk ke dalam kapal terbang. Intan duduk bersebelahan dengan Rizal. Anan, Nufa dan Aura duduk selang satu kerusi di belakang mereka

"Berapa lama flight ni??" Tanya Intan
"Tak lama dalam 2 jam je. Kenapa??" Tanya Rizal kembali
"Saya kurang sikit naik flight" bisik Intan
"Kenapa awak mabuk ke??" Intan angguk
"Tak apa cikgu ada awak tutup mata je nah selimut" Rizal menyelimutkan Intan

Setelah hampir 2 jam mereka berada di angkasa mereka mendarat di Tawau dengan selamat, Tetapi Rizal terpaksa menukar baju apabila sampai kerana Intan termutah di bajunya

"Kau muntah dekat baju cikgu Rizal ke??" Tanya Anan, Intan angguk
"Tapi dia relax je kan" kata Nufa, Intan hanya diam sambil memeluk beg Rizal
"Okay jom" ajak Rizal selepas keluar dari tandas dengan senyuman dan mencapai beg yang dipeluk Intan
"Cikgu" Panggil Intan
"Ye saya, kenapa??"
"Saya minta maaf" kata Intan sambil menundukkan kepalanya malu
"Tak apa lah, dah jom ambik beg" ajak Rizal

Selepas mengambil beg, mereka terus keluar dari airport. Bapa Rizal sudah menunggu mereka di luar
"Assalamualaikum bapak" ucap Rizal dan memeluk erat bapanya, rindu
"Waalaikumsalam, makin hensem anak bapak ni" kata bapa Rizal
"Tengok lah ayahnya macam mana" kata Rizal, bapanya mengusap kepala Rizal

"Bapak, kenal kan ni Nufa, Anan, Aura dan tu Intan" Rizal mengenalkan anak muridnya. Bapanya senyum pada mereka, mereka hanya membalas senyuman
"Mana satu bakal menantu bapak??" Bisik Bapanya pada Rizal
"Yang hujung tu bapak, Intan" jawab Rizal juga dalam keadaan berbisik
"Comel patutlah Zal minat" kata Bapanya, Rizal senyum malu

Perjalanan dari Airport ke rumah Rizal mengambil masa dalam 35 minit sahaja, sepanjang perjalanan School Squad tertidur kecuali Intan. Sampai di rumah Rizal dan Intan keluar serentak, keluar dari kereta mata Rizal tertumpu pada susuk badan yang amat dirinduinya
"Mama!!" Rizal terus memeluk Ibunya
"Alhamdulillah selamat sampai anak mama ni" kata ibunya sambil mencium cium dahi Rizal, Intan hanya senyum dalam masa yang sama cemburu pada Rizal

School Squad terbangun dan mereka keluar lalu berdiri di belakang Intan. Air mata Intan mengalir sedih, Intan terus lari jauh dari yang lain.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Alamak Intan lari pulak!!

Stay tune
Jangan lupa like and comment tau 😉😉

CIKGU PALING POPULAR MINAT AKU!! ✔️✔️Where stories live. Discover now