CPPMA 5

914 41 1
                                    

"Hoi bangun bangun dah lewat dah" kejut Afif. Itulah routine harian Afif mengejut sahabatnya yang lain dan menyiapkan sarapan.

*************************************************

"Hari ni sarapan apa??" Tanya Asri
"Nasi goreng je. Mana Izzat dengan Rizal??"
"Izzat tidur lagi, Rizal tengah mandi" jawab Asri
"Dah pukul 6:30 dah nanti lambat lah, yang hang ni awat pakai kain pelikat lagi? Pergi siap dah mandi belum??" Tanya Afif. Asri geleng
"Pergi mandi sekarang!!" Arah Afif
"Baiklah abang" gurau Asri
"Ni kejut Izzat sekali." Arah Afif lagi. Asri hanya angguk

"Assalamualaikum" ucap Rizal
"Waalaikumsalam meh sini duduk makan" ajak Afif. Rizal menarik kerusi dan duduk
"Meh makan sekali" ajak Rizal pula
"Kau makan dulu aku nak kemas dapur lepastu nak siap lagi nanti aku makan sekali dengan 2 ekor lagi tu" jawab Afif
"Okay" Rizal menyuap nasi goreng kedalam mulut

Selesai makan Rizal mencari Afif
"Fif!!" Panggil Rizal
"Aku dekat belakang, kenapa??" Nyahut Afif
"Aku pergi sekolah dulu tau" kata Rizal
"Okay! Bawak motor elok elok" Selepas Mendengar jawapan itu Rizal terus mencapai kunci motornya dan terus ke sekolah

*************************************************

"Assalamualaikum cikgu Rizal" tegur Intan
"Waalaikumsalam. Awak sorang je ke??" Tanya cg Rizal
"Haah saya sorang yang lain kejap lagi sampai lah, cikgu cikgu yang lain mana??" Tanya Intan
"Dekat rumah lagi" jawab Rizal
"Ouh..cg nak thumbprint ke??" Tanya Intan. Rizal hanya angguk
"Kejap lagi cikgu, pejabat tak bukak lagi" kata Intan
"Bukak pukul berapa??" Tanya Rizal
"Selalunya pukul 6:50 atau pukul 7" jawab Intan
"Baru pukul 6:40" kata Rizal sambil memandang jam ditangannya
"Duduk lah dulu cikgu" jemput Intan

"Terima kasih, ni memang tempat School Squad ke??" Tanya Rizal
"Tak lah ni tempat pengawas duduk sementara tunggu perhimpunan mula" jawab Intan
"Ouh, Intan" Panggil Rizal
"Yer saya??" Nyahut Intan sambil memandang muka Rizal
"Kalau cikgu nak tanya awak sikit boleh?? Tapi saya minta maaf awal awal lah kalau soalan saya ni tak sesuai, terpulang pada awak nak jawab atau tak" Pinta Rizal
"Tak apa saya tak kesah tanya je lah cikgu??"
"Awak ada apa apa masalah??" Tanya Rizal
"Masalah?? Maksud cikgu??" Intan kurang faham
"Cikgu perasan riak muka awak macam ada masalah, nak share??"
"Bukan cikgu sorang je yang tanya saya soalan ni" kata Intan

"Maksud awak??" Rizal pula yang kurang faham dengan ayat Intan
"Hampir semua pelawat, cikgu cikgu prektikal, cikgu cikgu baru dan terutamanya School Squad tanya saya soalan yang sama" kata Intan
"Jadi bukan saya sorang je lah yang perasan" Intan angguk
"Intan awak tak sepatutnya sorok masalah awak, awak kena.."
"Cari seseorang untuk kongsi" Intan memotong ayat Rizal
"Benda sama cikgu saya dengar dari semua orang, bagi saya kalau saya cerita nanti balik rumah sama je saya akan sakit hati balik, jadi apa guna saya cerita dekat orang lain" ayat Intan membuatkan Rizal terdiam, tiada jawapan atau kata kata semangat untuk Intan

"Ya Allah, berat ujian yang kau berikan kepada anak muda ini, berikanlah dia kekuatan untuk tempuhi segalanya" hanya doa yang dibaca dalam hati
"Intan, kalau ada apa apa yang awak nak share dengan saya awak jumpa je saya okay??" Intan angguk
"Terima kasih cikgu sebab ambil berat pasal saya" ucap Intan
"Tu memang tugas saya" kata Rizal sambil melemparkan senyuman

*************************************************

"KRINGGG!!" Loceng waktu rehat berbunyi semua murid berlari untuk membeli makanan, School Squad yang rehat awal 10 minit sudah kenyang tetapi kelibat Intan tiada

"Wey Aura tadi Intan ada bagi tahu dia pergi mana??" Tanya Nufa, Aura mengangkat bahu
"Dah try call??" Tanya Anan
"Dah banyak kali" jawab Nufa
"Dia pergi jumpa cikgu kot" teka Aura
"Aku try call cikgu Asri kejap" Nufa terus mencari code Asri di jamnya

"Assalamualaikum cikgu Asri maaf ganggu"
"Tak apa Kenapa ya??"
"Intan ada dengan cikgu tak??"
"Tak ada pulak tapi tadi nampak dia jumpa orang dekat pagar belakang sekolah"
"Ohh Terima kasih cikgu"

"Dia jumpa siapa dekat pagar tu??" Pelik Anan
"Jumpa lelaki haritu ke" teka Nufa
"Wey jom jom nanti teruk dia kena pukul" ajak Aura

*************************************************

"Pakcik nak apa jumpa Dayan dekat sini??" Tanya Intan pada ayah tirinya, Kamil
"Aku nak bagi kau duit belanja ni, keluar lah sini" ajak Kamil
"Dayan dah ada duit lah, tak payah nak bagi duit belanja" Intan menolak
"Meh lah sini, aku nak bagi kau benda ni, kau kan banyak masalah sekurang kurangnya kau boleh hilangkan masalah kau tu" ajak Kamil sambil menghulurkan dadah

Kamil adalah ayah tiri kepada Intan, seorang kaki judi, arak dan dadah. Intan selalu menjadi mangsa pukul untuk melepaskan geramnya kerana tak tahan Intan memilih untuk pindah ke kondo milik arwah Papanya.

"Dayan tak akan sentuhlah benda tu, najis!!" Tengking Intan
"Aku boleh sabar lagi dengan kau ni, jangan sampai aku masuk aku sumbat benda ni dalam mulut kau" kata Kamil dengan muka yang merah menahan api kemarahan
"Ingat aku takut dengan kau!! Kau pukul lah aku, aku tetap tak akan sentuh NAJIS tu kotor busuk!!!" Intan melawan dibalik pagar sekolah

Pengawal keselamatan tak berani untuk melawan kerana dia pernah dipukul oleh Kamil

"Tak apa kau lepas, balik sekolah nanti papa nak jumpa yer Dayan" kata Kamil dan terus menunggang motornya, Intan melepaskan nafasnya lega
"Pakcik sorry" itulah ayat yang selalu pengawal keselamatan itu dapat selepas Kamil balik
"Tak apa, Intan memang berani. Selalu jadi berani tau" puji pengawal keselamatan, pak Mail sambil menyelitkan sedikit nasihat

"Intan!!!" Jerit School Squad
"Oit!! Yang korang jerit ni dah kenapa??"
"Asal kau tak gi kantin?? Kenapa kau duduk sini?? Jantan tu datang lagi??" Tanya Aura bertubi tubi
"Banyaknya soalan, aku jumpa pak mail lah dia ajak aku makan sekali dengan dia dah kenyang pun" tipu Intan, School Squad memandang pak Mail. Pak Mail hanya senyum
"Okay jom lah masuk kelas" ajak Nufa
"Sejak bila kau rajin masuk kelas ni??" Sindir Anan
"Eh yang tanya tu pun sama" Anan pula disindir oleh Aura
"Hahahahaha!!!" Pecah tawa School Squad

*************************************************

"KRINGGGG!!!!!" Loceng balik sudah berbunyi Home Squad sudah keluar 5 minit awal untuk memastikan murid murid keluar dengan teratur

"Intan kau balik naik apa??" Tanya Aura
"Kenapa nak tumpangkan ke??" Gurau Intan
"Ye lah sebab tu aku tanya" jawab Aura
"Dari kau tumpangkan aku baik kau tumpangkan Anan, dia minat dengan abang kau tu" gurau Intan lagi
"Kau kan!!" Marah Anan
"Boleh nak minat abang aku tapi kau kena sabor layan dia lah" Aura membenarkan
"Malu lah aku korang ni!!" Malu Anan
"Kau nak tumpang tak??" Tanya Aura lagi pada Intan
"Tak apa aku naik motor arwah ayah aku" jawab Intan
"Okay lah"

"Wey aku balik dulu eh Driver aku dah sampai" kata Nufa
"Okay, bye" lambai School Squad

Seorang demi seorang balik dan akhir sekali hanya tinggal Intan dan Aura
"Aura" panggil Abangnya
"Kau balik lah" arah Intan
"Ye aku balik" Intan berjalan ke motornya

"Arhh!!"

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Apa jadi dekat Intan!!

Stay tune tau, jangan lupa like and comment tau 😉😉

CIKGU PALING POPULAR MINAT AKU!! ✔️✔️Where stories live. Discover now